Friday, March 4, 2011

Kalau takut dilambung ombak ... jangan berumah di tepi pantai

Budak comot takut ombak.

Sebelum ni, hari jumaat berlalu tanpa memberi kesan kepada Ibu. Mungkin hanya tertunggu-tunggu kedatangan Abah ke Kuantan. Ataupun, menghadiri Perhimpunan Bulanan yang biasanya dijalankan pada jumaat petang. Atau mungkin, menghadiri kelas assist sampai pukul 5. Cuma, waktu rehat yang panjang memberi peluang untuk mencari makanan yang best. Itulah kehidupan sebelum ini. Hari Jumaat hari pertemuan kami sekeluarga. Tapi, hanya setelah mentari turun mencecah lantai langit.

Cukup berbeza kini. Jumaat, hari yang kami boleh bersenang lenang. Pagi-pagi lagi , usai subuh, masuk dapur dan sediakan sarapan pagi. Boleh menyanyi-nyanyi sambil menikmati pagi yang indah. Bukan lagi terkejar-kejar untuk ke office.

Ditambah pula dengan kediaman rasmi kami terletak bersebelahan east coast. Merasalah Hasha menikmati angin bayu meniup rambut di sepanjang Pantai Teluk Lipat, Dungun. Dan, kami tidak mensia-siakan penghulu hari ini. Menikmati keindahan alam ciptaan Illahi di hari yang mulia, juga mampu menyumbang pahala. Kerana, berjaya merapatkan hubungan keluarga (boleh gitu?).Saya dah tak takut ombak. Tapi, saya teruja.

Menikmati bekal.

Seronok bersantai di pantai. Nextime, boleh datang lagi.

Entri tidak berkait dengan tajuk.

No comments:

Post a Comment