Wednesday, February 8, 2012

Udang Galah






Bismillah.

Ini bukan blog masakan. Tapi, sekadar berkongsi suka duka kehidupan. Segala ragam, cerita tentang kehidupan ini mahu dikongsi disini. Untuk menjadi panduan di kemudian hari. Panduan untuk diri sendiri. Andainya memberi manfaat pada orang lain, Alhamdulillah.


Hasha penggemar udang. Sejak reti makan udang, kenal udang, Hasha selalu request nak makan udang. Dan, menjadi lauk basah wajib beli pulak. Biasanya, Ibu beli udang biasa je. Kebetulan baru-baru ni, ada ofismate tawarkan udang galah dengan harga RM35/kg. Ibu pun, setuju beli. Lama dah tak masak. Rindu pulak nak makan masakan sendiri.

Betapa lamanya dah tak masak, sampaikan sebiji bawang pun tak ada kat dalam rumah. Sejak akhir-akhir ni asyik makan kat luar, bungkus, makan roti. Dan, balik kampung. Jadi, kalau masak pun, very simple.

Dah dapat udang galah ni, ligat dalam kepala duk fikir nak masak apa. Masak lomak nogori pun sedap jugak, kan.

Berusaha lah Ibu pulang ke rumah waktu rehat tengah hari. Kalau nak masak petang lepas kerja memang dah tak mampu. Hasha biasanya nak balik rumah bila matahri dah tergelincir. Sampai je rumah, dia akan menjerit-jerit... "Amo umah...." (tak nak balik rumah). Jadi, terpaksa pusing-pusing bandar Dungun yang sekangkang kera ni. Bila dah pukul 7 baru lah boleh masuk rumah.

Rupa sekilo udang galah. Kalau setakat nak makan bertiga ni, boleh masak 2-3 kali.

First time, siang udang galah. Memang tak reti pun. Kalau udang biasa tu, Ibu buang kepala, ekor, janggut, urat perut. Yang tinggal cuma isi udang je. Kawan Ibu cakap, rugi, Sebab air udang sangat manis. Bila dah buang segala isi tu, hilanglah manisnya. Tapi, Ibu memang dah terbiasa begitu. Sebab tu lah, Ibu tak makan udang yang dimasak di kedai. Rasa macam tak bersih.


Udang galah ni, Ibu tak cabut kepala. Sebab takut hilang rasa. Tapi, proses mengorek segala macam isi yang tidak patut, tetap dilakukan. Ambil masa hampir setengah jam untuk proses udang galah ni.

Masak lomak cili api udang galah.

Ada 10 ekor semuanya. Sangat mudah. Sebagai wanita berkerja, proses memasak perlu mudah dan cepat.

sekotak santan pekat
santan separuh biji kelapa - santan cair
5 biji cili api
2cm kunyit hidup
2 batang kacang panjang
sebiji tomato
sekeping asam gelugor
udang

Mudah sahaja.Kunyit hidup bersama cili api, tumbuk atau kisar. Ibu prefer tumbuk dengan lesung. Masukkan semua tu dalam periuk dan panaskan hingga mendidih. Tomato boleh letak selepas mendidih. Perasakan dengan garam. Siap.

Jom makan.

Tuesday, February 7, 2012

Sama tapi berbeza

kakak dan adik.

Mereka datang dari benih yang sama.
Berwajah seiras.
Tapi, insan yang berbeza.