Tuesday, June 29, 2010

Cloth Diapers



Dah jadi trend sekarang kan, pemakaian Cloth Diapers oleh Ibu-ibu semakin meluas. Termasuklah Ibu sendiri. Dari awal lagi memang berminat untuk menggunakan Cloth Diapers. Tapi, disebabkan sebelum baby lahir, Abah x decided lagi mana baby nak tinggal, jadi bab Cloth diapers tu pending dulu.

Bila Hasha dah menjenguk dunia, dan kini tinggal bersama Ibu di Kuantan, Ibu decided untuk menggunakan cloth diapers untuk Hasha during malam dan hari cuti (Ibu x bekerja).

Alhamdulillah, niat itu telah berjaya dikabulkan apabila Ibu membeli 1 pakej CD (Cloth Diapers) yang sangat cantik dan berbaloi. Pakej yang cantik ini, Ibu beli dari Mama Payish. Pakej yang sangat menarik dengan hadiah tambahan yang agak lumayan. Ibu katakan pakej ini menarik kerana pakej ini menggabungkan beberapa jenama CD yang agak menjadi pilihan ramai. Oleh itu, Ibu boleh membandingkan kualiti dan juga kesesuaian dengan Hasha.

Setelah sebulan menggunakan CD secara separuh masa (kat rumah pengasuh atau gi jalan2, Hasha pakai disposable diapers), banyak penjimatan yang berjaya dilakukan. Tambahan pula, Ibu tidak mempunyai mesin basuh di rumah. Makanya, Ibu perlu handwash semua CD. Alhamdulillah, Ibu berjaya.

Dengan kejayaan tempoh percubaan itu, Ibu pun decided beli tambahan CD untuk Hasha. Jadi, Hasha boleh pakai pada waktu petang sebelum pulang kat rumah (pakai dari rumah nannny). Boleh menjimatkan 5 keping lagi pampers untuk seminggu. Sekali lagi Ibu hunting dekat blog-blog yang menawarkan pakej yang best. Akhirnya, jumpalah kids & mommies pit shop. Pakej ni pun sangat best. Malah, empunya blog juga telah menawarkan hadiah tambahan yang sangat menarik. Memang kebetulan Ibu nak sangat hadiah tu. Jadi, Ibu baru saja mengesahkan pembelian. Dan sekarang tengah menunggu kedatangan CD2 tersebut.

Jadi, untuk review penggunaan CD2 yang telah dibeli, akan Ibu update di blog ini later untuk panduan pemilihan jenis CD.

*** Marilah bersama2 kita mengajar anak kita untuk menyintai alam sekitar dan juga BERJIMAT.

1 comment:

Kaklong Nuzula said...

selamat berCD!

kalau ada masa blh singgah blog saya, http://happy-clothdiapering.blogspot.com

Post a Comment