Merasalah muka saya je jadi pemula entri Ibu. Lepas ni kena berebut dengan adik....
Dah masuk trimester ketiga... dah menunggu hari (kata orang tua-tua) .... Tapi, Ibu masih ada masa sebulan sebelum due date. Perut dah memboyot. Nak naik tangga pun termengah-mengah. Apatah lagi tidur malam. Asyik terganggu. Bukan setakat terganggu disebabkan perut yang membesar, malah diganggu oleh si kakak Hasha.
Setelah berusia 2 tahun, barulah Ibu berusaha belikan Hasha swing sekali dengan motor untuk gerakkan swing. Kononnya nak menikmati tidur yang lebih lena. Tapi, segala harapan musnah. 5-6 kali kena bangun dalam satu malam. Nak susu, nak susu milo, nak tidur sebelah Ibu, bila dah tidur sebelah Ibu, nak tidur dalam buai baby. Macam-macam hal. Terpaksa buat shift menjaga Hasha.
Ada masa Hasha nak lepas gian. 'Nak susu Ibu....'. Tu la yang paling Ibu tak larat nak dengar. Bila dah melekap, confirm susah nak lepas. Terpaksa cakap ' Ibu sakitlah... Ibu dah tak larat....'. Memohon simpati dari Hasha. Dan pastinya Hasha bersimpati.
Mungkin, Hasha nak bermanja habis-habisan sebelum terpaksa berkongsi kasih dengan adik. Tapi, kasih Ibu dengan Abah tetap akan sama. Cuma, perhatian akan dilebihkan kepada adik. Maklumlah, adik masih kecil. Kakak sudah mampu berdikari.
Memang Hasha sudah mampu berdikari. Mandi pun sendiri. Balik skool terus masuk bilik air. Cuma nak buka baju perlukan pertolongan Ibu. Pampers pun bukak sendiri, lipat kemudiannya masuk dalam tong pampers. Buka paip pun sendiri. Mandi sendiri. Cuma tak reti nak keluarkan sabun. Sambil Hasha mandi, Ibu boleh masak, berehat dan buat kerja rumah. Bila dah siap mandi, Hasha tutup paip sendiri, ambil tuala sendiri. Dan balut kan badan. Walaupun tak sekemas balutan yang biasa Ibu buat, cukuplah dia lap muka dan badan, kemudian tutup sebahagian badan.
Kadang-kadang rasa takjub dengan tahap berdikari Hasha. Mama kat skool Hasha pun selalu puji Hasha. Cakap Hasha boleh berdikari. Alhamdulillah... Maklumlah, kakak..... kenalah berdikari. Cuma manja sikit. Kalau Mama sibuk layan kanak-kanak lain, mulalah Hasha merajuk.
Semua cerita pasal Hasha je. Tapi, tajuk entri berkaitan dengan Adik. huhu...
InsyaAllah, Adik yang bakal lahir ni adalah baby boy. Masa scan 4D, memang terang-terang nampak gender. Pastu, bila repeat scan kat government clinic, sekali lagi Dr cakap baby boy,kan. Alhamdulillah.... kami bakal dapat sepasang. Tak sabar rasanya nak tengok baby. Nama dah pun finalize tapi tak boleh reveal lagi. Tunggu hari ketujuh kelahiran. Ambil sunnah Rasulullah s.a.w. Tapi, kalau yang keluar nanti seorang puteri, kami pun bersyukur juga. Sebenarnya memang mengharap dapat sepasang. Tapi, ketentuan Allah swt adalah yang terbaik. Kami terima seadanya.
Ibu akan ambil cuti awal 2 minggu. Sama macam Hasha dulu. Tak sempat bercuti lama, dah pun bersalin. Kali nih pun Ibu harap Ibu bersalin awal. Tak sabar sebenarnya menunggu kehadiran orang baru dalam keluarga kecil kami.
Baju-baju adik dah pun Ibu basuh. Semalam baru je lipat dan masuk beg untuk bawa ke hospital. Setiap hari Ibu ingatkan Hasha. 'Nanti, bila Ibu sakit, Hasha duduk ngan Tok, ye'. Hasha angguk tanda setuju.
Boleh dikatakan persediaan kami untuk menyambut orang baru nih dah capai 90%. Barang-barang baby pun dah cukup. Siap dengan newborn pampers. Cuma tunggu tuannya saja. Semoga Ibu dan adik tidak mengalami sebarang komplikasi sewaktu proses delivery nanti. Amin.
Saya seorang kakak.
** Sekarang nih pun dah rasa mild contraction. Mungkin sebab Ibu still breasfeed semasa mengandung. Memang akan menyebabkan early contraction. Tak kisahlah. Asalkan Adik sihat.
No comments:
Post a Comment