Dari kecil lagi, buku menjadi bahan koleksi Ibu. Kalau dulu sangat gemar membaca buku Enid Blyton's. Namun, setelah masa beredar, koleksi buku Ibu sering bertukar niche ¬ mengikut keperluan umur.
Zaman remaja, kisah penyiasatan masih menjadi pilihan. Buku R.L Stine memenuhi rak. Ingat lagi, harga sebuah buku RM 11.90¬ RM 19.90. Dan, di Terengganu, hanya dijual di Pustaka Dayang ( kini lebih dikenali sebagai Pustaka Seri Intan). Setiap bulan cuba menabung untuk membeli sebuah.
Zaman pengajian tinggi, bermula dari matrikulasi sehinggalah ke peringkat sarjana, mula mengumpul Sidney Sheldon. Mungkin agak ketinggalan. Kawan-kawan lain dah baca koleksi nih sedari sekolah menengah lagi. Tapi, Ibu baru berkenalan sewaktu di matrikulasi.
Bila sudah mengenali kehidupan seorang pendidik, Ibu mula meminati buku motivasi, berkaitan dengan kecerdasan akal, kecerdasan emosi dan apa sahaja yang melibatkan minda.
Dan, melangkah ke alam perkahwinan, koleksi Ibu bertukar wajah lagi. Buku berkaitan perhubungan suami isteri, perhubungan kekeluargaan, pergaulan dengan persekitaran yang menjadi pilihan Ibu.
Selari pula dengan status Ibu sebagai MAMA, setahun lepas, Ibu berjaya mengumpul pelbagai koleksi tentang kehamilan, penjagaan bayi, perkembangan bayi, kecerdasan bayi sehingga kanak-kanak.
Kini, setelah Hasha Humaira berusia setahun, Ibu semakin galak mengumpul buku sejarah Islam, Tokoh-tokoh Islam dan juga sejarah Nabi dan Rasul.
Berbeza,kan. setiap tahap kehidupan kita, akan berlaku perubahan tahap pemikiran kita.
Ada satu buku yang Ibu nak kongsi untuk di review. Buku ni Ibu beli selepas bersalin. Buku yang Ibu rasakan harus ada di setiap rumah. Sebagai panduan pantas kehidupan seharian sebagai Muslim.
Indahnya Hidup Bersyariat. Tapi, akan di update later. Sikecil dah terjaga. Perlu layan dia bermain.
3 Months ++
Sejak kecil lagi, Hasha (menunjukkan sikap positif terhdap buku.
Semoga berpanjangan. Amin.
No comments:
Post a Comment