Tuesday, June 15, 2010

Kisah Penyusuan Hasha ...

Tadi ibu saje2 je...godek2 blogspot.... terbaca la post yang bertajuk

niat yang baik pasti mendatangkan hasil kan, di sini. Tentang bagaimana seorang ibu yang akhirnya mengambil keputusan untuk BF anaknya.


Niat Ibu sejak awal kehamilan lagi, nak sangat menyusukan hasha secara eksklusif.... tapi disebabkan beberapa kekangan, ibu hanya mampu menyusukan bayi dengan susu ibu sahaja, tanpa eksklusif. Bagi Ibu, ekslusif atau tidak, yang penting menggunakan anugerah Allah itu semaksimum mungkin adalah lebih penting.

Kenapa tak eksklusif.

1) Hasha dijangkiti Jaundis di tahap yang sangat tinggi. Doktor mengambil keputusan untuk membuat Blood Transfusion. Sebagai insan yang baru bergelar Ibu, sangat panik. Sambil menangis2 berbincang dengan Dr. Cakap Ibu dan Abah taknak izinkan Dr. buat Blood Transfusion. Tanya orang2 yang lebih berpengalaman, salah satu cara adalah bagi minum jus anggur kepada Hasha, ibu buat: macam2 jenis anggur, hijau, merah, hitam. Susu kambing juga dikatakan membantu, ibu buat jugak: sampai tersedak dan muntah hasha sebab ibu kasik susu kambing tu direct kat dia. Ubat jaundis warna hijau, ibu bagi jugak. Dengan harapan Hasha sembuh dan selamat dari Jaundis. Alhamdulillah... tanpa blood transfusion, Hasha disahkan selamat dari jaundis.

**Minggu pertama lahir lagi, Hasha dah rasa macam2.

2) Biasala,kan...bila berpantang bersama orang tua ni, kita kena la ikut cakap orang sekeliling. Hasbis2 pun, sekadar mengambil hati orang sekeliling. Pada usia Hasha 30 hari, ibu digesa untuk memberikan susu tepung. Dengan alasan, Hasha tak kenyang. Pada mulanya ibu berkeras untuk BF. Namun, akhirnya Ibu kalah disebabkan persekitaran Ibu, susah nak cari Ibu2 yang BF. Demi menjaga hati, Abah belikan susu Isomil (tin yang paling kecik). Ibu bagi la jugak 2 hari sekali. Dengan doa, Hasha tak nak susu tu. Memang Hasha taknak. Ibu disuruh beli susu tepung bersumberkan susu lembu (Isomil tu soy-based), Abah belikan Enfalac A+. Hasha minum dengan senang hati. Tapi beli tin kecil je. Tu pun tak sempat habis dalam masa sebulan. Sebab Ibu jarang bagi Hasha susu tepung tu.

3) Masuk je minggu pertama kerja, Ibu dipanggil untuk menyertai Kursus BTN. Stok EBM tak cukup. Hasha terpaksa ditinggalkan pada Abah (Ibu dan Abah masih berPJJ hingga saat ini). 2 minggu perlu tinggalkan Hasha bersama Abah. Stok memang tak cukup. Abah belikan susu S26 plak untuk Hasha. Nampaknya, Enfalac A+ je yang Hasha suka. Tapi, demi tak membazir, Hasha diberi juga minum susu S26 tu.

Tak sempat habis satu kotak paling kecil (rasanya ada baki lebih dari separuh), Ibu berjaya BF sepenuhnya. Sepanjang di BTN, Ibu berjaya membuat stok yang banyak ( kalau tak silap hasil perahan 173 oz). Alhamdulillah... rezeki Hasha. Bermula dari situ la, Ibu bertekad untuk terus BF Hasha. Dan kini, Hasha hanya membesar dengan susu Ibu. Tiada lagi campuran susu soya atau susu lembu.

Kini, Hasha mencecah 5 bulan. Ibu berjaya membuat stok untuk Hasha membawa bekal ke rumah nanny. Kekadang, bekal tak cukup. Ibu hantar pada waktu tengah hari. Alhamdulillah... walaupun tidak secara eksklusif, Ibu berjaya BF Hasha sepenuhnya.

**** Marilah bersama2 kita memberi yang TERBAIK buat zuriat kita sendiri ....

1 comment:

Unknown said...

yeahhh..
akhirnya bleh drop komen. before ni tak bleh
pastu tak tau camne nak bgtau kat awak..
anyway..selalu gak dtg ke sini
hah..nak tanya masa BTN tu, simpan susu kat mana?? dpt bilik yg ada fridge ke??
ke camne?? nak gi induksi ni

Post a Comment