Saturday, June 18, 2011

Don't feed and drive.

Lamanya tak update blog. Bukan setakat tak update, malah tak jenguk pun. Charger netbook rosak. Jadi, tak boleh guna netbook. Nak harapkan telefon, tak ada maknanya. Baru je taip 2 patah, mesti dah kecewa. Sebab banyak sangat salah eja.
<>

Salam hujung minggu.

Esok Negeri Terengganu akan bercuti sehari lagi. Tahniah kepada Team Peteh dan Team SUKMA Kontingen Negeri Terengganu. Dengan kemenangan ini, kami merasa untuk berehat sehari lagi esok. Terima kasih.

Lepas habis kerja hari Khamis, pukul 3.30 ptg, Ibu dan Hasha gerak ke Kemaman. Pergi rumah Abang Kimi dan Abang Hasif. Tujuannya satu je. Ibu dan Umi berpakat belajar buat Cheese Tart dan Tat Telur.

Perjalanan pergi agak smooth. Hasha agak behave setelah diumpan dengan lagu Banyak Boonyi. Lama-lama, bila sudah bosan, dia main gelongsor pulak. Memang agak bahaya. Ibu terpaksa memandu dengan kelajuan 60 - 80 km/h sahaja.

Akhirnya, jam 5 kami selamat sampai. Tidur di sana semalam, berjaya menghasilkan hampir seratus biji tartlets. Seronok. Sebab sangat menggemari rasa tat yang crunchy. Kurang manis.

Petang jumaat, tepat pukul 5, kami pulang ke Dungun. Dalam mood Hasha yang kurang baik. Awalnya, dia bermain di belakang Ibu. Bila dah sampai persimpangan Ibok, dia dah mula mengamuk. Masa tu jugalah, Ibu mula ambik dia dan susukan dia. Sambil memandu dengan penuh berhati-hati dan juga perlahan, Ibu teruskan perjalanan sambil menyusu.

Selamat sampai di persimpangan ke Mesra Mall, Hasha dah lena tidur. Mujur lampu merah. Beri kesempatan pada Ibu untuk baringkan dia di seat sebelah. Perjalanan lancar hingga ke Dungun.

Situasi ni mungkin menjadi perkara biasa yang dilalui oleh ibu-ibu yang berPJJ dan BF. Kalau anak minum susu botol, kalau nak tidur, boleh lah disumbat dengan botol susu. Pastu... tidurlah anak. Dan Ibu pula boleh memandu dengan tenang. Tapi, bila BF, segalanya berbeza. Ibu perlu berhentikan kereta dan menyusukan dulu anak sehingga anak tertidur. Ataupun meneruskan perjalanan dalam keadaan bahaya iaitu sambil menyusukan anak.

Bagi Ibu, aksi ni agak berbahaya. kerana Ibu kurang cekap mengawal kereta bertransmisi auto. Pelik,kan. Apabila memandu kereta Auto, Ibu suka bawa laju. Jadi, sukar untuk Ibu mengawal kenderaan bila perlu membrek secara mengejut. Berlainan dengan kereta yang bertransmisi manual, Ibu mampu mengawal apabila membrek secara mengejut.

Situasi ini adalah kali kedua yang Ibu alami. Selama ini, Ibu akan berhenti di tepi jalan. Tapi, selepas kejadian Ibu terpaksa meneruskan perjalanan sambil menyusu bulan lepas, Ibu jadi yakin untuk melakukannya lagi.

Kejadian itu, Ibu dan Hasha sepatutnya diambil oleh Abah untuk pulang ke Kuala Terengganu. Dalam perjalanan mengambil kami, kereta Abah mengalami kerosakan dan tidak boleh bergerak. Jadi, Ibu terpaksa membawa Hasha ke tempat kereta Abah tersadai. Kebetulan pula telefon Ibu rosak dan tidak boleh digunakan. Ibu hanya boleh berhubung dengan Abah melalui telefon rumah.

Tepat pukul 8 malam, dengan harapan Ibu boleh sampai ke tempat Abah tanpa sebarang halangan, Ibu dan Hasha memulakan perjalanan. Perjalanan agak lancar pada mulanya sewaktu Hasha masih belum mengantuk. Sampai di Rantau Abang, Hasha mula merengek. Ibu hanya mampu bertahan sehingga kawasan hutan Jambu Bongkok.

Kiri kanan hanyalah hutan. Dalam keadaan tidak mempunyai alat komunikasi, dan kawasan yang agak menyeramkan untuk berhenti, Ibu terpaksa menyusukan Hasha sambil meneruskan pemanduan.

Alhamdulillah. Berjaya juga sampai ke tempat Abah.

Mungkin bagi sesetengah Ibu, perkara sebegini adalah perkara biasa. Tapi, bagi Ibu pengalaman ini cukup bermakna untuk diceritakan kepada Hasha suatu hari nanti.