Friday, September 30, 2011

Jemput datang ke rumah

Alhamdulillah... diberi peluang lagi untuk mengupdate blog.

Semalaman Ibu tak dapat tidur. Bermula pukul 7.30 mlm semalam, Hasha asyik muntah. Kebetulan Ibu hanya berdua dengan Hasha. Abah di kampung kerana aktiviti mingguan. Setiap 2 jam, Hasha muntah-muntah. Habis semua towel kat rumah. Buat tanda muntah dia. Ibu tak larat sangat nak cuci. Nak dijadikan kebetulan lagi, Ibu first time consume Vitamin B Complex. Baunya yang sangat 'menawan' buatkan Ibu sakit kepala yang amat.

Maka, semalam, tidurlah dua beranak ni dalam keadaan yang tidak lena. Setiap kali muntah, Hasha perlu dipujuk. Dalam ketidakstabilan emosi dan fizikal, terpaksa gagahkan diri. Alhamdulillah, after Subuh, Hasha dah OK. Ibu pun OK jugak. Sempat kami bermain di laman sebelum mandi pagi. Hehe....

Baju-baju ngan towel yang kena muntah belum lagi diusik. Selamat dalam baldi. Cuma comforter yang kena muntah tu, dah pun Abah selesaikan. Kalau nak harapkan Ibu, alamak berkulat dululah muntah tu. Ibu pun tak boleh tahan bau nya. *** Musim-musim begini, terpaksa la Abah selesaikan kerja yang tak mampu Ibu selesaikan.

Rumah pun dah kembali tunggang-langgang. Entah bila akan ada pari-pari pandu puteri nak datang rumah tolong kemaskan.

Jadi, Ibu nak jemput pari-pari pandu puteri datang ke rumah.... Tolong kemaskan rumah, boleh?

Wednesday, September 28, 2011

Kedua


Syawal kedua.

Salam pagi rabu.

Alhamdulillah... mempunyai sedikit ruang dan peluang untuk meng'update' blog.

Dah berkulat agaknya blog ni. Last entri dah basi. Selama 3 bulan lebih tinggalkan blog ni. Tanpa usikan mahupun lawatan. Bukan setakat terabai, malah dah terbiar.


Raya kali ke 2 bagi Hasha Humaira, sambutan yang agak meriah. Sebabnya, Hasha dah semakin mengerti erti hari raya. Semua sepupu-sepupu, keluarga sanak saudara berkumpul di kampung. Seronok Hasha beraya tahun ni.



Ibu pun seronok. Sebab kali nih kami sambut raya ber-empat. Abah, Ibu, Kakak Hasha dan ... baby dalam perut ibu. Alhamdulillah... InsyaAllah, raya tahun depan, kami sekeluarga akan beraya bersama berempat.... Masa tu Hasha dah masuk 2 tahun 3 bulan.
Bagi Ibu memang waktu yang sesuai untuk Hasha belajar menjadi seorang kakak.

Sekarang ni pun, Hasha dah menunjukkan ciri-ciri seorang kakak. Kalau kat rumah Tok, Hasha akan buaikan baby (teddy bear) sambil bagi hisap susu. Kalau kat rumah, sebelum tidur, Hasha akan du-du kan baby-baby dulu, sebelum dia masuk tidur. Begitulah Hasha, terserlah ciri-ciri seorang kakak.
Ibu pun berasa seronok bila tengok perkembangan Hasha yang semakin menyerlahkan sifat keperempuanan dia. Setiap kali lepas makan, dia akan ambil pinggan dan cawan, masukkan dalam sink. Walaupun dia tak sampai, dia akan berusaha jugak letak kat atas table top. Lepas tu, tolak sampai masuk dalam sink.

Baju untuk ke skool pun, Ibu dah tak perlu pening kepala. Dia pilih. Tinggal Ibu nak masukkan dalam beg je. Kalau harapkan dia masukkan dalam beg, alamak bersepah la beg tuh.

Dari segi perkembangan sosial, setiap kali balik skool, dia sebut nama-nama kawan dia. Walaupun kurang jelas, tapi Ibu tahu dia maksudkan kawan-kawan dia; ami, qilfi (sebut fi), Qaisara (sebut sa-ya), mia, atif.

Rasanya tak sabar nak tunggu kedatangan adik Hasha ni. Nak tengok macam mana Hasha menjaga adik.