Salam Maal Hijrah.
(Niatnye entri nak buat semalam. Tapi, kekangan dari anakanda.Tertangguh ke 2 Muharram)Semalam bercuti-cutian bersama Hasha.
Only two of us. Cuti tengah minggu, takkan nak paksa Abah naik Kuantan kot. Kesian Abah. Taruhan nyawa di atas jalan. Tak campur lagi duit minyak, duit
service kereta. Dah la hujung bulan. Kereta Ibu plak kena sambung
road tax. Jadi, kami akur, lagipun baru je hari ahad jumpa. Hari jumaat nanti jumpa lagi. Tak apalah. Dah memang tertulis kami perlu lalui kehidupan begini
(pasrah).
Harapannya agar tahun baru ni bakal diwarnai dengan warna penuh keceriaan. InsyaAllah.
Bercakap tentang tahun baru, mesti ada azam baru,kan. Azam Ibu banyak sangat. Sekurang-kurangnya kalau tak jadi semua pun, 1-2 azam tu bolehla melekat. semoga dipermudahkan. Amin.
Cuti sehari ni, cadangnya nak keluar cuci mata di ECM. Kononnya pepagi lagi nak keluar. Tapi, seronok plak tengok Hasha tidur sampai pukul 8. Sempatlah buat
breakfast, basuh baju, sidai, basuh CD Hasha yang berlambak kat dalam
pail. Pukul 8, Hasha bangun terus mandikan dia dan
breakfast bersama-sama. Bila berdua je, nak kena isi perut sendiri je, mulalah penyakit malas masak beria tu muncul. Jadi, Ibu cuma buat
foldover sausage (mudah, lazat dan sihat).Lepas tu, tonton TV sambil-sambil
on laptop. Tengahari, Hasha tidur semula. Pergi dapur, cadangnya nak masak nasi. Tapi, malas. Alih-alih, buat
steamboat, kenyang dan menyelerakan tekak malas ni.
Petang, lepas Berita 1.30, Hasha dah mula mengamuk. Bosan agaknya bersantai kat rumah. Terus capai apa yang patut,
start kereta, terus menuju ke ECM. Wah... nak
parking kereta pun sampai pusing 2-3 kali. Habis tawaf ECM, tepat pukul 6, kami pun balik.
** Itulah aktiviti sepanjang 1 Muharram.
* Lagi sebulan, Hasha akan sambut setahun Hijrah (1 Safar 1432).
* Lagi 9 hari, Ibu sambut 28th birthday Hijrah (10 Muharram).