Sunday, November 22, 2009

Fake contractions??

Sejak akhir-akhir ni... ibu selalu je rase ngilu kat my belly ... kadang2 rase macam nak period... kadang-kadang sakit sampai takleh berdiri.... Pengalaman pertama pregnant, buatkan ibu tak tahu macam mane contraction tu .... tapi, kalau diikutkan dari pembacaan ibu ... sekarang ni la masanya ibu akan rase fake contraction (Braxton Hick Contraction) ... mungkin ape yang ibu rase ni la namenye fake contraction.... apepun.. bile dah dapat merasainya... seakan makin hampir saat ibu melahirkan baby... memang tak sabar nak tenok baby... walaupun dah tengok tru scan pic, ibu ttp tak sabar nak tengok wajah sebenar.. in real life... our 1st daughter .... dalam alam rahim pun, baby dah mampu senyum untuk ibu.. apetah lagi kat real life ,kan... I cant wait, honey... tapi apepun ibu nak baby lahir tahun 2010 jugak... jangan kuar awal dari 2010 tau, sayang......

Sunday, November 15, 2009

Trimester terakhir .... 10 weeks to go ...

Meniti saat akhir tempoh kehamilan pertama ini gangguan emosi ibu semakin memuncak... perasaan takut, gelisah, tidak boleh tidur, bimbang ... semuanya bercampur baur.... sehinggakan sampai ke tahap ibu selalu memikirkan apa yang akan berlaku pada anak ibu andai ditakdirkan ibu menemui ajal dikala melahirkan anak ibu....

"Ya Allah ... berikan ku kekuatan untuk menempuh semua ini .... sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan untuk diriku, anakku dan suamiku adalah yang terbaik untuk kami ..."
Sukar sebenarnya menempuh minggu2 terakhir sebelum bergelar ibu. Lebih-lebih lagi bila insan tersayang jauh di mata ... Hampir setiap malam, emosi ibu terganggu dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.... Contohnya, semalam ... ibu menonton cerekarama yang disiarkan di TV3, Tahajjud Saadah ... Ibu memikirkan, andai ibu di tempat isteri pertama yang telah meninggalkan anak dan suami .... ibu cuba membayangkan apa yang akan berlaku pada abah dan anak-anak ibu ... Bagaimana penerimaan mereka dengan ketiadaan ibu ... Lebih-lebih lagi, ibu adalah cinta pertama abah (kami bercinta selama 10 tahun 4 bulan sebelum disahkan menjadi suami isteri ... dan tidak pernah bertukar pasangan dalam tempoh tersebut...) Dan, pernah juga ibu terpikir sekiranya sebaliknya yang berlaku ....
Semalam, hanya kerana drama tersebut, ibu tidak boleh melelapkan mata ... kesian abah, terpaksa melayan kerenah ibu ... Apepun, ibu bersyukur, walaupun terpisah jauh ... abah sentiasa disisi ibu di kala ibu perlukan abah ....
Bukan semalam sahaja, malahan hampir setiap malam ibu tidak mampu melelapkan mata ... kekadang terjaga setelah tidur... memakan masa yang agak lama untuk tidur kembali... Betul cakap kakak-kakak di ofis yang telah melalui pengalaman kehamilan ini, masuk trimester terakhir, aktiviti tidur sentiasa terganggu.
Satu perkara lagi yang menghantui ibu adalah keadaan baby di dalam perut ibu ... adakah baby dalam keadaan yang baik atau tidak... Mungkin kerana ibu terlalu memikirkannya ... sehinggakan di tengah2 malam pun.. ibu teringin ke klinik untuk scan keadaan baby ....
Ibu selalu ingatkan baby, bergerak lah selalu agar ibu tahu baby berada dalam keadaan sihat dan selamat. Dan ibu juga selalu kejutkan baby pada waktu pagi .... Alhamdulillah, baby selalu respond kat ibu ... Biasanya, kalau ibu belum terjaga, 6.15 am, baby akan kick ibu sehingga ibu terjaga. Itula jam loceng ibu ... tendangan anak di dalam rahim ibu ... kalau ibu sudah terjaga dan baby belum gerak, ibu akan bagi salam kat anak ibu, bacakan doa bangun tidur dan kejutkan baby (tepuk2 perlahan perut ibu)sehinggalah baby gerak.... barulah ibu rasa lega ....
Sebelum tidur plak, ibu selalu cakap kat baby, main-main la dulu... gerak2, so that ibu tau yang anak ibu dalam keadaan sihat. Tapi, ibu berpesan juga ... main baik2.. jaga elok2 kedudukan tali pusat .... Jadi, sebelum tidur, ibu akan bacakan doa tidur dan ucapkan selamat malam kat baby ..
** Tak sabar nak jumpa baby .... abah pun dah makin tak sabar nak jumpa cinta hati pertama kami ini .... Semoga semuanya berjalan lancar ..... dan dipermudahkan .....Amin....

Friday, November 13, 2009

Pesan buat anakku ....

Anakku ....
InsyaAllah ... tak sampai 3 bulan lagi... anak ibu akan menjenguk dunia ... dunia ini tidaklah sama dengan alam anak ibu sekarang ni ...
Anakku ....
dalam keterujaan ibu menanti kelahiran anak ibu ini, ada beberapa perkara yang menganggu fikiran ibu ... Ibu agak risaukan kehidupan anak ibu selepas ini ... InsyaAllah... dari segi material, walaupun ibu dan abah tidak tergolong dalam golongan orang yang senang, kami tetap akan cuba untuk menyediakan keperluan anak ibu secukup yang mungkin ...
Anakku ....
kehidupan ini penuh dengan cabaran dan dugaan dan kita sebagai manusia yang lemah mungkin tidak mampu menjalankan tanggungjawab kita terhadap agama dan sesama manusia dengan sempurna ... Namun, wahai permata hati ibu, cubalah buat yang terbaik supaya hidup anak ibu mampu menyuluh kehidupan orang lain walaupun dengan cahaya yang samar
Anakku,
Ibu bukanlah manusia yang sempurna.... pastinya banyak kelemahan, keburukan, kekurangan yang ada pada diri ibu ... yang kekadang membuatkan ibu sangat kesal memiliki sifat-sifat tersebut ... namun apakan daya ibu... ibu insan yang lemah... dalam usaha ibu untuk membaiki kelemahan diri, kekadang arus dunia menolak ibu jauh terpesong dari landasan yang sepatutnya ...
Anakku,
tiada banyak kelebihan yang berada dalam diri ibu ... namun, ibu harap permata hati ibu dan abah ini mewarisi hanya kelebihan yang ada pada kami... bukannya keburukan dan kelemahan kami ... disebabkan itu ibu ingin sekali menggelarkan anak ibu sebagai cahaya kesempurnaan ... iaitu sinar cahaya yang membawa kita sekeluarga ke arah kesempurnaan .... InsyaAllah... Namun, ibu akur sayang, dalam dunia ini tiada yang sempurna selain Allah swt... maka, kita akan cuba menuju ke arah itu ...
Anakku,
dunia ini penuh tipu helah dan pancaroba... dan sebagai manusia biasa, ibu juga tidak lari dari pancaroba duniawi ini.... menyakiti dan disakiti .... percayalah duhai anak, kita tidak akan lari dari menyakiti dan disakiti kerana kita hanyalah insan biasa.... dan berbuat baik biarlah berpada-pada .... pesan ibu buat permata hati ibu ini, kekadang niat yang baik akan menjadi salah apabila akibatnya memakan diri kita sendiri ...
Ibu bukanlah seorang yang baik, tapi ibu akan cuba menjadi ibu yang baik buat anak-anak ibu
** Terkedu ibu dengan dugaan yang datang menimpa ... doakan agar ibu kuat menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup di dunia ini .... Semoga anak ibu mewarisi sifat abah yang lebih kuat dan tabah dalam menempuh dugaan ....
*** Setiap kali diduga, ibu akan baca Surah Al-Baqarah ayat 286 ... Pesan ibu buat anak ibu ... bila sesat di tengah jalan, kembalilah ke pangkal jalan ....

Tuesday, November 10, 2009

Kenduri Doa Selamat ...

Pernah dengar pasal adat melenggang perut? Biasenye majlis ni dibuat ketika usia kandungan telah mencapai 7 bulan. Sebagai menantu sulung yang sedang mengandungkan cucu sulung keluarga mertua, ibu telah selamat menjalani adat tersebut ... walaubagaimanapun..upacara melenggang perut tidak dijalankan kerana mengikut adat keluarga ibu dan mertua, cukuplah sekadar diadakan sembahyang hajat dan sedikit tahlil... memohon kepadaNya agar semuanya berjalan lancar ....
Alhamdulillah... pada hari tersebut baby pun tak banyak meragam.... tapi, ibu dapat rasekan baby sangat gembira... banyak kali baby gerak dan kicking ibu.... mungkin sebab merasakan dirinya diraikan.... Abah pun berpendapat yang sama ngan ibu... baby tau ramai yang sedang menanti kehadirannya di muka bumi ini .... Apepun, ibu juga sangat mengharapkan baby selamat dilahirkan dan ibu selamat melahirkan nati....
** Selalu je rase cam tak sabar nak jumpe baby... banyak kali dah termimpi2 kan baby.....
***Hari ni ibu dapat berita gembira dari 2 orang kawan ibu yang telah disahkan hamil.... Alhamdulillah..dan tahniah buat mereka....

Wednesday, November 4, 2009

Bayangkan perasaan ibu time ni .... terkedu ... Subhananallah ....

Dah complete anak ibu .... cukup sifat..Alhamdulillah... kate dr, jantung pun sehat ... takde masalah ... yang seronoknye time scan, baby senyum... 3 kali... die tau rupenye ibu tgh tengok die... ni buat ibu makin tak sabar nak jumpe baby....
Nikmatilah senyuman paling manis di dunia .....