Sunday, November 15, 2009

Trimester terakhir .... 10 weeks to go ...

Meniti saat akhir tempoh kehamilan pertama ini gangguan emosi ibu semakin memuncak... perasaan takut, gelisah, tidak boleh tidur, bimbang ... semuanya bercampur baur.... sehinggakan sampai ke tahap ibu selalu memikirkan apa yang akan berlaku pada anak ibu andai ditakdirkan ibu menemui ajal dikala melahirkan anak ibu....

"Ya Allah ... berikan ku kekuatan untuk menempuh semua ini .... sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan untuk diriku, anakku dan suamiku adalah yang terbaik untuk kami ..."
Sukar sebenarnya menempuh minggu2 terakhir sebelum bergelar ibu. Lebih-lebih lagi bila insan tersayang jauh di mata ... Hampir setiap malam, emosi ibu terganggu dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.... Contohnya, semalam ... ibu menonton cerekarama yang disiarkan di TV3, Tahajjud Saadah ... Ibu memikirkan, andai ibu di tempat isteri pertama yang telah meninggalkan anak dan suami .... ibu cuba membayangkan apa yang akan berlaku pada abah dan anak-anak ibu ... Bagaimana penerimaan mereka dengan ketiadaan ibu ... Lebih-lebih lagi, ibu adalah cinta pertama abah (kami bercinta selama 10 tahun 4 bulan sebelum disahkan menjadi suami isteri ... dan tidak pernah bertukar pasangan dalam tempoh tersebut...) Dan, pernah juga ibu terpikir sekiranya sebaliknya yang berlaku ....
Semalam, hanya kerana drama tersebut, ibu tidak boleh melelapkan mata ... kesian abah, terpaksa melayan kerenah ibu ... Apepun, ibu bersyukur, walaupun terpisah jauh ... abah sentiasa disisi ibu di kala ibu perlukan abah ....
Bukan semalam sahaja, malahan hampir setiap malam ibu tidak mampu melelapkan mata ... kekadang terjaga setelah tidur... memakan masa yang agak lama untuk tidur kembali... Betul cakap kakak-kakak di ofis yang telah melalui pengalaman kehamilan ini, masuk trimester terakhir, aktiviti tidur sentiasa terganggu.
Satu perkara lagi yang menghantui ibu adalah keadaan baby di dalam perut ibu ... adakah baby dalam keadaan yang baik atau tidak... Mungkin kerana ibu terlalu memikirkannya ... sehinggakan di tengah2 malam pun.. ibu teringin ke klinik untuk scan keadaan baby ....
Ibu selalu ingatkan baby, bergerak lah selalu agar ibu tahu baby berada dalam keadaan sihat dan selamat. Dan ibu juga selalu kejutkan baby pada waktu pagi .... Alhamdulillah, baby selalu respond kat ibu ... Biasanya, kalau ibu belum terjaga, 6.15 am, baby akan kick ibu sehingga ibu terjaga. Itula jam loceng ibu ... tendangan anak di dalam rahim ibu ... kalau ibu sudah terjaga dan baby belum gerak, ibu akan bagi salam kat anak ibu, bacakan doa bangun tidur dan kejutkan baby (tepuk2 perlahan perut ibu)sehinggalah baby gerak.... barulah ibu rasa lega ....
Sebelum tidur plak, ibu selalu cakap kat baby, main-main la dulu... gerak2, so that ibu tau yang anak ibu dalam keadaan sihat. Tapi, ibu berpesan juga ... main baik2.. jaga elok2 kedudukan tali pusat .... Jadi, sebelum tidur, ibu akan bacakan doa tidur dan ucapkan selamat malam kat baby ..
** Tak sabar nak jumpa baby .... abah pun dah makin tak sabar nak jumpa cinta hati pertama kami ini .... Semoga semuanya berjalan lancar ..... dan dipermudahkan .....Amin....

No comments:

Post a Comment