Tuesday, January 31, 2012

Bercerai susu.

Salam pagi rabu.

Hasha dah masuk 2 tahun. Alhamdulillah... sehingga usia 2 tahun, Hasha menikmati susu Ibu. Walaupun, sewaktu usia 1 1/2 tahun, Hasha dah mula minum Fresh Milk dan Full Cream Milk. Ibu berhenti mengepam setelah disahkan mengandung. Kebetulan jatuh pada bulan Ramadhan. Jadi, susu memang drop. Sejak itu, Hasha hanya direct feeding sahaja. Sehinggalah usia Hasha 2 tahun.


Genap Hasha 2 tahun, usia kandungan Ibu genap 7 bulan. Perut pun dah memboyot. Kalau baring, dah kena support dengan pelbagai jenis bantal. Nak berDF pun tak larat. Niatnya nak teruskan BF sehingga Hasha berhenti sendiri. Dan tanderm nursing bersama adik. Tapi, sebab dah tak larat sangat. Campur pula Hasha dah mula macam-macam, Ibu buat keputusan untuk bercerai susu secara paksa.


Pada mulanya, memang Ibu tekad tidak mahu bercerai susu dengan meletakkan apa-apa pada nipples. Tapi, disebabkan dah tak larat sangat. Hasha asyik melekat kat Ibu. Kalau malam, dari pukul 9 sampailah pukul 6 pagi. Mulut dia wajib melekat pada nipples. Sampaikan nak bangun pergi tandas pun Hasha mengamuk.



Cukup je 2 tahun, macamtahu-tahu je... Hasha mula mintak susu milo pada waktu malam (susu milo ni, Ibu campur milo dengan Fresh Milk). Keadaan berterusan selama 2 hari. Petanda yang baik. Masuk je hari ketiga, Hasha dah mula buat perangai. Nak menyusu dengan Ibu dari malam sampai pagi. 3 malam tak boleh tidur. Sebab dia asyik merengek dan nak menyusu. Susu pulak memang dah tak banyak. Ibu try pump. Keluar susu yang sangat jernih warnanya. Dan sangat sedikit.
Lepas tu, Ibu terus tekad, nak bercerai susu secara paksa. Ibu sapu jus delima. Rasanya agak masam.



Jus Delima. Baik untuk wanita mengandung dan menyusu.

Bila Hasha nak menyusu, dia geleng sambil cakap,

'shushu ibu asyam.....'.

Ibu cakap,
' susu Ibu masam sebab dah berdarah, Hasha gigit, sakit.Lain kali jangan gigit eh'....

Lepas tu, bila tanya lagi,
'sape nak susu ibu?'

Hasha jawab,

'Amo... asyam'


Wah.. senang kerja....3 hari Hasha tak minta susu ibu. Setiap kali dia minta, Ibu sapu jus delima. Serik agaknya.


Tapi, semalam, lepas ambil Hasha dari skool, dia mengamuk tak nak balik. Ibu cakap kita pergi playground la. Kononnya nak pujuk dari amukan tu. Kisah lain pulak jadinya. Dah pukul 6.15 ptg, ajak Hasha balik. Mengamuk lagi teruk. 'nak aron...nak aron... (aron is playground)'

Ibu ni dah la nak kena balik masak. Ambil keputusan mudah, Ibu singgah beli Tom yam kat kedai. Balik rumah kononnya nak masak nasi dan goreng telur dadar je. Sepanjang kat kedai, Hasha mengamuk dalam kereta. Ibu tinggalkan je kat dalam kereta. Ibu buka windows sikit, then locked. Ibu biar je. Tapi, mengintai dari jauh. Dalam 15 minit, Hasha duk menggelupur kat atas pelapik kaki.


Pukul 6.45 pm.Keadaan masih sama. Bila Ibu drive, Hasha tolak gear ke mod N. Banyak kali jugak mengaum kereta. Siap dengan adegan tarik menarik tudung Ibu lagi. Ibu berhenti kereta, dan.... sumbat chu-chu dalam mulut Hasha. Barulah dia diam dan konsentret menghisap. Sms abah, cakap tolong beli nasi dengan telur dadar. Dah tak sempat nak masak. Ibu penat tambah lagi lapar.


Pastu, singgah sekejap kat Kedai Mesra Petronas. Hasha berjaya rembat makanan. Semua sekali RM6. Wajib beli Hasha, Kismis doa, Milo dan roti. Semalam dia tambah pulak dengan betik. Layan je. Asalkan tak mengamuk.

Sampai rumah, Abah dah kat dapur. Jadi Master Chef. Goreng telur dan tanak nasi. Alhamdulillah, lepas tu dah boleh makan. Rasa nak jadi singa je semalam.


Malamnya, Hasha request susu Ibu. Ibu sapu jus delima. Terus taknak. 'nak syusyu ilo, bu....'

Latest pic of Hasha.

** hari ni EL. sebab sakit kepala yang melampau. Bila dah pukol 9... ok plak.... Hasha x hantar skool lagi nih.




Sunday, January 29, 2012

Hasha is TWO.


Senyum pembuka bicara.

Ibu : Hasha berape tahun?

Hasha : Duwwe... (Dua).

Perbualan yang sering diucapkan setiap kali kami bersembang.

Ibu sambung lagi ...
'Hasha anak sape?'
Hasha jawab....
'Anak Ibu la'
'Ibu name ape?'
'Da'
'Abah name ape?'
'Zi'
'Hasha cucu sape?'
'Tok'
'Hasha hamba sape?'
'Allah'
'Ummat?'
'Rasulullah....'

Semua ni Hasha belajar sepanjang sebulan bersama Tok. Di skool pula, Hasha sudah berjaya menghafal ABC sampai Z (tak complete... tapi boleh dikatakan 2/3 dari nyanyian ABC tu dah berjaya dihafal) dan Alif Ba Ta (Ni pun ada beberapa huruf yang Hasha tertinggal). Kat rumah, Ibu kukuhkan lagi dengan video yang Ibu download dari youtube. Jadi, agak mudah untuk Hasha hafal nyanyian-nyanyian tu.

Tahun lepas, masa Hasha umur setahun, tak ada sebarang sambutan hari lahir dari Ibu dan Abah. Cuma, Tok buat pulut kuning. Kami belikan hadiah je. Tahun ni pun sama. Cuma, pada hari kejadian, kami sekeluarga pergi jalan-jalan ke Mesra Mall. Beli sebijik kek kecik. Bagi Hasha belah dan suapkan pada kami. Tok juga macam biasa, buat pulut kuning.

I'm doing my homework. Please don't disturb.
Pensel warna tu mama hadiahkan, sekali dengan sepasang baju kurung sempena birthday Hasha.

1 new set sempena birthday Hasha.

Ni je la kek yang Hasha dapat.

Kat skool, pada awalnya, Ibu berhajat buat kek. Ibu pilih kek karamel. Sebab mudah dan sedap. Bertungkus lumus Ibu buat malam tu. Masa tengah buat tu, macam-macam pula yang berlaku. Tertumpah air kat atas oven, meringue tak jadi. Telur tak cukup. Gula terlebih. Hasilnya, kek
tu Ibu bawa pergi ofis. Habis licin disapu oleh kawan ofis Ibu. Nasib baik Ibu sempat sediakan goody bag untuk kawan-kawan kat skool.

Kata orang tua, bila budak nak berubah tahun, demamnya agak teruk. Begitulah Hasha. Demam yang agak teruk. Tambah pula nak dapat adik. Lagi peelnya macam-macam. Kadang-kadang sampai tak tidur Ibu dibuatnya. Duk melayan kerenah Hasha. Penat, tambah lagi perut dah besar. Sampai kadang-kadang rasa nak hantar Hasha balik kampung kejap. Biar dia belajar hidup tidak terlalu bergantung pada Ibu. Tapi, manakan boleh. Sehari tak dengar suara dia pun, dah kelam kabut hidup Ibu dengan Abah.

Hasha pun dah tukar skool. Bersekolah di Taska Izanida. Taska yang berdaftar dan lebih selesa berbanding taska sebelum ni. Kat Taska Izanida ni, kanak-kanak 1 1/2 tahun dah masuk kelas untuk belajar. Hasha pun nampak serasi di taska tu. Alhamdulillah...

Baju ni Auntie Adlina yang hadiahkan.

Stroller ni Umi hadiahkan.

Doya tidur ye. Kakak Hasha nak buat kerja.

Monday, January 23, 2012

2011 yang sudah berlalu

Bismillah... pembuka bicara.

Salam Cuti Tahun Baru Cina.


Lama sangat dah ibu tak update. Mungkin pembawakan budak. Dulu, masa mengandungkan Hasha, memang banyak masa. Maklumlah, hidup bersendirian. Suami jauh dari pandangan mata, tapi dekat dari pandangan hati. Kali ni, tanggungjawab sebagai isteri dan ibu membataskan masa untuk bersosial di alam maya.

Kandungan hampir mencecah 8 bulan. Another 2 months ++ to go. Banyak dugaan dan kegembiraan yang hadir menyulami kehidupan kami seharian. Banyak perkara yang hendak di kongsi. Tapi, tak tahu yang mana nak luahkan dahulu.

Netbook Ibu dah kembali ber'charger'. Jadi kebarangkalian untuk meluahkan rasa hati disini agak tinggi. Tapi, tak boleh percaya jugak. Sekarang ni kan dah mula Semester baru. Komitmen terhadap kerjaya perlu dipertingkatkan. Nanti nak cuti 3 bulan. Kenalah kerja rajin-rajin.


Kerjaya sekarang ni diperingkat memuaskan. Jauh lebih baik berbanding dahulu. Maklumlah, suntikan semangat dari 2 insan tersayang yang selalu berada di sisi. Semester baru ni, Ibu mengajar 2 subjek baru. Computer Architecture & Organization dan juga Fundamental of Programming. Agak membebankan sebab pengajaran dan pembelajaran dalam sistem OBE. Sepatutnya menjadi lebih mudah, tetapi disebabkan sistem ini baru diperkenalkan di peringkat politeknik, banyak perkara baru yang perlu Ibu pelajari.

Pergi kerja menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Mungkin sebab suasana kerja dan juga tidak lagi berPJJ. Dikelilingi oleh kawan-kawan yang seakan adik beradik, pemimpin yang seakan
ayahanda, membuatkan Ibu merasai keseronokan bekerja.

Hasha wif her new telekung. Given by Auntie Ayu (Ofismate Ibu)


Tirai 2011 ditutup dengan keceriaan dan kegembiraan. Walaupun tahun 2011 banyak menguji kehidupan kami sekeluarga. Bermula dengan penutup 2010 yang sangat menyedihkan iaitu tragedi Asyura, hidup kami terus menerus diuji dengan pelbagai tragedi lain. Namun, doa
terhadap Yang Esa yang tidak pernah putus memberi kami kekuatan untuk menghadapinya. Alhamdulillah, Allah swt hanya menguji hambaNya dengan ujian yang mampu dihadapi sahaja. Kami diberi kekuatan untuk menghadapinya. Terima kasih Ya Allah.

Pertengahan 2011, kami dikejutkan dengan berita kehadiran seorang lagi insan dalam keluarga kami. Memang terkejut. Tapi, kami bersyukur sebab kedatangannya membuka rezeki baru dalam lembaran kehidupan kami. Pada mulanya, Ibu terpana. Sebab Hasha baru saja 1 1/2 tahun. Ada lagi baki selama 6 bulan untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Namun,
Alhamdulillah, dalam keadaan berbadan dua, Ibu berjaya menyusukan Hasha sehingga 2 tahun.

Di penghujung 2011, Ibu mengikuti kursus PREFER anjuran KPT selama hampir sebulan di Kuala Terengganu. Kami sekeluarga menjadi penghuni tetap Hotel Grand Continental Kuala Terengganu. Selama itu jugalah Hasha dijaga oleh Tok. Setiap pagi, Tok dan Ki akan datang
ambil Hasha di Hotel. Dan, pada waktu petang, selepas Abah balik kerja, Abah akan jemput Hasha dari rumah Tok. Pada waktu malam, kalau Ibu ada diskusi, Ibu akan bawa sekali Hasha
ke kelas.
Ibu kena denda pakai topeng sebab bercakap menggunakan Bahasa Melayu.

Peserta Cilik PREFER 2011. Ikut Ibu pergi field trip di Muzium Losong.

Sepanjang sebulan di rumah Tok, banyak yang Hasha pelajari. Alhamdulillah, Hasha berjaya menghafal Selawat Syifa'. Perlahan-lahan, Hasha diajar untuk bergantung pada susu kotak sepenuhnya. Pernah satu malam, disebabkan Ibu ada kelas malam, Hasha terpaksa tidur dengan Tok. Itu adalah kali pertama Hasha tidak bermalam dengan Ibu. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Kursus PREFER merupakan kursus untuk menguasai Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran. Atas kata nama lain, kursus ni belajar bahasa Inggeris. Meninggalkan dunia speaking sejak beberapa tahun yang lalu, buatkan Ibu rasa kekok untuk berbahasa Inggeris. Namun, setelah hampir sebulan dilatih menjadi 'orang putih', Ibu kembali menggunakan
Bahasa Inggeris di dalam P&P.


Rezeki adik dapat belajar Bahasa Inggeris sedari dalam perut lagi. Alhamdulillah... pada hari graduasi, Ibu dapat award yang tak pernah Ibu idamkan. Harap-harap nanti bila adik keluar dari perut Ibu, adik dah pandai berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris.

Graduation Day.

Best Overall Performer Award. Rezeki baby.

Penghujung tahun 2011 berlalu dengan beberapa perkara yang menggembirakan dan juga menyedihkan. Namun, kami sekeluarga menerima segala ketentuan Illahi dengan redha.

Di hujung 2011 juga, Ibu dan Abah decided untuk menetap secara permanent di rumah kami sendiri. Setelah memikirkan dari segi kos wang dan masa dan kemungkinan Ibu akan bertukar ke KT, kami memilih untuk tinggal di daerah pertengahan antara KT dan Dungun, iaitu Marang. Untuk ke KT, mengambil masa lebih kurang 25 minit. Untuk ke Dungun pula dalam 40-45 minit. InsyaAllah, andai diizinkan kami akan mula tinggal di sana selepas Ibu bersalin.

Gaya budak tak sabar masuk rumah baru.

Itulah sedikit sebanyak cerita tahun 2011. Semoga tahun 2012 membawa sinar baru dalam kehidupan kami.

** Siap juga akhirnya entri ni. Mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk siapkan.