Friday, November 13, 2009

Pesan buat anakku ....

Anakku ....
InsyaAllah ... tak sampai 3 bulan lagi... anak ibu akan menjenguk dunia ... dunia ini tidaklah sama dengan alam anak ibu sekarang ni ...
Anakku ....
dalam keterujaan ibu menanti kelahiran anak ibu ini, ada beberapa perkara yang menganggu fikiran ibu ... Ibu agak risaukan kehidupan anak ibu selepas ini ... InsyaAllah... dari segi material, walaupun ibu dan abah tidak tergolong dalam golongan orang yang senang, kami tetap akan cuba untuk menyediakan keperluan anak ibu secukup yang mungkin ...
Anakku ....
kehidupan ini penuh dengan cabaran dan dugaan dan kita sebagai manusia yang lemah mungkin tidak mampu menjalankan tanggungjawab kita terhadap agama dan sesama manusia dengan sempurna ... Namun, wahai permata hati ibu, cubalah buat yang terbaik supaya hidup anak ibu mampu menyuluh kehidupan orang lain walaupun dengan cahaya yang samar
Anakku,
Ibu bukanlah manusia yang sempurna.... pastinya banyak kelemahan, keburukan, kekurangan yang ada pada diri ibu ... yang kekadang membuatkan ibu sangat kesal memiliki sifat-sifat tersebut ... namun apakan daya ibu... ibu insan yang lemah... dalam usaha ibu untuk membaiki kelemahan diri, kekadang arus dunia menolak ibu jauh terpesong dari landasan yang sepatutnya ...
Anakku,
tiada banyak kelebihan yang berada dalam diri ibu ... namun, ibu harap permata hati ibu dan abah ini mewarisi hanya kelebihan yang ada pada kami... bukannya keburukan dan kelemahan kami ... disebabkan itu ibu ingin sekali menggelarkan anak ibu sebagai cahaya kesempurnaan ... iaitu sinar cahaya yang membawa kita sekeluarga ke arah kesempurnaan .... InsyaAllah... Namun, ibu akur sayang, dalam dunia ini tiada yang sempurna selain Allah swt... maka, kita akan cuba menuju ke arah itu ...
Anakku,
dunia ini penuh tipu helah dan pancaroba... dan sebagai manusia biasa, ibu juga tidak lari dari pancaroba duniawi ini.... menyakiti dan disakiti .... percayalah duhai anak, kita tidak akan lari dari menyakiti dan disakiti kerana kita hanyalah insan biasa.... dan berbuat baik biarlah berpada-pada .... pesan ibu buat permata hati ibu ini, kekadang niat yang baik akan menjadi salah apabila akibatnya memakan diri kita sendiri ...
Ibu bukanlah seorang yang baik, tapi ibu akan cuba menjadi ibu yang baik buat anak-anak ibu
** Terkedu ibu dengan dugaan yang datang menimpa ... doakan agar ibu kuat menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup di dunia ini .... Semoga anak ibu mewarisi sifat abah yang lebih kuat dan tabah dalam menempuh dugaan ....
*** Setiap kali diduga, ibu akan baca Surah Al-Baqarah ayat 286 ... Pesan ibu buat anak ibu ... bila sesat di tengah jalan, kembalilah ke pangkal jalan ....

No comments:

Post a Comment