Saturday, October 22, 2011

Sabtu yang malas.

Salam pagi sabtu.

Semalam, seharian Ibu di rumah Tok dan Ki di Losong. Bukan turn balik kampung. Tapi, hari khamis Ibu dapat MC, sebab demam. Jadi, Ibu tumpang Abah pergi kerja dan melepak kat rumah Tok dan Ki.

Kebetulan pula, hari khamis tu birthday kakak Ibu. Sebagai meraikannya, Tok buat nasi kunyit (pulut kuning... kalau kat Terengganu panggil Nasi Kunyit) dan Nasi Kuning. Berselera makan. Masa birtday Ibu, Ibu pun ada buat Nasi Kunyit, buat jamu kawan-kawan kat ofis. selain tu, Ibu ada jugak buat pavlova (first trial) dan King of pudding sebagai dessert untuk makan hari tuh. Semuanya cubaan pertama. Ada yang tak jadi. Tapi, sekurangnya, tekak kawan-kawan boleh terima. Dan makanan yang Ibu bawa hari tu, semuanya licin. Alhamdulillah...

Peranjakan usia kali ni Ibu mahukan kelainan dalam masakan Ibu. Mahu berubah ke mod tradisional. (Dah belajar macam mana nak buat Nasi Kuning-makanan tradisi terengganu).

Hari jumaat pula Tok masak Nasi Ayam Spesel. Memang seronok lah balik kampung kali ni. Asyik isi perut je.Bila datang hari sabtu, mulalah penyakit MALAS menjenguk.

Kat bumi Dungun ni, hujan lebat macam musim tengkujuh. Memang syok sangat tidur. Usai je solat subuh, Ibu tarik selimut semula dan sambung tidur. Biasanya, usai Subuh, terus godek dapur. Sebabnya, dari kecil lagi, perut Ibu diajar berisi seawal pukul 7 pagi. Tapi, kali ni ambik excuse. Bantal dengan selimut tak bagi tinggalkan mereka.

Bangun je tidur dah pukul 10. Wah... lamanya tidur. Rasa lapar pulak. Baru teringat barang dapur dah habis. Malasnya nak bersiap cari makanan kat luar. Sambil-sambil fikir nak makan apa, Ibu cari idea dari blog kawan-kawan. Jumpalah satu iklan. Beli satu percuma satu di Pizza Hut Online.

Okey jugak. Dah la tunggu sampai kat rumah je. Dapat 2 biji Pizza dengan harga RM 24. Delivery pun tak sampai setengah jam. Sampai je pizza tu, tak sempat nak snap gambar, Hasha dah terkam. Selamat dah masuk perut kami.

Petang ni tak tahu lagi menu ape. Rasanya, terpaksa lah makan nasi goreng lagi. Malas nak pergi beli lauk basah. Biasanya, hari kerja barulah Ibu tergedik-gedik pergi cari bahan basah. Kat bumi Dungun ni mudah, ikan segar ada dijual setiap petang, di sepanjang jalan pantai Teluk Lipat.

** Beria Abah bawa balik tong racun sebab nak meracun rumput, lalang kat belakang rumah. Hari ni hujan pulak.

Tuesday, October 18, 2011

Setahun sembilan bulan

Salam hari selasa.

Alhamdulillah. Syukur kehadratNya, diberi peluang untuk hidup setahun lagi. Dan, lagi 3 bulan, genaplah penyusuan Hasha Humaira selama 2 tahun. InsyaAllah, semoga terus diberi kekuatan untuk menyusukan Hasha selama 3 bulan lagi. Dan sekiranya diberi peluang, ingin melanjutkan tempoh penyusuan Hasha sehingga ke beberapa bulan. Kalau mungkin, boleh tanderm nursing bersama bakal adik yang bersama-sama kami nanti pada April 2012. InsyaAllah.

Sepanjang mengandungkan Hasha Humaira, Ibu kerap membaca Surah Lukman. Antara surah-surah amalan mengandung yang disyorkan, Ibu lebih suka memilih Surah Lukman. Sebabnya, kehebatan Surah Lukman pernah Ibu temui sewaktu di zaman pengajian di universiti. Hasilnya kepada Hasha Humaira, Ibu sudah dapat lihat kini.


Mungkin, bagi sesetengah Ibu, perkembangan anak mereka
jauh lebih baik dari Hasha Humaira.
Tapi, bagi Ibu, ini adalah kejayaan besar bagi Hasha Humaira.


Semalam, ulangtahun kelahiran Ibu. Bagi Ibu, ni adalah hadiah paling best untuk tahun ni. Errr.. selain dari lamp-post-light-dinner-by-the sea-side semalam yang ditaja oleh Abah.

Dinner semalam.

Bagi Ibu yang bukannya datang dari keluarga genius nih, rasa sangat teruja bila Hasha yang berumur 1 tahun 9 bulan mampu mengira tanpa bantuan. Dari segi vocabulary pun tak banyak lagi. Apatah nak mengira dengan betul. Alhamdulillah. Bagi Ibu, ini adalah hadiah Hasha untuk Ibu. Hakikatnya, Ibu memang tak pernah ajar 1,2,3 kat rumah. Biasanya, Ibu selalu ajarkan ABC. Tapi, mungkin ABC terlalu banyak bialngannya. Jadi, sukar untuk dihafal.

Ibu yang sangat teruja ni, ceritakan pada teacher Hasha iaitu Kak Ija. Rupa-rupanya, di Taska Ija, memang diajar 123 setiap petang. Walaupun kanak-kanak below 2 Y. Ibu tak expect Taska Ija ada kurikulum jugak. Sebabnya, Taska Ija hanyalah taska kampung yang beroperasi secara kecil-kecilan. Pengasuh terdiri dari kalangan family Kak Ija sendiri. Jadi, Ibu tak harapkan pembelajaran secara mendalam sewaktu Hasha berada di taska.

Tapi, banyak yang Hasha belajar di sana. Hasha sudah pandai pakai baju sendiri. Cuma kekadang, baju yang dipakai terbalik. Sebabnya, Hasha tak pandai bezakan mana depan dan mana belakang.

Setiap kali siap makan, Ibu akan cakap, masukkan pinggan dalam sink. Hasha akan buang terlebih dahulu sisa makanan dalam tong sampah, barulah dia letakkan pinggan dalam sink. Hasha Humaira is an adorable little girl. Mungkin, bagi ibu lain, perkembangan anak mereka jauh lebih baik berbanding Hasha. Tapi, bagi Ibu, Hasha is a miracle. Seronok melihat gelagat Hasha Humaira.

Gaya seorang kakak. Botol susu tu tak pernah guna pun.
Hasha guna untuk dodoikan 'anak-anak' nya.


Ibu percaya, setiap Ibu, mama, umi, mak, mommy akan berbangga dengan anak-anak mereka. dan setiap anak yang lahir, ada keistimewaan dan kelebihan tersendiri. Entri ni tidak bermaksud untuk riak atau menunjuk-nunjuk. Cuma, sebuah catatan rasa gembira seorang Ibu dengan perkembangan anaknya. Semoga, beberapa tahun lagi, apabila Hasha sudah reti membaca, dia akan baca catatan ini.