Thursday, April 5, 2012

PerancanganNya tetap yang terbaik


Salam April...

Sekian lama membisu, akhirnya Ibu kembali ke dunia blog. Dengan ditemani cerita tentang ahli baru dalam keluarga kami. Adik Harraz.

Ibu dengan mama (kakak kepada Ibu) berbeza due date selang beberapa hari sahaja. Ibu, 4 April 2012 manakala mama pula 30 Mac 2012. Memang dijangka mama akan bersalin awal kerana mama menghidap diabetes sewaktu mengandung. Disebabkan mama bekerja dengan MARA, mama mempunyai klinik panel MARA yang supply ubat-ubatan, vitamin sepanjang mengandung. Ibu pun tumpang sekaki.Hehe.. dapatlah vitamin percuma.

Cukup 38 minggu, mama dah masuk wad. Tapi, doktor suruh balik semula sebab selepas diindius, jalan masih belum terbuka. Berehatlah kami sama2 di rumah. Ibu pulak, diberi mc selama 4 hari dan tambah lagi Ibu ambil cuti bersalin awal 2 minggu.

Hari ahad mama masuk wad, Isnin dibenarkan pulang. Hari rabu, Ibu pergi ke PSMZA (tempat kerja Ibu,Dungun). Pergi uruskan beberapa dokumen yanag belum selesai. Tup tup... hari khamis, bangun je tidur, tengok flesh blood mengalir di celah peha. Banyak juga. Rasa cuak. Terus kejutkan abah. Bergegas kami ke HSNZ. Kebetulan Abah ada meeting di site, jadi, Ibu sendirian menguruskan kemasukan Ibu ke wad. Masa tu, segar bugar lagi. Siap boleh gelak
ketawa dengan doktor.

Ibu warded. Lepas menjalani pemeriksaan oleh doktor pakar, doktor pakar menyarankan Ibu diindius. Doktor memberi 2 pilihan, samada terus menunggu sehingga keluar tanda, atau diindius. Kata doktor, ibu berisiko untuk mengalami tumpah darah sebelum atau selepas bersalin. Komplikasi yang Ibu alami dikenali sebagai Inderteminate APH. Untuk keterangan lanjut tentang komplikasi ini, buat masa ni sila gugel dulu ye. Kalau berkesempatan Ibu akan ceritakan nanti. ** Maklumlah, sejak menjadi Ibu beranak dua ni, masa ibu sangat limited. Nasib baiklah henpon cikai Ibu boleh juga buka FB. Bolehlah hilangkan kebosanan.

Sehari di wad kelas 3 (Wad 1EF), berpindah ke wad kelas 2 (Wad 2A) (tidur semalaman) dan keesokan harinya dipindahkan ke wad kelas 1 (Wad 1B). Beza betul layanan di setiap kelas.

Malam pertama di hospital, Ibu sekali lagi merujuk pakar. Tanya risiko Inderteminate APH. Pakar suggest ibu diindius sekali lagi. Sebab, kalau terus menunggu kemungkinan untuk berlaku tumpah darah tetap ada. Jadi, selepas berbincang dengan Abah, kami sepakat untuk bersetuju dengan cadangan doktor. Tapi, Ibu mohon untuk berehat dahulu. Jadi, hari ke 2 baru Ibu akan dimasukkan ubat.

Pagi hari kedua (masa tu masih di Wad 2A), Doktor masukkan 1/2 pil (ubat.. lupa nama ape... hari tu duk hafal sangat). Since Ibu duduk di wad yang terbuka, Ibu siap boleh sembang-sembang dengan patient lain. Dalam bay Ibu, ada 2 patient termasuk Ibu yang diindius. Kami berkongsi cerita dan pengalaman mengandung yang lalu. Sambil sama-sama menahan sakit kontraksi yang sederhana. Sekejap-sekejap terhenti cerita kami sebab masing-masing menahan sakit kontraksi.


Petangnya, sekali lagi dimasukkan ubat. Sakit yang agak kuat mula terasa. Dalam duk menahan rasa sakit, Ibu sekali lagi berpindah ke Wad Kelas 1. Hilang sekejap rasa sakit sebab tidak perlu bermandikan peluh di waktu malam (Wad 2A dan 1EF cuma ada kipas yang hidup segan mati tak mahu... Adalah sangat panas).

Di Wad 1B, Ibu ditempatkan di bilik 5. Bilik yang sama sewaktu bersalinkan Hasha 2 tahun yang lalu. Cuma bezanya, masa Hasha dulu, Ibu dapat katil 5B, kali ni di katil 5C. Pagi hari ketiga, Ibu dimasukkan ubat sekali lagi kerana jalan masih lagi 1cm. Kekadang terasa sakit yang melampau... kekadang rasa sakit tu mampu Ibu tahan.

Pagi hari ketiga, Doktor cek jalan lagi sekali. 3cm mendekati 4cm. Sekali lagi Ibu diindius. Petangnya pula, Status Ibu dah dinaiktaraf. Status menunggu bilik bersalin kosong. Bila je ada kekosongan, Ibu akan ditolak ke LR (Labour Room). Hari ketiga, menunggu lagi. Tapi, masih tiada rezeki Harraz nak keluar. Sakit sekejap datang sekejap tidak. Ibu cuba berfikiran positif. Mungkin Allah swt bagi masa yang lebih untuk Ibu beribadat kepadaNya. Masa terluang Ibu mengulang baca surah-surah yang menjadi amalan sewaktu mengandung.

Hari keempat Ibu di hospital, mama pula datang menjadi penghuni buat kali ke2. Mama ditempatkan di Wad 1EF. Mama juga diindius dengan separuh ubat. Dan, hari ke 4 berlalu begitu sahaja. Masih tiada rezeki Ibu masuk LR.


Hari ke 5, Ibu terus mengharap. Mengharap jalan terus terbuka. Dan masih lagi 3cm mendekati 4cm. Tiada sebarang perubahan. Sakit pun mula menghilang. Kata nurse, kesan ubat dah hilang. Sebab tu sakit pun dah hilang. Macam biasa aktiviti Ibu, baring-baring, borak-borak, berFB dan membaca apa yang patut. Ada sebuah novel yang Ibu bawa. Tajuknya, Khalifah-Khalifah yang Benar. Besar harapan Ibu semoga bayi yang dilahirkan dapat menjiwai watak dan akhlak khalifah2 tersebut.


Lepas solat Zohor, katil 5D (sebelah Ibu) discaj. Hilang seorang teman berborak. Dalam keadaan masih segar bugar, Ibu terus mengharapkan nama dipanggil untuk ke LR. Usai Maghrib, Ibu sempat menghabiskan surah Yaasin, sebelum nurse masuk dan letakkan tag baru pada katil 5D.Tengok nama pada tag tu, Nor Azifah Abdul Rahman. Ha... mama la tu. Terus Ibu text mama. Cakap, dia akan duduk sebilik dengan Ibu.


Mama sampai lebih kurang pukul 8 malam. Dia dalam keadaan kesakitan. Kesian pulak Ibu tengok. Ibu ni siap boleh berFB, order barang online. Makan-makan. Mama disebelah duk menahan sakit. Tengok-tengok pukul 10 mama dah tertidur. Ibu cuba pejamkan mata. Tapi, memang tak dapat.

Pukul 11, Ibu makan nasi minyak yang Abah belikan. Takut nanti basi, membazir pula. Sebenarnya tak lapar pun.

Sambung main FB lagi, sampailah pukul 12.30, Ibu terasa ada air mengalir, pantas dan panas. Dalam kuantiti yang sangat banyak. Sampai lencun kain yang Ibu pakai. Ibu panik. Terus panggil mama kat sebelah. Minta mama tolong panggilkan misi. Dalam keadaan mamai dan sakit, mama keluar dari bilik dan pergi mencari misi di kaunter.

Kak Ju (misi yang sangat baik, disebabkan Ibu berhari2 duk kat wad, misi pun dah kenal) cakap kena cek jalan dulu. Biasanya bila air mentuban dah pecah, jalan terbuka lagi. Pergi cek jal
an, baru 4cm. Sakit tak datang lagi. Mama kembali tidur. Ibu pun cuba untuk tidur.

Tepat jam 1.30, sakit yang sangat kuat datang menyerang. Nak kejutkan mama macam kesian. Ibu perlahan-lahan pergi ke kaunter dan cakap kat Kak Ju. 'Sakit sangat ni'. Cek jalan, dah 6cm. Wah..patutlah sakit yang melampau. Kak Ju cakap, akan terus pergi LR. Tapi, minta Ibu tahan dulu setengah jam. LR penuh.

Tak lama lepas tu, Abah sampai. Mama pun terjaga. Tengok keadaan Ibu yang sangat sakit, sempat mama hulur sebiji ubat selusuh. Masa tu juga Ibu ambil peluang makan kurma, minum air zam-zam, minum minyak selusuh. Nak kasi ada tenaga meneran. Setiap kali kontraksi
datang, Ibu setkan dalam minda, Ibu dah lama menuggu sakit ni. Takpe, sakit ni sekejap je.

Pukul 2.30 pg Ibu ditolak masuk LR. Masa tu rasa dah meneran. Doktor cek jalan, baru 8cm. Tapi, sebab dah tak tahan sangat, Ibu teran sambil di mulut terkumat kamit baca baca ayat 87, surah al anbiya. Tepat 3.24 pagi, selamat lahir seorang bayi lelaki. Alhamdulillah....

Penatnya menaip. Nasib baik Harraz tidur lena. Kakak pula berout-station.


Pukul 5, Ibu dah selamat masuk wad semula. Bersama Adik Harraz. Mama yang teruja, terus hilang rasa sakit. Kata misi, kalau tengokkan gaya sakit, ingatkan kakak yang bersalin dulu, rupanya si adik (Ibu) yang bersalin dulu.

Pukul 7, Tok, Ki, Kakak Hasha datang menjenguk di wad. Riuh sekejap. Maklumlah, 2 orang anak tok dan ki berada dalam wad dan bilik yang sama. Yang sorang masih menunggu, yang lagi sorang dah selamat keluarkan bayi.


Hasha memang tak lepas baby cot. Kalau boleh nak masuk sekali tidur ngan adik. Siap dia cakap, 'adik hasha ni... adik hasha ni....' Seronok tengok kakak Hasha pandai sayang adik.

Ibu dibenarkan pulang. Cuma tunggu surat dari doktor. Tapi, pagi tu mama dah mula sakit yang kuat. Kebetulan semua pelawat dah balik. Tinggal Ibu dan Mama je. Ibu suruh mama makan semua yang mama bagi kat Ibu masa Ibu sakit nak bersalin.

Tengah hari Ibu dah boleh keluar. Balik rumah tok dan ki. Petang tu, tok cakap mama dah
masuk LR. Tepat pukul 8.02mlm, selamat lahir seorang lagi bayi, tapi bayi perempuan.

Alhamdulillah, tok dan ki dapat sepasang cucu dalam masa sehari. Uniknya, mereka bkan kembar seibu sebapa. Tapi, kembar bersepupu. Memang menjadi memori indah dalam keluarga kami.

Berbalik pada tajuk, memang Allah swt dah menentukan Harraz dan Amni akan lahir pada hari yang sama. Walaupun Ibu dimasukkan wad beberapa hari sebelum, tapi mereka tetap lahir pada hari yang sama. Indahnya perancangan Allah swt.


Pada saat kami masing-masing sedang sakit yang agak kritikal, masing-masing memainkan peranan yang sangat baik. Sewaktu Ibu sedang sakit, mama yang jaga Ibu, dan juga sebaliknya. Itulah hikmahnya, mengapa walaupun diindius sehingga 3 kali, tapi Harraz tetap seronok duduk dalam perut.

Selepas bersalin, barulah Ibu sedar, banyak keperluan Harraz yang ibu tertinggal. Nasib baik mama ada kat sebelah. Bolehlah Ibu meminjam. Banyak hikmahnya, kan.


Che Ahmad Harraz Husaini wit Nur Amni Insyirah (270312)


Allah swt knows the best.

No comments:

Post a Comment