Wednesday, May 30, 2012

Membaca Jambatan Ilmu

Kakak ajar Dora 1,2,3

                           Perasan tak tepi dora tu ade little teddy. Kakak susun sebab nak bacakan cerita.



                                                     Jom kita belek katalog Cosway.


                                           Isk, dah khatam dua buku, Dora tak nak sleep lagi.


                                                Jom, pindah kat tempat lain.. Sini panas la...


                                                                             Ok, sini lah...

                                                   
                                                       Kita sambung baca buku adik ye....

                                                                 
                                                                  Tutup buku. The End.

Thursday, May 10, 2012

A Rolling Stones Gathers No Moss

Bismillah ...

 Lama dah Ibu pegang kata-kata ni ... ' A rolling stones gathers no moss' ... Dalam ayat mudahnya, rezeki takkan sesekali datang bergolek.

Tahun 2012, bermulanya tahun senyum bagi kami sekeluarga. Setelah jatuh tergolek, ditimpa tangga sejak 2010, kini kami mampu melangkah dengan senyuman. Dua tahun mengajar kami bahawa hidup berumahtangga, ada pasang surutnya. Hidup berumahtangga perlu ada kemuafakatan. Dan yang paling penting, hidup berumahtangga, perlu menerima pasangan seadanya. Jangan bandingkan dengan pasangan orang lain. Itulah hidup berumahtangga. Dalam manis pasti ada sedikit kepahitan. Bagi memberi keinsafan kepada kita, bahawa hidup di dunia ini hanya sementara. Akhirat jua yang kekal abadi.

Macam tazkirah pula ye. Memang dulu sangat bercita-cita nak jadi pakar motivasi. Nak muncul dalam TV. Nak pakai tudung labuh (ooopsss)... tangan nak berhayun-hayan macam Ustz Siti Nor Bahyah. Lepas tu teringin pulak jadi wartawan TV. Jadi pengacara NONA, Majalah3. Siap nak masuk Malaysian Top Host lagi. Kalau masuk sure  lagi glamour  dari Nurul syuhada Nurul Ain. Hehe... Itu hanya angan-angan. Sila abaikan. 

Tapi, Alhamdulillah... apa yang dicitakan sebenarnya ingin menjadi penyampai ilmu. Tak kiralah jadi pengacara dokumentari ke, pendakwah bebas ke, ataupun, guru. Semuanya menjadikan ilmu sebagai wadah untuk tatapan orang lain. Selari dengan nama diberi. Cahaya Petunjuk. Yang akan sentiasa menyuluh kegelapan insan disekeliling. Walaupun hanya cahaya lilin yang malap.

Nak cerita ape sebenarnya ni? Karangan terpesong.

Pernah dengar tak Pelan Perlindungan PetPet? Ala.. yang ada kat dalam iklan TV tu. Pelakon Nor Khiriah yang jadi modelnya. Pelan tu untuk ibu yang baru melahirkan bayi 0-3 bulan. Bukan semua dapat peluang untuk menang Pelan Perlindungan tu, Bergantung pada rezeki yang telah Allah swt tetapkan.

Masa Ibu discaj dari wad selepas bersalinkan Harraz, hospital bagi hadiah. Katanya satu untuk Ibu , satu untuk baby. Bila bukak, adala 4 keping Petpet diapers dengan sebotol Dettol kecil, with Dettol soap dalam setiap beg. Dalam tu jugak ada kotak yang tulis tentang Pelan Perlindungan Petpet. Cuma hantar SMS je, dan aktifkan nombor kod yang tertera pada kotak. Ditambah lagi, bagi penghantar SMS ke 28 bagi setiap bulan akan menerima diapers jenama Petpet selama 6 bulan.

Ibu pun cuba hantar SMS dan aktifkan kod. Tipulah kalau kata Ibu tak harap apa-apa kan. Tapi, pada Ibu, hantar jelah. Caj SMS baru 50sen. Sekali tu je pun. Ibu ni bukannya orang yang biasa lucky dalam any draw. Jadi, saja-saja lah habiskan kredit 50 sen.

After 2 weeks, dapat panggilan telefon dari Petpet cakap Ibu dapat Pelan Perlidungan. Macam tak percaya pulak. Lepas tu, dia cakap lagi, Ibu penghantar SMS ke 28, jadi layak untuk terima diapers percuma selama 6 bulan. Dengan syarat, Ibu jawab satu soalan dengan tepat. Tapi, masa dia telefon, Ibu ada kat luar. Jadi Ibu suruh telefon semula.

3 minggu perkara tu berlalu tanpa follow up dari pihak Petpet. Hari ni dia telefon lagi. Dengan berdebar, Ibu jawab soalan mudah. 'Tepat sekali,puan'..... Ibu tergamam sekejap. Isk.. betul ke ni... Siap boleh tanya, 'I dapat ke 6 months supply nih?' Dia jawab,' Yes, puan.. you answered correctly'. dan berakhir dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga buat pembuat panggilan yang mewakili Petpet tu.

Katanya, diapers tu akan diberi sekaligus. 4 pek saiz S dan 8 pek saiz M. Kesemuanya, 12 pek. Kalau didarab dengan harga di pasaran, paling sedikit Ibu jimat RM360. Alhamdulillah, rezeki Harraz....

Pasal Pelan Perlindungan tu, pihak Petpet akan poskan polisi ke rumah. Dalam masa 2 minggu. Diapers tu pun akan diberi dalam tempoh 2 minggu. Syukur, rezeki dari Nya.

Apa kaitannya dengan tajuk entri ye?

Bila kita nakkan sesuatu, kita perlu usahakan... Usaha Ibu adalah hantar SMS tu. Nampak macam ringan je hantar SMS. Sebenarnya Ibu bukan jenis yang layan sangat benda-benda remeh macam ni. Tapi, nak dijadikan rezeki, tergerak pintu hati Ibu. Kalau tak hantar SMS tu mesti tak dapat langsung kan....

Sama juga dengan kes Harraz taknak menyusu secara terus (direct feeding). 2 hari Ibu pekakkan telinga dengar Harraz menangis, meraung mohon simpati. Akhirnya berjaya juga menyusukan Harraz secara terus. (Now, I already miss my beautiful moment feeding Hasha Humaira). Sesekali suakan juga pada Hasha. Dia terima je.

Kali ni, Ibu akan usahakan. Harraz akan menikmati susu ibu sebagaimana Hasha menikmatinya dulu. Supaya setiap kebaikan yang ada pada susu Ibu mengalir dalam darah Harraz dan jadikan Harraz insan cemerlang di dunia dan juga akhirat. Amin...

** Tak sabar nak menghuni rumah sendiri, nak memulakan berCD kembali. 




Tuesday, May 1, 2012

Si botak





Salam hari pekerja. Tak feel sangat sebab on maternity leave.





Sebenarnya dah lama download blogaway ni. Tapi ibu tak reti nak guna.. tapi lagi seronok update blog kat my little nebby.

Wednesday, April 25, 2012

Kasih antara kita



Semoga kasih ini berpanjangan ... hingga ke syurga.

Thursday, April 19, 2012

Penghuni Syurga



Tuhan... ku tak layak ke syurgaMu...
Namun tak pula
Aku sanggup ke nerakaMu ....

Ya Allah, Ya Tuhanku...

Sukarnya perjalananku untuk menjejakkan langkah ke syurgaMu,
Namun Ya Allah ...
Manakan diri ini sanggup menahan siksa api nerakaMu.

Ya Allah ...
Dengan hadirnya mereka dalam hidupku,
Jadikanlah mereka sebagai aset untuk aku ke syurgaMu
Jadikanlah mereka sebagai batu loncatan untuk aku menikmati syurgaMu

Ya Allah,
Sebagaimana Engkau permudahkan mereka mencari jalan keluar dari alam rahim ke alam dunia,
Engkau permudahkanlah kepada mereka untuk mencari jalan menuju ke syurgaMu
Agar dunia dalam genggaman mereka, akhirat dalam junjungan mereka.


Ya Allah,
Sebagaimana Engkau takdirkan nama Hasha Humaira buat puteriku, Engkau sempurnakanlah perjalanan kehidupannya dalam menuju ke syurgaMu. Dan, nama Humaira sempena nama isteri kekasihMu, Engkau perelokkanlah sifatnya, sebagaimana eloknya sifat Saidatina Aisyah r.a. Jadikanlah dia orang yang fasih menuturkan ayat suciMu, tidak gentar dalam melawan musuhMu.


Ya Allah,
sebagaimana Engkau takdirkan nama Harraz buat anakandaku, Engkau jadikanlah dia sehebat namanya. Sesungguhnya, setiap ketentuanMu adalah yang terbaik untuknya. Dan, Husaini yang diambil sempena nama cucu kesayangan kekasihMu, kau perelokkanlah akhlaknya sebagaimana akhlak cucu Rasulullah saw. Jadikanlah dia seorang yang lembut tuturnya, namun tegas dalam membela agamaMu.

Ya Allah,
Kini, mereka adalah penghuni syurga. Ku mohon dariMu, Ya Allah, Engkau beri petunjuk kepada mereka agar mereka tetap menjadi penghuni syurga selamanya. Dan memberi rahmat kepada kedua ibu dan abah mereka, agar juga tergolong dalam golongan penghuni syurga. Engkau permudahkanlah kami, ibuabah mereka, agar berjaya mendidik mereka, mendorong mereka untuk sentiasa memilih syurga sebagai destinasi terakhir.

Mereka adalah penghuni syurgaMu. Jadikanlah mereka dikalangan hambaMu yang menghafal ayat suciMu. Dan jadikanlah mereka insan yang sentiasa mencintaiMu dan juga rasulMu.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Nurul - cahaya
hasha - kesempurnaan
Humaira - si pipi merah

Ahmad - Yang terpuji ;variation of the name Muhammad
Harraz - Yang amat alim/warak
Husaini - kebaikanku

Dari lubuk hati Ibu.

Thursday, April 5, 2012

PerancanganNya tetap yang terbaik


Salam April...

Sekian lama membisu, akhirnya Ibu kembali ke dunia blog. Dengan ditemani cerita tentang ahli baru dalam keluarga kami. Adik Harraz.

Ibu dengan mama (kakak kepada Ibu) berbeza due date selang beberapa hari sahaja. Ibu, 4 April 2012 manakala mama pula 30 Mac 2012. Memang dijangka mama akan bersalin awal kerana mama menghidap diabetes sewaktu mengandung. Disebabkan mama bekerja dengan MARA, mama mempunyai klinik panel MARA yang supply ubat-ubatan, vitamin sepanjang mengandung. Ibu pun tumpang sekaki.Hehe.. dapatlah vitamin percuma.

Cukup 38 minggu, mama dah masuk wad. Tapi, doktor suruh balik semula sebab selepas diindius, jalan masih belum terbuka. Berehatlah kami sama2 di rumah. Ibu pulak, diberi mc selama 4 hari dan tambah lagi Ibu ambil cuti bersalin awal 2 minggu.

Hari ahad mama masuk wad, Isnin dibenarkan pulang. Hari rabu, Ibu pergi ke PSMZA (tempat kerja Ibu,Dungun). Pergi uruskan beberapa dokumen yanag belum selesai. Tup tup... hari khamis, bangun je tidur, tengok flesh blood mengalir di celah peha. Banyak juga. Rasa cuak. Terus kejutkan abah. Bergegas kami ke HSNZ. Kebetulan Abah ada meeting di site, jadi, Ibu sendirian menguruskan kemasukan Ibu ke wad. Masa tu, segar bugar lagi. Siap boleh gelak
ketawa dengan doktor.

Ibu warded. Lepas menjalani pemeriksaan oleh doktor pakar, doktor pakar menyarankan Ibu diindius. Doktor memberi 2 pilihan, samada terus menunggu sehingga keluar tanda, atau diindius. Kata doktor, ibu berisiko untuk mengalami tumpah darah sebelum atau selepas bersalin. Komplikasi yang Ibu alami dikenali sebagai Inderteminate APH. Untuk keterangan lanjut tentang komplikasi ini, buat masa ni sila gugel dulu ye. Kalau berkesempatan Ibu akan ceritakan nanti. ** Maklumlah, sejak menjadi Ibu beranak dua ni, masa ibu sangat limited. Nasib baiklah henpon cikai Ibu boleh juga buka FB. Bolehlah hilangkan kebosanan.

Sehari di wad kelas 3 (Wad 1EF), berpindah ke wad kelas 2 (Wad 2A) (tidur semalaman) dan keesokan harinya dipindahkan ke wad kelas 1 (Wad 1B). Beza betul layanan di setiap kelas.

Malam pertama di hospital, Ibu sekali lagi merujuk pakar. Tanya risiko Inderteminate APH. Pakar suggest ibu diindius sekali lagi. Sebab, kalau terus menunggu kemungkinan untuk berlaku tumpah darah tetap ada. Jadi, selepas berbincang dengan Abah, kami sepakat untuk bersetuju dengan cadangan doktor. Tapi, Ibu mohon untuk berehat dahulu. Jadi, hari ke 2 baru Ibu akan dimasukkan ubat.

Pagi hari kedua (masa tu masih di Wad 2A), Doktor masukkan 1/2 pil (ubat.. lupa nama ape... hari tu duk hafal sangat). Since Ibu duduk di wad yang terbuka, Ibu siap boleh sembang-sembang dengan patient lain. Dalam bay Ibu, ada 2 patient termasuk Ibu yang diindius. Kami berkongsi cerita dan pengalaman mengandung yang lalu. Sambil sama-sama menahan sakit kontraksi yang sederhana. Sekejap-sekejap terhenti cerita kami sebab masing-masing menahan sakit kontraksi.


Petangnya, sekali lagi dimasukkan ubat. Sakit yang agak kuat mula terasa. Dalam duk menahan rasa sakit, Ibu sekali lagi berpindah ke Wad Kelas 1. Hilang sekejap rasa sakit sebab tidak perlu bermandikan peluh di waktu malam (Wad 2A dan 1EF cuma ada kipas yang hidup segan mati tak mahu... Adalah sangat panas).

Di Wad 1B, Ibu ditempatkan di bilik 5. Bilik yang sama sewaktu bersalinkan Hasha 2 tahun yang lalu. Cuma bezanya, masa Hasha dulu, Ibu dapat katil 5B, kali ni di katil 5C. Pagi hari ketiga, Ibu dimasukkan ubat sekali lagi kerana jalan masih lagi 1cm. Kekadang terasa sakit yang melampau... kekadang rasa sakit tu mampu Ibu tahan.

Pagi hari ketiga, Doktor cek jalan lagi sekali. 3cm mendekati 4cm. Sekali lagi Ibu diindius. Petangnya pula, Status Ibu dah dinaiktaraf. Status menunggu bilik bersalin kosong. Bila je ada kekosongan, Ibu akan ditolak ke LR (Labour Room). Hari ketiga, menunggu lagi. Tapi, masih tiada rezeki Harraz nak keluar. Sakit sekejap datang sekejap tidak. Ibu cuba berfikiran positif. Mungkin Allah swt bagi masa yang lebih untuk Ibu beribadat kepadaNya. Masa terluang Ibu mengulang baca surah-surah yang menjadi amalan sewaktu mengandung.

Hari keempat Ibu di hospital, mama pula datang menjadi penghuni buat kali ke2. Mama ditempatkan di Wad 1EF. Mama juga diindius dengan separuh ubat. Dan, hari ke 4 berlalu begitu sahaja. Masih tiada rezeki Ibu masuk LR.


Hari ke 5, Ibu terus mengharap. Mengharap jalan terus terbuka. Dan masih lagi 3cm mendekati 4cm. Tiada sebarang perubahan. Sakit pun mula menghilang. Kata nurse, kesan ubat dah hilang. Sebab tu sakit pun dah hilang. Macam biasa aktiviti Ibu, baring-baring, borak-borak, berFB dan membaca apa yang patut. Ada sebuah novel yang Ibu bawa. Tajuknya, Khalifah-Khalifah yang Benar. Besar harapan Ibu semoga bayi yang dilahirkan dapat menjiwai watak dan akhlak khalifah2 tersebut.


Lepas solat Zohor, katil 5D (sebelah Ibu) discaj. Hilang seorang teman berborak. Dalam keadaan masih segar bugar, Ibu terus mengharapkan nama dipanggil untuk ke LR. Usai Maghrib, Ibu sempat menghabiskan surah Yaasin, sebelum nurse masuk dan letakkan tag baru pada katil 5D.Tengok nama pada tag tu, Nor Azifah Abdul Rahman. Ha... mama la tu. Terus Ibu text mama. Cakap, dia akan duduk sebilik dengan Ibu.


Mama sampai lebih kurang pukul 8 malam. Dia dalam keadaan kesakitan. Kesian pulak Ibu tengok. Ibu ni siap boleh berFB, order barang online. Makan-makan. Mama disebelah duk menahan sakit. Tengok-tengok pukul 10 mama dah tertidur. Ibu cuba pejamkan mata. Tapi, memang tak dapat.

Pukul 11, Ibu makan nasi minyak yang Abah belikan. Takut nanti basi, membazir pula. Sebenarnya tak lapar pun.

Sambung main FB lagi, sampailah pukul 12.30, Ibu terasa ada air mengalir, pantas dan panas. Dalam kuantiti yang sangat banyak. Sampai lencun kain yang Ibu pakai. Ibu panik. Terus panggil mama kat sebelah. Minta mama tolong panggilkan misi. Dalam keadaan mamai dan sakit, mama keluar dari bilik dan pergi mencari misi di kaunter.

Kak Ju (misi yang sangat baik, disebabkan Ibu berhari2 duk kat wad, misi pun dah kenal) cakap kena cek jalan dulu. Biasanya bila air mentuban dah pecah, jalan terbuka lagi. Pergi cek jal
an, baru 4cm. Sakit tak datang lagi. Mama kembali tidur. Ibu pun cuba untuk tidur.

Tepat jam 1.30, sakit yang sangat kuat datang menyerang. Nak kejutkan mama macam kesian. Ibu perlahan-lahan pergi ke kaunter dan cakap kat Kak Ju. 'Sakit sangat ni'. Cek jalan, dah 6cm. Wah..patutlah sakit yang melampau. Kak Ju cakap, akan terus pergi LR. Tapi, minta Ibu tahan dulu setengah jam. LR penuh.

Tak lama lepas tu, Abah sampai. Mama pun terjaga. Tengok keadaan Ibu yang sangat sakit, sempat mama hulur sebiji ubat selusuh. Masa tu juga Ibu ambil peluang makan kurma, minum air zam-zam, minum minyak selusuh. Nak kasi ada tenaga meneran. Setiap kali kontraksi
datang, Ibu setkan dalam minda, Ibu dah lama menuggu sakit ni. Takpe, sakit ni sekejap je.

Pukul 2.30 pg Ibu ditolak masuk LR. Masa tu rasa dah meneran. Doktor cek jalan, baru 8cm. Tapi, sebab dah tak tahan sangat, Ibu teran sambil di mulut terkumat kamit baca baca ayat 87, surah al anbiya. Tepat 3.24 pagi, selamat lahir seorang bayi lelaki. Alhamdulillah....

Penatnya menaip. Nasib baik Harraz tidur lena. Kakak pula berout-station.


Pukul 5, Ibu dah selamat masuk wad semula. Bersama Adik Harraz. Mama yang teruja, terus hilang rasa sakit. Kata misi, kalau tengokkan gaya sakit, ingatkan kakak yang bersalin dulu, rupanya si adik (Ibu) yang bersalin dulu.

Pukul 7, Tok, Ki, Kakak Hasha datang menjenguk di wad. Riuh sekejap. Maklumlah, 2 orang anak tok dan ki berada dalam wad dan bilik yang sama. Yang sorang masih menunggu, yang lagi sorang dah selamat keluarkan bayi.


Hasha memang tak lepas baby cot. Kalau boleh nak masuk sekali tidur ngan adik. Siap dia cakap, 'adik hasha ni... adik hasha ni....' Seronok tengok kakak Hasha pandai sayang adik.

Ibu dibenarkan pulang. Cuma tunggu surat dari doktor. Tapi, pagi tu mama dah mula sakit yang kuat. Kebetulan semua pelawat dah balik. Tinggal Ibu dan Mama je. Ibu suruh mama makan semua yang mama bagi kat Ibu masa Ibu sakit nak bersalin.

Tengah hari Ibu dah boleh keluar. Balik rumah tok dan ki. Petang tu, tok cakap mama dah
masuk LR. Tepat pukul 8.02mlm, selamat lahir seorang lagi bayi, tapi bayi perempuan.

Alhamdulillah, tok dan ki dapat sepasang cucu dalam masa sehari. Uniknya, mereka bkan kembar seibu sebapa. Tapi, kembar bersepupu. Memang menjadi memori indah dalam keluarga kami.

Berbalik pada tajuk, memang Allah swt dah menentukan Harraz dan Amni akan lahir pada hari yang sama. Walaupun Ibu dimasukkan wad beberapa hari sebelum, tapi mereka tetap lahir pada hari yang sama. Indahnya perancangan Allah swt.


Pada saat kami masing-masing sedang sakit yang agak kritikal, masing-masing memainkan peranan yang sangat baik. Sewaktu Ibu sedang sakit, mama yang jaga Ibu, dan juga sebaliknya. Itulah hikmahnya, mengapa walaupun diindius sehingga 3 kali, tapi Harraz tetap seronok duduk dalam perut.

Selepas bersalin, barulah Ibu sedar, banyak keperluan Harraz yang ibu tertinggal. Nasib baik mama ada kat sebelah. Bolehlah Ibu meminjam. Banyak hikmahnya, kan.


Che Ahmad Harraz Husaini wit Nur Amni Insyirah (270312)


Allah swt knows the best.

Birth Announcement


Assalamualaikum ....

Saya
Che Ahmad Harraz Husaini bin Che Mohd Humaizi


Lahir pada 27th March 2012 @ 3:24 am

@ Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Weight : 3.27 kg
via normal delivery.

Thursday, March 1, 2012

Week 36 Already ....

Merasalah muka saya je jadi pemula entri Ibu. Lepas ni kena berebut dengan adik....

Salam Mac... Dah bulan Mac rupanya.. Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru je buat entry bulan Februari.

Dah masuk trimester ketiga... dah menunggu hari (kata orang tua-tua) .... Tapi, Ibu masih ada masa sebulan sebelum due date. Perut dah memboyot. Nak naik tangga pun termengah-mengah. Apatah lagi tidur malam. Asyik terganggu. Bukan setakat terganggu disebabkan perut yang membesar, malah diganggu oleh si kakak Hasha.


Setelah berusia 2 tahun, barulah Ibu berusaha belikan Hasha swing sekali dengan motor untuk gerakkan swing. Kononnya nak menikmati tidur yang lebih lena. Tapi, segala harapan musnah. 5-6 kali kena bangun dalam satu malam. Nak susu, nak susu milo, nak tidur sebelah Ibu, bila dah tidur sebelah Ibu, nak tidur dalam buai baby. Macam-macam hal. Terpaksa buat shift menjaga Hasha.


Ada masa Hasha nak lepas gian. 'Nak susu Ibu....'. Tu la yang paling Ibu tak larat nak dengar. Bila dah melekap, confirm susah nak lepas. Terpaksa cakap ' Ibu sakitlah... Ibu dah tak larat....'. Memohon simpati dari Hasha. Dan pastinya Hasha bersimpati.

Mungkin, Hasha nak bermanja habis-habisan sebelum terpaksa berkongsi kasih dengan adik. Tapi, kasih Ibu dengan Abah tetap akan sama. Cuma, perhatian akan dilebihkan kepada adik. Maklumlah, adik masih kecil. Kakak sudah mampu berdikari.
Memang Hasha sudah mampu berdikari. Mandi pun sendiri. Balik skool terus masuk bilik air. Cuma nak buka baju perlukan pertolongan Ibu. Pampers pun bukak sendiri, lipat kemudiannya masuk dalam tong pampers. Buka paip pun sendiri. Mandi sendiri. Cuma tak reti nak keluarkan sabun. Sambil Hasha mandi, Ibu boleh masak, berehat dan buat kerja rumah. Bila dah siap mandi, Hasha tutup paip sendiri, ambil tuala sendiri. Dan balut kan badan. Walaupun tak sekemas balutan yang biasa Ibu buat, cukuplah dia lap muka dan badan, kemudian tutup sebahagian badan.

Kadang-kadang rasa takjub dengan tahap berdikari Hasha. Mama kat skool Hasha pun selalu puji Hasha. Cakap Hasha boleh berdikari. Alhamdulillah... Maklumlah, kakak..... kenalah berdikari. Cuma manja sikit. Kalau Mama sibuk layan kanak-kanak lain, mulalah Hasha merajuk.

Semua cerita pasal Hasha je. Tapi, tajuk entri berkaitan dengan Adik. huhu...

InsyaAllah, Adik yang bakal lahir ni adalah baby boy. Masa scan 4D, memang terang-terang nampak gender. Pastu, bila repeat scan kat government clinic, sekali lagi Dr cakap baby boy,kan. Alhamdulillah.... kami bakal dapat sepasang. Tak sabar rasanya nak tengok baby. Nama dah pun finalize tapi tak boleh reveal lagi. Tunggu hari ketujuh kelahiran. Ambil sunnah Rasulullah s.a.w. Tapi, kalau yang keluar nanti seorang puteri, kami pun bersyukur juga. Sebenarnya memang mengharap dapat sepasang. Tapi, ketentuan Allah swt adalah yang terbaik. Kami terima seadanya.

Ibu akan ambil cuti awal 2 minggu. Sama macam Hasha dulu. Tak sempat bercuti lama, dah pun bersalin. Kali nih pun Ibu harap Ibu bersalin awal. Tak sabar sebenarnya menunggu kehadiran orang baru dalam keluarga kecil kami.

Baju-baju adik dah pun Ibu basuh. Semalam baru je lipat dan masuk beg untuk bawa ke hospital. Setiap hari Ibu ingatkan Hasha. 'Nanti, bila Ibu sakit, Hasha duduk ngan Tok, ye'. Hasha angguk tanda setuju.

Boleh dikatakan persediaan kami untuk menyambut orang baru nih dah capai 90%. Barang-barang baby pun dah cukup. Siap dengan newborn pampers. Cuma tunggu tuannya saja. Semoga Ibu dan adik tidak mengalami sebarang komplikasi sewaktu proses delivery nanti. Amin.
Saya seorang kakak.

** Sekarang nih pun dah rasa mild contraction. Mungkin sebab Ibu still breasfeed semasa mengandung. Memang akan menyebabkan early contraction. Tak kisahlah. Asalkan Adik sihat.

Wednesday, February 8, 2012

Udang Galah






Bismillah.

Ini bukan blog masakan. Tapi, sekadar berkongsi suka duka kehidupan. Segala ragam, cerita tentang kehidupan ini mahu dikongsi disini. Untuk menjadi panduan di kemudian hari. Panduan untuk diri sendiri. Andainya memberi manfaat pada orang lain, Alhamdulillah.


Hasha penggemar udang. Sejak reti makan udang, kenal udang, Hasha selalu request nak makan udang. Dan, menjadi lauk basah wajib beli pulak. Biasanya, Ibu beli udang biasa je. Kebetulan baru-baru ni, ada ofismate tawarkan udang galah dengan harga RM35/kg. Ibu pun, setuju beli. Lama dah tak masak. Rindu pulak nak makan masakan sendiri.

Betapa lamanya dah tak masak, sampaikan sebiji bawang pun tak ada kat dalam rumah. Sejak akhir-akhir ni asyik makan kat luar, bungkus, makan roti. Dan, balik kampung. Jadi, kalau masak pun, very simple.

Dah dapat udang galah ni, ligat dalam kepala duk fikir nak masak apa. Masak lomak nogori pun sedap jugak, kan.

Berusaha lah Ibu pulang ke rumah waktu rehat tengah hari. Kalau nak masak petang lepas kerja memang dah tak mampu. Hasha biasanya nak balik rumah bila matahri dah tergelincir. Sampai je rumah, dia akan menjerit-jerit... "Amo umah...." (tak nak balik rumah). Jadi, terpaksa pusing-pusing bandar Dungun yang sekangkang kera ni. Bila dah pukul 7 baru lah boleh masuk rumah.

Rupa sekilo udang galah. Kalau setakat nak makan bertiga ni, boleh masak 2-3 kali.

First time, siang udang galah. Memang tak reti pun. Kalau udang biasa tu, Ibu buang kepala, ekor, janggut, urat perut. Yang tinggal cuma isi udang je. Kawan Ibu cakap, rugi, Sebab air udang sangat manis. Bila dah buang segala isi tu, hilanglah manisnya. Tapi, Ibu memang dah terbiasa begitu. Sebab tu lah, Ibu tak makan udang yang dimasak di kedai. Rasa macam tak bersih.


Udang galah ni, Ibu tak cabut kepala. Sebab takut hilang rasa. Tapi, proses mengorek segala macam isi yang tidak patut, tetap dilakukan. Ambil masa hampir setengah jam untuk proses udang galah ni.

Masak lomak cili api udang galah.

Ada 10 ekor semuanya. Sangat mudah. Sebagai wanita berkerja, proses memasak perlu mudah dan cepat.

sekotak santan pekat
santan separuh biji kelapa - santan cair
5 biji cili api
2cm kunyit hidup
2 batang kacang panjang
sebiji tomato
sekeping asam gelugor
udang

Mudah sahaja.Kunyit hidup bersama cili api, tumbuk atau kisar. Ibu prefer tumbuk dengan lesung. Masukkan semua tu dalam periuk dan panaskan hingga mendidih. Tomato boleh letak selepas mendidih. Perasakan dengan garam. Siap.

Jom makan.

Tuesday, February 7, 2012

Sama tapi berbeza

kakak dan adik.

Mereka datang dari benih yang sama.
Berwajah seiras.
Tapi, insan yang berbeza.

Tuesday, January 31, 2012

Bercerai susu.

Salam pagi rabu.

Hasha dah masuk 2 tahun. Alhamdulillah... sehingga usia 2 tahun, Hasha menikmati susu Ibu. Walaupun, sewaktu usia 1 1/2 tahun, Hasha dah mula minum Fresh Milk dan Full Cream Milk. Ibu berhenti mengepam setelah disahkan mengandung. Kebetulan jatuh pada bulan Ramadhan. Jadi, susu memang drop. Sejak itu, Hasha hanya direct feeding sahaja. Sehinggalah usia Hasha 2 tahun.


Genap Hasha 2 tahun, usia kandungan Ibu genap 7 bulan. Perut pun dah memboyot. Kalau baring, dah kena support dengan pelbagai jenis bantal. Nak berDF pun tak larat. Niatnya nak teruskan BF sehingga Hasha berhenti sendiri. Dan tanderm nursing bersama adik. Tapi, sebab dah tak larat sangat. Campur pula Hasha dah mula macam-macam, Ibu buat keputusan untuk bercerai susu secara paksa.


Pada mulanya, memang Ibu tekad tidak mahu bercerai susu dengan meletakkan apa-apa pada nipples. Tapi, disebabkan dah tak larat sangat. Hasha asyik melekat kat Ibu. Kalau malam, dari pukul 9 sampailah pukul 6 pagi. Mulut dia wajib melekat pada nipples. Sampaikan nak bangun pergi tandas pun Hasha mengamuk.



Cukup je 2 tahun, macamtahu-tahu je... Hasha mula mintak susu milo pada waktu malam (susu milo ni, Ibu campur milo dengan Fresh Milk). Keadaan berterusan selama 2 hari. Petanda yang baik. Masuk je hari ketiga, Hasha dah mula buat perangai. Nak menyusu dengan Ibu dari malam sampai pagi. 3 malam tak boleh tidur. Sebab dia asyik merengek dan nak menyusu. Susu pulak memang dah tak banyak. Ibu try pump. Keluar susu yang sangat jernih warnanya. Dan sangat sedikit.
Lepas tu, Ibu terus tekad, nak bercerai susu secara paksa. Ibu sapu jus delima. Rasanya agak masam.



Jus Delima. Baik untuk wanita mengandung dan menyusu.

Bila Hasha nak menyusu, dia geleng sambil cakap,

'shushu ibu asyam.....'.

Ibu cakap,
' susu Ibu masam sebab dah berdarah, Hasha gigit, sakit.Lain kali jangan gigit eh'....

Lepas tu, bila tanya lagi,
'sape nak susu ibu?'

Hasha jawab,

'Amo... asyam'


Wah.. senang kerja....3 hari Hasha tak minta susu ibu. Setiap kali dia minta, Ibu sapu jus delima. Serik agaknya.


Tapi, semalam, lepas ambil Hasha dari skool, dia mengamuk tak nak balik. Ibu cakap kita pergi playground la. Kononnya nak pujuk dari amukan tu. Kisah lain pulak jadinya. Dah pukul 6.15 ptg, ajak Hasha balik. Mengamuk lagi teruk. 'nak aron...nak aron... (aron is playground)'

Ibu ni dah la nak kena balik masak. Ambil keputusan mudah, Ibu singgah beli Tom yam kat kedai. Balik rumah kononnya nak masak nasi dan goreng telur dadar je. Sepanjang kat kedai, Hasha mengamuk dalam kereta. Ibu tinggalkan je kat dalam kereta. Ibu buka windows sikit, then locked. Ibu biar je. Tapi, mengintai dari jauh. Dalam 15 minit, Hasha duk menggelupur kat atas pelapik kaki.


Pukul 6.45 pm.Keadaan masih sama. Bila Ibu drive, Hasha tolak gear ke mod N. Banyak kali jugak mengaum kereta. Siap dengan adegan tarik menarik tudung Ibu lagi. Ibu berhenti kereta, dan.... sumbat chu-chu dalam mulut Hasha. Barulah dia diam dan konsentret menghisap. Sms abah, cakap tolong beli nasi dengan telur dadar. Dah tak sempat nak masak. Ibu penat tambah lagi lapar.


Pastu, singgah sekejap kat Kedai Mesra Petronas. Hasha berjaya rembat makanan. Semua sekali RM6. Wajib beli Hasha, Kismis doa, Milo dan roti. Semalam dia tambah pulak dengan betik. Layan je. Asalkan tak mengamuk.

Sampai rumah, Abah dah kat dapur. Jadi Master Chef. Goreng telur dan tanak nasi. Alhamdulillah, lepas tu dah boleh makan. Rasa nak jadi singa je semalam.


Malamnya, Hasha request susu Ibu. Ibu sapu jus delima. Terus taknak. 'nak syusyu ilo, bu....'

Latest pic of Hasha.

** hari ni EL. sebab sakit kepala yang melampau. Bila dah pukol 9... ok plak.... Hasha x hantar skool lagi nih.




Sunday, January 29, 2012

Hasha is TWO.


Senyum pembuka bicara.

Ibu : Hasha berape tahun?

Hasha : Duwwe... (Dua).

Perbualan yang sering diucapkan setiap kali kami bersembang.

Ibu sambung lagi ...
'Hasha anak sape?'
Hasha jawab....
'Anak Ibu la'
'Ibu name ape?'
'Da'
'Abah name ape?'
'Zi'
'Hasha cucu sape?'
'Tok'
'Hasha hamba sape?'
'Allah'
'Ummat?'
'Rasulullah....'

Semua ni Hasha belajar sepanjang sebulan bersama Tok. Di skool pula, Hasha sudah berjaya menghafal ABC sampai Z (tak complete... tapi boleh dikatakan 2/3 dari nyanyian ABC tu dah berjaya dihafal) dan Alif Ba Ta (Ni pun ada beberapa huruf yang Hasha tertinggal). Kat rumah, Ibu kukuhkan lagi dengan video yang Ibu download dari youtube. Jadi, agak mudah untuk Hasha hafal nyanyian-nyanyian tu.

Tahun lepas, masa Hasha umur setahun, tak ada sebarang sambutan hari lahir dari Ibu dan Abah. Cuma, Tok buat pulut kuning. Kami belikan hadiah je. Tahun ni pun sama. Cuma, pada hari kejadian, kami sekeluarga pergi jalan-jalan ke Mesra Mall. Beli sebijik kek kecik. Bagi Hasha belah dan suapkan pada kami. Tok juga macam biasa, buat pulut kuning.

I'm doing my homework. Please don't disturb.
Pensel warna tu mama hadiahkan, sekali dengan sepasang baju kurung sempena birthday Hasha.

1 new set sempena birthday Hasha.

Ni je la kek yang Hasha dapat.

Kat skool, pada awalnya, Ibu berhajat buat kek. Ibu pilih kek karamel. Sebab mudah dan sedap. Bertungkus lumus Ibu buat malam tu. Masa tengah buat tu, macam-macam pula yang berlaku. Tertumpah air kat atas oven, meringue tak jadi. Telur tak cukup. Gula terlebih. Hasilnya, kek
tu Ibu bawa pergi ofis. Habis licin disapu oleh kawan ofis Ibu. Nasib baik Ibu sempat sediakan goody bag untuk kawan-kawan kat skool.

Kata orang tua, bila budak nak berubah tahun, demamnya agak teruk. Begitulah Hasha. Demam yang agak teruk. Tambah pula nak dapat adik. Lagi peelnya macam-macam. Kadang-kadang sampai tak tidur Ibu dibuatnya. Duk melayan kerenah Hasha. Penat, tambah lagi perut dah besar. Sampai kadang-kadang rasa nak hantar Hasha balik kampung kejap. Biar dia belajar hidup tidak terlalu bergantung pada Ibu. Tapi, manakan boleh. Sehari tak dengar suara dia pun, dah kelam kabut hidup Ibu dengan Abah.

Hasha pun dah tukar skool. Bersekolah di Taska Izanida. Taska yang berdaftar dan lebih selesa berbanding taska sebelum ni. Kat Taska Izanida ni, kanak-kanak 1 1/2 tahun dah masuk kelas untuk belajar. Hasha pun nampak serasi di taska tu. Alhamdulillah...

Baju ni Auntie Adlina yang hadiahkan.

Stroller ni Umi hadiahkan.

Doya tidur ye. Kakak Hasha nak buat kerja.

Monday, January 23, 2012

2011 yang sudah berlalu

Bismillah... pembuka bicara.

Salam Cuti Tahun Baru Cina.


Lama sangat dah ibu tak update. Mungkin pembawakan budak. Dulu, masa mengandungkan Hasha, memang banyak masa. Maklumlah, hidup bersendirian. Suami jauh dari pandangan mata, tapi dekat dari pandangan hati. Kali ni, tanggungjawab sebagai isteri dan ibu membataskan masa untuk bersosial di alam maya.

Kandungan hampir mencecah 8 bulan. Another 2 months ++ to go. Banyak dugaan dan kegembiraan yang hadir menyulami kehidupan kami seharian. Banyak perkara yang hendak di kongsi. Tapi, tak tahu yang mana nak luahkan dahulu.

Netbook Ibu dah kembali ber'charger'. Jadi kebarangkalian untuk meluahkan rasa hati disini agak tinggi. Tapi, tak boleh percaya jugak. Sekarang ni kan dah mula Semester baru. Komitmen terhadap kerjaya perlu dipertingkatkan. Nanti nak cuti 3 bulan. Kenalah kerja rajin-rajin.


Kerjaya sekarang ni diperingkat memuaskan. Jauh lebih baik berbanding dahulu. Maklumlah, suntikan semangat dari 2 insan tersayang yang selalu berada di sisi. Semester baru ni, Ibu mengajar 2 subjek baru. Computer Architecture & Organization dan juga Fundamental of Programming. Agak membebankan sebab pengajaran dan pembelajaran dalam sistem OBE. Sepatutnya menjadi lebih mudah, tetapi disebabkan sistem ini baru diperkenalkan di peringkat politeknik, banyak perkara baru yang perlu Ibu pelajari.

Pergi kerja menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Mungkin sebab suasana kerja dan juga tidak lagi berPJJ. Dikelilingi oleh kawan-kawan yang seakan adik beradik, pemimpin yang seakan
ayahanda, membuatkan Ibu merasai keseronokan bekerja.

Hasha wif her new telekung. Given by Auntie Ayu (Ofismate Ibu)


Tirai 2011 ditutup dengan keceriaan dan kegembiraan. Walaupun tahun 2011 banyak menguji kehidupan kami sekeluarga. Bermula dengan penutup 2010 yang sangat menyedihkan iaitu tragedi Asyura, hidup kami terus menerus diuji dengan pelbagai tragedi lain. Namun, doa
terhadap Yang Esa yang tidak pernah putus memberi kami kekuatan untuk menghadapinya. Alhamdulillah, Allah swt hanya menguji hambaNya dengan ujian yang mampu dihadapi sahaja. Kami diberi kekuatan untuk menghadapinya. Terima kasih Ya Allah.

Pertengahan 2011, kami dikejutkan dengan berita kehadiran seorang lagi insan dalam keluarga kami. Memang terkejut. Tapi, kami bersyukur sebab kedatangannya membuka rezeki baru dalam lembaran kehidupan kami. Pada mulanya, Ibu terpana. Sebab Hasha baru saja 1 1/2 tahun. Ada lagi baki selama 6 bulan untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Namun,
Alhamdulillah, dalam keadaan berbadan dua, Ibu berjaya menyusukan Hasha sehingga 2 tahun.

Di penghujung 2011, Ibu mengikuti kursus PREFER anjuran KPT selama hampir sebulan di Kuala Terengganu. Kami sekeluarga menjadi penghuni tetap Hotel Grand Continental Kuala Terengganu. Selama itu jugalah Hasha dijaga oleh Tok. Setiap pagi, Tok dan Ki akan datang
ambil Hasha di Hotel. Dan, pada waktu petang, selepas Abah balik kerja, Abah akan jemput Hasha dari rumah Tok. Pada waktu malam, kalau Ibu ada diskusi, Ibu akan bawa sekali Hasha
ke kelas.
Ibu kena denda pakai topeng sebab bercakap menggunakan Bahasa Melayu.

Peserta Cilik PREFER 2011. Ikut Ibu pergi field trip di Muzium Losong.

Sepanjang sebulan di rumah Tok, banyak yang Hasha pelajari. Alhamdulillah, Hasha berjaya menghafal Selawat Syifa'. Perlahan-lahan, Hasha diajar untuk bergantung pada susu kotak sepenuhnya. Pernah satu malam, disebabkan Ibu ada kelas malam, Hasha terpaksa tidur dengan Tok. Itu adalah kali pertama Hasha tidak bermalam dengan Ibu. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Kursus PREFER merupakan kursus untuk menguasai Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran. Atas kata nama lain, kursus ni belajar bahasa Inggeris. Meninggalkan dunia speaking sejak beberapa tahun yang lalu, buatkan Ibu rasa kekok untuk berbahasa Inggeris. Namun, setelah hampir sebulan dilatih menjadi 'orang putih', Ibu kembali menggunakan
Bahasa Inggeris di dalam P&P.


Rezeki adik dapat belajar Bahasa Inggeris sedari dalam perut lagi. Alhamdulillah... pada hari graduasi, Ibu dapat award yang tak pernah Ibu idamkan. Harap-harap nanti bila adik keluar dari perut Ibu, adik dah pandai berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris.

Graduation Day.

Best Overall Performer Award. Rezeki baby.

Penghujung tahun 2011 berlalu dengan beberapa perkara yang menggembirakan dan juga menyedihkan. Namun, kami sekeluarga menerima segala ketentuan Illahi dengan redha.

Di hujung 2011 juga, Ibu dan Abah decided untuk menetap secara permanent di rumah kami sendiri. Setelah memikirkan dari segi kos wang dan masa dan kemungkinan Ibu akan bertukar ke KT, kami memilih untuk tinggal di daerah pertengahan antara KT dan Dungun, iaitu Marang. Untuk ke KT, mengambil masa lebih kurang 25 minit. Untuk ke Dungun pula dalam 40-45 minit. InsyaAllah, andai diizinkan kami akan mula tinggal di sana selepas Ibu bersalin.

Gaya budak tak sabar masuk rumah baru.

Itulah sedikit sebanyak cerita tahun 2011. Semoga tahun 2012 membawa sinar baru dalam kehidupan kami.

** Siap juga akhirnya entri ni. Mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk siapkan.