Thursday, April 19, 2012

Penghuni Syurga



Tuhan... ku tak layak ke syurgaMu...
Namun tak pula
Aku sanggup ke nerakaMu ....

Ya Allah, Ya Tuhanku...

Sukarnya perjalananku untuk menjejakkan langkah ke syurgaMu,
Namun Ya Allah ...
Manakan diri ini sanggup menahan siksa api nerakaMu.

Ya Allah ...
Dengan hadirnya mereka dalam hidupku,
Jadikanlah mereka sebagai aset untuk aku ke syurgaMu
Jadikanlah mereka sebagai batu loncatan untuk aku menikmati syurgaMu

Ya Allah,
Sebagaimana Engkau permudahkan mereka mencari jalan keluar dari alam rahim ke alam dunia,
Engkau permudahkanlah kepada mereka untuk mencari jalan menuju ke syurgaMu
Agar dunia dalam genggaman mereka, akhirat dalam junjungan mereka.


Ya Allah,
Sebagaimana Engkau takdirkan nama Hasha Humaira buat puteriku, Engkau sempurnakanlah perjalanan kehidupannya dalam menuju ke syurgaMu. Dan, nama Humaira sempena nama isteri kekasihMu, Engkau perelokkanlah sifatnya, sebagaimana eloknya sifat Saidatina Aisyah r.a. Jadikanlah dia orang yang fasih menuturkan ayat suciMu, tidak gentar dalam melawan musuhMu.


Ya Allah,
sebagaimana Engkau takdirkan nama Harraz buat anakandaku, Engkau jadikanlah dia sehebat namanya. Sesungguhnya, setiap ketentuanMu adalah yang terbaik untuknya. Dan, Husaini yang diambil sempena nama cucu kesayangan kekasihMu, kau perelokkanlah akhlaknya sebagaimana akhlak cucu Rasulullah saw. Jadikanlah dia seorang yang lembut tuturnya, namun tegas dalam membela agamaMu.

Ya Allah,
Kini, mereka adalah penghuni syurga. Ku mohon dariMu, Ya Allah, Engkau beri petunjuk kepada mereka agar mereka tetap menjadi penghuni syurga selamanya. Dan memberi rahmat kepada kedua ibu dan abah mereka, agar juga tergolong dalam golongan penghuni syurga. Engkau permudahkanlah kami, ibuabah mereka, agar berjaya mendidik mereka, mendorong mereka untuk sentiasa memilih syurga sebagai destinasi terakhir.

Mereka adalah penghuni syurgaMu. Jadikanlah mereka dikalangan hambaMu yang menghafal ayat suciMu. Dan jadikanlah mereka insan yang sentiasa mencintaiMu dan juga rasulMu.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Nurul - cahaya
hasha - kesempurnaan
Humaira - si pipi merah

Ahmad - Yang terpuji ;variation of the name Muhammad
Harraz - Yang amat alim/warak
Husaini - kebaikanku

Dari lubuk hati Ibu.

No comments:

Post a Comment