Monday, January 23, 2012

2011 yang sudah berlalu

Bismillah... pembuka bicara.

Salam Cuti Tahun Baru Cina.


Lama sangat dah ibu tak update. Mungkin pembawakan budak. Dulu, masa mengandungkan Hasha, memang banyak masa. Maklumlah, hidup bersendirian. Suami jauh dari pandangan mata, tapi dekat dari pandangan hati. Kali ni, tanggungjawab sebagai isteri dan ibu membataskan masa untuk bersosial di alam maya.

Kandungan hampir mencecah 8 bulan. Another 2 months ++ to go. Banyak dugaan dan kegembiraan yang hadir menyulami kehidupan kami seharian. Banyak perkara yang hendak di kongsi. Tapi, tak tahu yang mana nak luahkan dahulu.

Netbook Ibu dah kembali ber'charger'. Jadi kebarangkalian untuk meluahkan rasa hati disini agak tinggi. Tapi, tak boleh percaya jugak. Sekarang ni kan dah mula Semester baru. Komitmen terhadap kerjaya perlu dipertingkatkan. Nanti nak cuti 3 bulan. Kenalah kerja rajin-rajin.


Kerjaya sekarang ni diperingkat memuaskan. Jauh lebih baik berbanding dahulu. Maklumlah, suntikan semangat dari 2 insan tersayang yang selalu berada di sisi. Semester baru ni, Ibu mengajar 2 subjek baru. Computer Architecture & Organization dan juga Fundamental of Programming. Agak membebankan sebab pengajaran dan pembelajaran dalam sistem OBE. Sepatutnya menjadi lebih mudah, tetapi disebabkan sistem ini baru diperkenalkan di peringkat politeknik, banyak perkara baru yang perlu Ibu pelajari.

Pergi kerja menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Mungkin sebab suasana kerja dan juga tidak lagi berPJJ. Dikelilingi oleh kawan-kawan yang seakan adik beradik, pemimpin yang seakan
ayahanda, membuatkan Ibu merasai keseronokan bekerja.

Hasha wif her new telekung. Given by Auntie Ayu (Ofismate Ibu)


Tirai 2011 ditutup dengan keceriaan dan kegembiraan. Walaupun tahun 2011 banyak menguji kehidupan kami sekeluarga. Bermula dengan penutup 2010 yang sangat menyedihkan iaitu tragedi Asyura, hidup kami terus menerus diuji dengan pelbagai tragedi lain. Namun, doa
terhadap Yang Esa yang tidak pernah putus memberi kami kekuatan untuk menghadapinya. Alhamdulillah, Allah swt hanya menguji hambaNya dengan ujian yang mampu dihadapi sahaja. Kami diberi kekuatan untuk menghadapinya. Terima kasih Ya Allah.

Pertengahan 2011, kami dikejutkan dengan berita kehadiran seorang lagi insan dalam keluarga kami. Memang terkejut. Tapi, kami bersyukur sebab kedatangannya membuka rezeki baru dalam lembaran kehidupan kami. Pada mulanya, Ibu terpana. Sebab Hasha baru saja 1 1/2 tahun. Ada lagi baki selama 6 bulan untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Namun,
Alhamdulillah, dalam keadaan berbadan dua, Ibu berjaya menyusukan Hasha sehingga 2 tahun.

Di penghujung 2011, Ibu mengikuti kursus PREFER anjuran KPT selama hampir sebulan di Kuala Terengganu. Kami sekeluarga menjadi penghuni tetap Hotel Grand Continental Kuala Terengganu. Selama itu jugalah Hasha dijaga oleh Tok. Setiap pagi, Tok dan Ki akan datang
ambil Hasha di Hotel. Dan, pada waktu petang, selepas Abah balik kerja, Abah akan jemput Hasha dari rumah Tok. Pada waktu malam, kalau Ibu ada diskusi, Ibu akan bawa sekali Hasha
ke kelas.
Ibu kena denda pakai topeng sebab bercakap menggunakan Bahasa Melayu.

Peserta Cilik PREFER 2011. Ikut Ibu pergi field trip di Muzium Losong.

Sepanjang sebulan di rumah Tok, banyak yang Hasha pelajari. Alhamdulillah, Hasha berjaya menghafal Selawat Syifa'. Perlahan-lahan, Hasha diajar untuk bergantung pada susu kotak sepenuhnya. Pernah satu malam, disebabkan Ibu ada kelas malam, Hasha terpaksa tidur dengan Tok. Itu adalah kali pertama Hasha tidak bermalam dengan Ibu. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Kursus PREFER merupakan kursus untuk menguasai Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran. Atas kata nama lain, kursus ni belajar bahasa Inggeris. Meninggalkan dunia speaking sejak beberapa tahun yang lalu, buatkan Ibu rasa kekok untuk berbahasa Inggeris. Namun, setelah hampir sebulan dilatih menjadi 'orang putih', Ibu kembali menggunakan
Bahasa Inggeris di dalam P&P.


Rezeki adik dapat belajar Bahasa Inggeris sedari dalam perut lagi. Alhamdulillah... pada hari graduasi, Ibu dapat award yang tak pernah Ibu idamkan. Harap-harap nanti bila adik keluar dari perut Ibu, adik dah pandai berinteraksi menggunakan Bahasa Inggeris.

Graduation Day.

Best Overall Performer Award. Rezeki baby.

Penghujung tahun 2011 berlalu dengan beberapa perkara yang menggembirakan dan juga menyedihkan. Namun, kami sekeluarga menerima segala ketentuan Illahi dengan redha.

Di hujung 2011 juga, Ibu dan Abah decided untuk menetap secara permanent di rumah kami sendiri. Setelah memikirkan dari segi kos wang dan masa dan kemungkinan Ibu akan bertukar ke KT, kami memilih untuk tinggal di daerah pertengahan antara KT dan Dungun, iaitu Marang. Untuk ke KT, mengambil masa lebih kurang 25 minit. Untuk ke Dungun pula dalam 40-45 minit. InsyaAllah, andai diizinkan kami akan mula tinggal di sana selepas Ibu bersalin.

Gaya budak tak sabar masuk rumah baru.

Itulah sedikit sebanyak cerita tahun 2011. Semoga tahun 2012 membawa sinar baru dalam kehidupan kami.

** Siap juga akhirnya entri ni. Mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk siapkan.

No comments:

Post a Comment