Cukup untuk membuat hati ini berbunga indah.
Dalam hati ada taman.
Dalam hati ada taman.
Berakhir sudah penantian selama hampir 2 tahun. Walaupun masih agak jauh, tapi kami bakal tinggal sebumbung.Alhamdulillah.
Tarikh melapor diri, 16hb Disember 2010. 3 hari selepas pengumuman ini dibuat. Kelam kabut hidup kami sekeluarga selama 2 hari. Maklumlah,banyak yang perlu diselesaikan within 2 days. Namun, perasaan teruja melangkaui segalanya. Tanpa memohon untuk bertangguh, kami berusaha menyelesaikan urusan pejabat, urusan rumah. Barang tak banyak. Boleh la mengangkut 2 kali dengan Livina dan si kecil kancil.
10 Muharram
7:30 ptg
Usai solat Maghrib, Abah angkut 1/2 barang masuk ke Livina. Penuh. Mesin basuh, baju, printer, barang-barang ofis dan macam-macam lagi.Tak nampak langsung ruang kosong kat ruang belakang.
9:00 mlm
Usai solat Isyak, mohon perlindungan dariNya agar kami selamat sampai ke destinasi. Bertolak, keluar dari rumah kami di Damansara. Sempat Ibu ingatkan abah untuk singgah sebentar ke POLISAS untuk berjumpa seorang teman.
9:10 mlm
Entah apa yang kami bualkan, Ibu terlupa, Abah pun terlupa. Hasha yang masih lagi demam kura-kura terbaring lesu di pangkuan Ibu.
Sekitar 9:20 mlm
Ibu tersedar dan terpandang kepulan asap dari bonet depan kereta. Terus tengok Hasha. Sedang merengek. Syukur, dalam keadaan baik. Menangis akibat terkejut. Abah pandang Ibu dan bertanya samada Ibu mampu keluar dari kereta. Cepat-cepat keluar. Risau dengan kepulan asap dari enjin kereta. Mungkin disebabkan asap tu, Ibu tak terasa lagi kesakitan yang amat di bahagian muka.
Keluar dari kereta cuba memujuk Hasha. Terasa cecair mengalir di mulut. Terus panggil Abah yang sedang menilik bumper kereta yang jatuh dan terseret ke tepi jalan. Barulah Ibu terasa sakit, pedih di pipi dan mulut.Darah mengalir.Nasib baik ada kereta yang berhenti dan membantu Ibu untuk mengelap mulut.
Ibu masih kebingungan. Abah terus memeluk memberi kekuatan. Hasha masih dalam keadaan terkejut. Ligat dalam otak fikiran, siapa yang boleh ibu hubungi. Tinggal berdekatan tempat kejadian. Teringat En Zul, pensyarah di JKE,POLISAS (ofismate ibu). Mintak Abah hubungi.
Tow truck sampai. Perkenalkan diri sebagai agen Nissan (Tang Chong). En. zul sampai. Bincang-bincang, En. Zul follow tow truck ke Balai Polis Trafik di Jalan Bandar. Dua orang agen Nissan bawa kami bertiga ke HTAA. Masa tu Ibu tak boleh nak fikir nak ke private hospital ataupun klinik. Cuma membiarkan mereka membuat keputusan.
Di hospital, kami dikejarkan ke bahagian kecemasan. Abah tak ada injured. Dia sempat tahan tangan kat stereng kereta. Hasha pun ok. Dia memang terselit kat celah Ibu. Yang agak teruk adalah muka Ibu. Kena hentam dengan airbag. Bibir pecah, bruises di bahagian pipi dan hidung.
Selepas rawatan, kami dibawa pula ke Balai Polis untuk urusan report. Sampai sana, sarjan keluar makan. Kena tunggu sampai pukul 12.
11 : 15 mlm
En Zul, Hariz dan GG (semuanya ofismate Ibu) bawa kami bertiga ke kedai makan. Terlupa sekejap tentang perut dalam kekalutan tadi. Ibu hanya boleh minum air guna straw. Nak sedut sup guna sudu dan sedut macam minum guna straw. Lapar punya pasal, lupakan sekejap pasal kesakitan. Kena pula sup pedas. Makin bengkak bibir Ibu.
12:15 pg
Kami kembali ke Balai Polis. Ibu dan Hasha tidur je dalam kereta GG.Abah yang uruskan semuanya.
2 :15 pg
Kembali ke Damansara, polis nak tengok tempat kejadian. Lepas tu terus balik rumah. Nak tidur, tapi masih terfikir tentang kejadian. Akhirnya, tertidur jugak.
Insiden Asyura. Sepatutnya, pagi tu Ibu lapor diri di PSMZA. Hari tu juga adalah birthday Ibu ikut Kalender Islam. Hari yang sepatutnya menjadi hari pertama kami hidup bersama. Melepaskan gelaran isteri PJJ.
Semuanya rancanganNya. Ibu yakin pasti terselit hikmah. Kami sekeluarga redha. Kami mohon agar insiden ini sebagai penghapus dosa kami yang lampau. Mungkin juga sebagai pemula kebahagiaan kami. Bukankah pelangi bakal muncul selepas hujan.

No comments:
Post a Comment