Showing posts with label preggy. Show all posts
Showing posts with label preggy. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

Week 36 Already ....

Merasalah muka saya je jadi pemula entri Ibu. Lepas ni kena berebut dengan adik....

Salam Mac... Dah bulan Mac rupanya.. Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru je buat entry bulan Februari.

Dah masuk trimester ketiga... dah menunggu hari (kata orang tua-tua) .... Tapi, Ibu masih ada masa sebulan sebelum due date. Perut dah memboyot. Nak naik tangga pun termengah-mengah. Apatah lagi tidur malam. Asyik terganggu. Bukan setakat terganggu disebabkan perut yang membesar, malah diganggu oleh si kakak Hasha.


Setelah berusia 2 tahun, barulah Ibu berusaha belikan Hasha swing sekali dengan motor untuk gerakkan swing. Kononnya nak menikmati tidur yang lebih lena. Tapi, segala harapan musnah. 5-6 kali kena bangun dalam satu malam. Nak susu, nak susu milo, nak tidur sebelah Ibu, bila dah tidur sebelah Ibu, nak tidur dalam buai baby. Macam-macam hal. Terpaksa buat shift menjaga Hasha.


Ada masa Hasha nak lepas gian. 'Nak susu Ibu....'. Tu la yang paling Ibu tak larat nak dengar. Bila dah melekap, confirm susah nak lepas. Terpaksa cakap ' Ibu sakitlah... Ibu dah tak larat....'. Memohon simpati dari Hasha. Dan pastinya Hasha bersimpati.

Mungkin, Hasha nak bermanja habis-habisan sebelum terpaksa berkongsi kasih dengan adik. Tapi, kasih Ibu dengan Abah tetap akan sama. Cuma, perhatian akan dilebihkan kepada adik. Maklumlah, adik masih kecil. Kakak sudah mampu berdikari.
Memang Hasha sudah mampu berdikari. Mandi pun sendiri. Balik skool terus masuk bilik air. Cuma nak buka baju perlukan pertolongan Ibu. Pampers pun bukak sendiri, lipat kemudiannya masuk dalam tong pampers. Buka paip pun sendiri. Mandi sendiri. Cuma tak reti nak keluarkan sabun. Sambil Hasha mandi, Ibu boleh masak, berehat dan buat kerja rumah. Bila dah siap mandi, Hasha tutup paip sendiri, ambil tuala sendiri. Dan balut kan badan. Walaupun tak sekemas balutan yang biasa Ibu buat, cukuplah dia lap muka dan badan, kemudian tutup sebahagian badan.

Kadang-kadang rasa takjub dengan tahap berdikari Hasha. Mama kat skool Hasha pun selalu puji Hasha. Cakap Hasha boleh berdikari. Alhamdulillah... Maklumlah, kakak..... kenalah berdikari. Cuma manja sikit. Kalau Mama sibuk layan kanak-kanak lain, mulalah Hasha merajuk.

Semua cerita pasal Hasha je. Tapi, tajuk entri berkaitan dengan Adik. huhu...

InsyaAllah, Adik yang bakal lahir ni adalah baby boy. Masa scan 4D, memang terang-terang nampak gender. Pastu, bila repeat scan kat government clinic, sekali lagi Dr cakap baby boy,kan. Alhamdulillah.... kami bakal dapat sepasang. Tak sabar rasanya nak tengok baby. Nama dah pun finalize tapi tak boleh reveal lagi. Tunggu hari ketujuh kelahiran. Ambil sunnah Rasulullah s.a.w. Tapi, kalau yang keluar nanti seorang puteri, kami pun bersyukur juga. Sebenarnya memang mengharap dapat sepasang. Tapi, ketentuan Allah swt adalah yang terbaik. Kami terima seadanya.

Ibu akan ambil cuti awal 2 minggu. Sama macam Hasha dulu. Tak sempat bercuti lama, dah pun bersalin. Kali nih pun Ibu harap Ibu bersalin awal. Tak sabar sebenarnya menunggu kehadiran orang baru dalam keluarga kecil kami.

Baju-baju adik dah pun Ibu basuh. Semalam baru je lipat dan masuk beg untuk bawa ke hospital. Setiap hari Ibu ingatkan Hasha. 'Nanti, bila Ibu sakit, Hasha duduk ngan Tok, ye'. Hasha angguk tanda setuju.

Boleh dikatakan persediaan kami untuk menyambut orang baru nih dah capai 90%. Barang-barang baby pun dah cukup. Siap dengan newborn pampers. Cuma tunggu tuannya saja. Semoga Ibu dan adik tidak mengalami sebarang komplikasi sewaktu proses delivery nanti. Amin.
Saya seorang kakak.

** Sekarang nih pun dah rasa mild contraction. Mungkin sebab Ibu still breasfeed semasa mengandung. Memang akan menyebabkan early contraction. Tak kisahlah. Asalkan Adik sihat.

Monday, January 23, 2012

2011 yang sudah berlalu

Bismillah... pembuka bicara.

Salam Cuti Tahun Baru Cina.


Lama sangat dah ibu tak update. Mungkin pembawakan budak. Dulu, masa mengandungkan Hasha, memang banyak masa. Maklumlah, hidup bersendirian. Suami jauh dari pandangan mata, tapi dekat dari pandangan hati. Kali ni, tanggungjawab sebagai isteri dan ibu membataskan masa untuk bersosial di alam maya.

Kandungan hampir mencecah 8 bulan. Another 2 months ++ to go. Banyak dugaan dan kegembiraan yang hadir menyulami kehidupan kami seharian. Banyak perkara yang hendak di kongsi. Tapi, tak tahu yang mana nak luahkan dahulu.

Netbook Ibu dah kembali ber'charger'. Jadi kebarangkalian untuk meluahkan rasa hati disini agak tinggi. Tapi, tak boleh percaya jugak. Sekarang ni kan dah mula Semester baru. Komitmen terhadap kerjaya perlu dipertingkatkan. Nanti nak cuti 3 bulan. Kenalah kerja rajin-rajin.


Kerjaya sekarang ni diperingkat memuaskan. Jauh lebih baik berbanding dahulu. Maklumlah, suntikan semangat dari 2 insan tersayang yang selalu berada di sisi. Semester baru ni, Ibu mengajar 2 subjek baru. Computer Architecture & Organization dan juga Fundamental of Programming. Agak membebankan sebab pengajaran dan pembelajaran dalam sistem OBE. Sepatutnya menjadi lebih mudah, tetapi disebabkan sistem ini baru diperkenalkan di peringkat politeknik, banyak perkara baru yang perlu Ibu pelajari.

Pergi kerja menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Mungkin sebab suasana kerja dan juga tidak lagi berPJJ. Dikelilingi oleh kawan-kawan yang seakan adik beradik, pemimpin yang seakan
ayahanda, membuatkan Ibu merasai keseronokan bekerja.

Hasha wif her new telekung. Given by Auntie Ayu (Ofismate Ibu)


Tirai 2011 ditutup dengan keceriaan dan kegembiraan. Walaupun tahun 2011 banyak menguji kehidupan kami sekeluarga. Bermula dengan penutup 2010 yang sangat menyedihkan iaitu tragedi Asyura, hidup kami terus menerus diuji dengan pelbagai tragedi lain. Namun, doa
terhadap Yang Esa yang tidak pernah putus memberi kami kekuatan untuk menghadapinya. Alhamdulillah, Allah swt hanya menguji hambaNya dengan ujian yang mampu dihadapi sahaja. Kami diberi kekuatan untuk menghadapinya. Terima kasih Ya Allah.

Pertengahan 2011, kami dikejutkan dengan berita kehadiran seorang lagi insan dalam keluarga kami. Memang terkejut. Tapi, kami bersyukur sebab kedatangannya membuka rezeki baru dalam lembaran kehidupan kami. Pada mulanya, Ibu terpana. Sebab Hasha baru saja 1 1/2 tahun. Ada lagi baki selama 6 bulan untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Namun,
Alhamdulillah, dalam keadaan berbadan dua, Ibu berjaya menyusukan Hasha sehingga 2 tahun.

Di penghujung 2011, Ibu mengikuti kursus PREFER anjuran KPT selama hampir sebulan di Kuala Terengganu. Kami sekeluarga menjadi penghuni tetap Hotel Grand Continental Kuala Terengganu. Selama itu jugalah Hasha dijaga oleh Tok. Setiap pagi, Tok dan Ki akan datang
ambil Hasha di Hotel. Dan, pada waktu petang, selepas Abah balik kerja, Abah akan jemput Hasha dari rumah Tok. Pada waktu malam, kalau Ibu ada diskusi, Ibu akan bawa sekali Hasha
ke kelas.
Ibu kena denda pakai topeng sebab bercakap menggunakan Bahasa Melayu.

Peserta Cilik PREFER 2011. Ikut Ibu pergi field trip di Muzium Losong.

Sepanjang sebulan di rumah Tok, banyak yang Hasha pelajari. Alhamdulillah, Hasha berjaya menghafal Selawat Syifa'. Perlahan-lahan, Hasha diajar untuk bergantung pada susu kotak sepenuhnya. Pernah satu malam, disebabkan Ibu ada kelas malam, Hasha terpaksa tidur dengan Tok. Itu adalah kali pertama Hasha tidak bermalam dengan Ibu. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Kursus PREFER merupakan kursus untuk menguasai Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran. Atas kata nama lain, kursus ni belajar bahasa Inggeris. Meninggalkan dunia speaking sejak beberapa tahun yang lalu, buatkan Ibu rasa kekok untuk berbahasa Inggeris. Namun, setelah hampir sebulan dilatih menjadi 'orang putih', Ibu kembali menggunakan
Bahasa Inggeris di dalam P&P.


Rezeki adik dapat belajar Bahasa Inggeris sedari dalam perut lagi. Alhamdulillah... pada hari graduasi, Ibu dapat award yang tak pernah Ibu idamkan. Harap-harap nanti bila adik keluar dari perut Ibu, adik dah pandai berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris.

Graduation Day.

Best Overall Performer Award. Rezeki baby.

Penghujung tahun 2011 berlalu dengan beberapa perkara yang menggembirakan dan juga menyedihkan. Namun, kami sekeluarga menerima segala ketentuan Illahi dengan redha.

Di hujung 2011 juga, Ibu dan Abah decided untuk menetap secara permanent di rumah kami sendiri. Setelah memikirkan dari segi kos wang dan masa dan kemungkinan Ibu akan bertukar ke KT, kami memilih untuk tinggal di daerah pertengahan antara KT dan Dungun, iaitu Marang. Untuk ke KT, mengambil masa lebih kurang 25 minit. Untuk ke Dungun pula dalam 40-45 minit. InsyaAllah, andai diizinkan kami akan mula tinggal di sana selepas Ibu bersalin.

Gaya budak tak sabar masuk rumah baru.

Itulah sedikit sebanyak cerita tahun 2011. Semoga tahun 2012 membawa sinar baru dalam kehidupan kami.

** Siap juga akhirnya entri ni. Mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk siapkan.

Tuesday, November 29, 2011

Mengidam Pretzel

Salam tahun baru. Rasanya belum terlambat. Hari ni pun baru 3 Muharram. Lagi seminggu, genap usia Ibu 29 tahun hijrah. Dan genap juga setahun tragedi asyura yang meragut kegembiraan kami lantaran pertukaran Ibu dari POLISAS ke PSMZA.

Mengandung kali ke dua jauh sangat berbeza dengan pengalaman mengandung kali pertama. Maklumlah, waktu mengandung kali pertama, dunia Ibu hanya keseorangan. Tanpa Hasha, tanpa abah disisi. Cuma hujung minggu je abah temankan Ibu. Mengandung kali nih dengan kehadiran insan-insan tersayang disisi, memang cukup mengujakan. Setiap hari Hasha akan mencium perut Ibu. Lepas tu, bila tanya, dalam perut Hasha ada apa? Jawab dia " Ada baby".

Kalau dulu, setiap kali cramp, Ibu akan menangis sampai pagi. Bukan sebab sakit. Tapi, sebab sedih. Sedih tak ada orang yang nk tolong gosokkan. Tapi, kali nih, setiap kali cramp, akan ada orang yang tolong gosokkan. Indahnya pengalaman mengandung kali ni.

Kalau dulu, Ibu memang langsung tak jaga pemakanan Ibu. Mungkin itu yang menyumbangkan kepada jaundis di awal kelahiran Hasha. Sepanjang mengandung, tahap Hb Ibu selalu je di bawah paras 9.

Tapi, kali ni, Hb yang agak membanggakan. Mencecah 12. Dari segi pemakanan, memang terjaga. Maklumlah, setiap hari makan ikan segar. Sayur kampung segar. Udara yang segar. Masak sendiri. Semuanya menjaga corak pemakanan Ibu.

Kali ni juga, berbeza dengan kandungan dulu. Ibu suka sangat baking kali ni. Anak perempuan lagi ke?Oooops... tak kisahlah... asalkan sihat. Berbalik kepada aktiviti baking, sebenarnya, dulu oven tersimpan kemas kat dalam kotak. Bila dah tinggal sebumbung sekeluarga ni, oven tuh tak menang tangan. Ada je yang tekak ni teringin.

Kalau setakat makanan yang boleh dicari dimana-mana di bumi dungun ni, senang la sikit. Tapi, kadang2 Ibu lebih suka buat sendiri. Puas hati. Boleh makan banyak-banyak.

Tapi, minggu lepas entah macam mana boleh pulak teringin makan Pretzel Makcik Anne. Kalau memang duk kat KL, tak kisahlah... bila2 boleh pergi Sogo ke, KLCC ke.... Tapi, dah duk bandar Dungun nih.. mana nak cari? Nak cari kedai buat roti pun ada sebijik je. Tu pun suka hati dia nak bukak bila.

Disebabkan teringin sangat Ibu kirim kat kawan Ibu yang duk kat KL. Katanya nak balik KT masa cuti Awal Muharram. Tup..Tap... tak jadi pulak. Frustrated la jugak. Tapi, nak buat macam mana,kan.

Jadi, Ibu pun google resepi pretzel Auntie Anne's. Tapi masalahnya, kena guna Bread Maker. Bread Maker ni memang tersenarai dalam wish list Ibu. Tapi, tunggu bajet tahun depan. Jadi, Ibu pun google lagi. Cari resepi yang tak perlu gunakan BM. Memang ada. Tapi, nak kena uli doh sampai doh tak melekat kat tangan. Berapa lama agaknya nak kena uli ye?

Sebab dah nak makan sangat, Ibu buat juga. Uli pun tak sampai 10 minit. Sepatutnya Ibu rehatkan doh sekurang-kurangnya 1/2 jam. Ibu bantai rehat 20 minit, terus buat Banyak nya yang Ibu next step skip. Maklumlah, teringin sangat nak makan. Dan, rupanya pun tak sama macam Auntie Anne's. Ibu sesuka hati je buat rupa infiniti. Sebabnya, dah malas nak jalin-jalin dulu. Rupanya agak mengerikan. Tapi, rasa tetap sama.



Cumanya, agak keras sikit sebab Ibu uli doh tu sekejap je. Takpelah, nanti cuba lagi. Kalau ada yang teringin mencuba, boleh cuba resepi ni. Ibu copy paste je ni.

Ingredients:
1 1/2 cup warm water
1 1/8 teaspoon active dry yeast - Ibu guna mauripan
2 tablespoons brown sugar
1 1/8 teaspoon salt
1 cup bread flour - Ibu guna tepung gandum je.
3 cups regular flour
2 cups Warm water
2 tablespoons baking soda
to taste coarse salt - x guna pun. x ada kat rumah
4 tablespoons butter (melted)



Directions:

Sprinkle yeast on lukewarm water in mixing bowl; stir to dissolve. Add sugar, salt and stir to dissolve; add flour and knead dough until smooth and elastic. Let rise at least 1/2 hour.

While dough is rising, prepare a baking soda water bath with 2 cups warm water and 2 Tbsp baking soda. Be certain to stir often. After dough has risen, pinch off bits of dough and roll into a long rope* (about 1/2 inch or less thick) and shape. Dip pretzel in soda solution and place on greased baking sheet. Allow pretzels to rise again. Bake in 450 (Ibu guna 180 degree) oven for about 10 minutes or until golden. Brush with melted butter and enjoy!

Toppings: after you brush with butter try sprinkling with coarse salt. or for Auntie Anne's famous Cinnamon Sugar, try melting a stick of butter in a shallow bowl (big enough to fit the entire pretzel) and in another shallow bowl make a mixture of cinnamon and sugar. Dip the pretzel into the butter, coating both sides generously. Then dip again into the cinnamon mixture. Enjoy!

** kebetulan cinnamon powder tak ada. so, Ibu gune brown sugar je.

* The longer and thinner you can make the dough rope, the more like Auntie Anne's they will be. (Of course I don't have the counter space!)

kepada sesiapa berminat, cubalah ya. Pasti tidak mengecewakan. Lega dapat makan apa yang diidamkan.





Wednesday, September 28, 2011

Kedua


Syawal kedua.

Salam pagi rabu.

Alhamdulillah... mempunyai sedikit ruang dan peluang untuk meng'update' blog.

Dah berkulat agaknya blog ni. Last entri dah basi. Selama 3 bulan lebih tinggalkan blog ni. Tanpa usikan mahupun lawatan. Bukan setakat terabai, malah dah terbiar.


Raya kali ke 2 bagi Hasha Humaira, sambutan yang agak meriah. Sebabnya, Hasha dah semakin mengerti erti hari raya. Semua sepupu-sepupu, keluarga sanak saudara berkumpul di kampung. Seronok Hasha beraya tahun ni.



Ibu pun seronok. Sebab kali nih kami sambut raya ber-empat. Abah, Ibu, Kakak Hasha dan ... baby dalam perut ibu. Alhamdulillah... InsyaAllah, raya tahun depan, kami sekeluarga akan beraya bersama berempat.... Masa tu Hasha dah masuk 2 tahun 3 bulan.
Bagi Ibu memang waktu yang sesuai untuk Hasha belajar menjadi seorang kakak.

Sekarang ni pun, Hasha dah menunjukkan ciri-ciri seorang kakak. Kalau kat rumah Tok, Hasha akan buaikan baby (teddy bear) sambil bagi hisap susu. Kalau kat rumah, sebelum tidur, Hasha akan du-du kan baby-baby dulu, sebelum dia masuk tidur. Begitulah Hasha, terserlah ciri-ciri seorang kakak.
Ibu pun berasa seronok bila tengok perkembangan Hasha yang semakin menyerlahkan sifat keperempuanan dia. Setiap kali lepas makan, dia akan ambil pinggan dan cawan, masukkan dalam sink. Walaupun dia tak sampai, dia akan berusaha jugak letak kat atas table top. Lepas tu, tolak sampai masuk dalam sink.

Baju untuk ke skool pun, Ibu dah tak perlu pening kepala. Dia pilih. Tinggal Ibu nak masukkan dalam beg je. Kalau harapkan dia masukkan dalam beg, alamak bersepah la beg tuh.

Dari segi perkembangan sosial, setiap kali balik skool, dia sebut nama-nama kawan dia. Walaupun kurang jelas, tapi Ibu tahu dia maksudkan kawan-kawan dia; ami, qilfi (sebut fi), Qaisara (sebut sa-ya), mia, atif.

Rasanya tak sabar nak tunggu kedatangan adik Hasha ni. Nak tengok macam mana Hasha menjaga adik.