Saturday, December 18, 2010

Kami redha


kecederaan bahagian hadapan


remuk.

Kereta ni, kami baru pakai lebih kurang 5 bulan. Tapi mileage dah mencecah 20,000km. Sebabnya, Abah berulang setiap minggu ke Kuantan. Kalau sampai turn Ibu pulang ke Terengganu, Abah akan datang ambil di Kuantan, dan hantar semula ke Kuantan. Sebab itulah, dalam usia tak sampai setengah tahun, kereta ni perlu menjalani major service (20,oookm).

Second car
kami, si kecil kancil, Ibu guna untuk pergi kerja dan hantar Hasha ke school. Tak jalan jauh sebab si kecil adalah bertransmisi Manual. Paling jauh pun kami pergi ECM pada hari ahad. Setiap kali Abah datang, si kecil dilupakan seketika. Tapi, akhirnya yang membawa kami 3 sekeluarga ke kampung halaman dan mengangkut barang sehingga tak nampak belakang adalah SI KECIL KANCIL.

Kami redha. Livina adalah kereta pertama yang dibeli menggunakan nama Ibu. Plat pun ikut birthday Ibu. Urusan pembelian, semuanya Ibu. Ibu sayang sangat car ni. Abah pula pengguna tetap car ni. Setiap bulan, Abah yang pergi servis. Urusan pembayaran semuanya Abah yang lakukan. Betapa kereta ni membawa banyak impak dalam kehidupan kami. Kereta ini lah yang kami gunakan sebagai alat pertemuan kami 3 sekeluarga.

Kami syukur, di sebalik keremukan kereta, kami bertiga selamat. Cuma Ibu yang tercedera sedikit. Kami bersyukur, Hasha Humaira langsung tidak terjejas. Cuma sedikit trauma dan terkejut. Kami syukur, kami tidak mengalami sebarang kerugian, tetapi kami experienced sumthin'.

Pastikan ada hikmah yang tersembunyi. Kini, hikmah itu semakin menonjolkan diri. Alhamdulillah.

" Ya Allah, kami redha. dan kami bersyukur. Kau uji kami dan berikan kami sesuatu yang jauh lebih baik. Kau ambil duniawi kami, Kau anugerahkan ukhrawi kepada kami.Sesungguhnya kami tergolong dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri."


Thursday, December 16, 2010

Tragedi Asyura

Cukup untuk membuat hati ini berbunga indah.
Dalam hati ada taman.

Berakhir sudah penantian selama hampir 2 tahun. Walaupun masih agak jauh, tapi kami bakal tinggal sebumbung.Alhamdulillah.

Tarikh melapor diri, 16hb Disember 2010. 3 hari selepas pengumuman ini dibuat. Kelam kabut hidup kami sekeluarga selama 2 hari. Maklumlah,banyak yang perlu diselesaikan within 2 days. Namun, perasaan teruja melangkaui segalanya. Tanpa memohon untuk bertangguh, kami berusaha menyelesaikan urusan pejabat, urusan rumah. Barang tak banyak. Boleh la mengangkut 2 kali dengan Livina dan si kecil kancil.

10 Muharram

7:30 ptg

Usai solat Maghrib, Abah angkut 1/2 barang masuk ke Livina. Penuh. Mesin basuh, baju, printer, barang-barang ofis dan macam-macam lagi.Tak nampak langsung ruang kosong kat ruang belakang.

9:00 mlm
Usai solat Isyak, mohon perlindungan dariNya agar kami selamat sampai ke destinasi. Bertolak, keluar dari rumah kami di Damansara. Sempat Ibu ingatkan abah untuk singgah sebentar ke POLISAS untuk berjumpa seorang teman.

9:10 mlm
Entah apa yang kami bualkan, Ibu terlupa, Abah pun terlupa. Hasha yang masih lagi demam kura-kura terbaring lesu di pangkuan Ibu.

Sekitar 9:20 mlm
Ibu tersedar dan terpandang kepulan asap dari bonet depan kereta. Terus tengok Hasha. Sedang merengek. Syukur, dalam keadaan baik. Menangis akibat terkejut. Abah pandang Ibu dan bertanya samada Ibu mampu keluar dari kereta. Cepat-cepat keluar. Risau dengan kepulan asap dari enjin kereta. Mungkin disebabkan asap tu, Ibu tak terasa lagi kesakitan yang amat di bahagian muka.

Keluar dari kereta cuba memujuk Hasha. Terasa cecair mengalir di mulut. Terus panggil Abah yang sedang menilik bumper kereta yang jatuh dan terseret ke tepi jalan. Barulah Ibu terasa sakit, pedih di pipi dan mulut.Darah mengalir.Nasib baik ada kereta yang berhenti dan membantu Ibu untuk mengelap mulut.

Ibu masih kebingungan. Abah terus memeluk memberi kekuatan. Hasha masih dalam keadaan terkejut. Ligat dalam otak fikiran, siapa yang boleh ibu hubungi. Tinggal berdekatan tempat kejadian. Teringat En Zul, pensyarah di JKE,POLISAS (ofismate ibu). Mintak Abah hubungi.

Tow truck sampai. Perkenalkan diri sebagai agen Nissan (Tang Chong). En. zul sampai. Bincang-bincang, En. Zul follow tow truck ke Balai Polis Trafik di Jalan Bandar. Dua orang agen Nissan bawa kami bertiga ke HTAA. Masa tu Ibu tak boleh nak fikir nak ke private hospital ataupun klinik. Cuma membiarkan mereka membuat keputusan.

Di hospital, kami dikejarkan ke bahagian kecemasan. Abah tak ada injured. Dia sempat tahan tangan kat stereng kereta. Hasha pun ok. Dia memang terselit kat celah Ibu. Yang agak teruk adalah muka Ibu. Kena hentam dengan airbag. Bibir pecah, bruises di bahagian pipi dan hidung.

Selepas rawatan, kami dibawa pula ke Balai Polis untuk urusan report. Sampai sana, sarjan keluar makan. Kena tunggu sampai pukul 12.

11 : 15 mlm
En Zul, Hariz dan GG (semuanya ofismate Ibu) bawa kami bertiga ke kedai makan. Terlupa sekejap tentang perut dalam kekalutan tadi. Ibu hanya boleh minum air guna straw. Nak sedut sup guna sudu dan sedut macam minum guna straw. Lapar punya pasal, lupakan sekejap pasal kesakitan. Kena pula sup pedas. Makin bengkak bibir Ibu.

12:15 pg
Kami kembali ke Balai Polis. Ibu dan Hasha tidur je dalam kereta GG.Abah yang uruskan semuanya.

2 :15 pg
Kembali ke Damansara, polis nak tengok tempat kejadian. Lepas tu terus balik rumah. Nak tidur, tapi masih terfikir tentang kejadian. Akhirnya, tertidur jugak.

Insiden Asyura. Sepatutnya, pagi tu Ibu lapor diri di PSMZA. Hari tu juga adalah birthday Ibu ikut Kalender Islam. Hari yang sepatutnya menjadi hari pertama kami hidup bersama. Melepaskan gelaran isteri PJJ.

Semuanya rancanganNya. Ibu yakin pasti terselit hikmah. Kami sekeluarga redha. Kami mohon agar insiden ini sebagai penghapus dosa kami yang lampau. Mungkin juga sebagai pemula kebahagiaan kami. Bukankah pelangi bakal muncul selepas hujan.










Thursday, December 9, 2010

Foldover Sausage

Entri ini adalah berunsur makanan.

Kononnya nak buat pizza ala domino pizza. Jadi lain pulak.
Tapi, tetap menyelerakan, berkhasiat dan mudah.
Ini adalah resepi orang bujang beranak satu (Time hubby tak ade je boleh masak sempoi2 gini).


Pic 1 : Pizza sausage ala domino pizza


Pic 2 : Foldover sausage

Bahan-bahan :

1 keping tortilla
2 batang cheesy sausage (dipotong halus)
1/4 capsicum (diracik halus)
1/4 bawang besar (minch ikut selera masing2)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar mayonis ( Ibu guna mayonis selera barat)
sedikit keju yang telah disagat (bergantung pada citarasa)

Cara-caranya :

Bakar tortilla kat atas kuali. Api kecil.
Sapu sos cili dan mayonis meliputi kepingan tortilla.
Tabur sausage, capsicum, bawang besar dan keju.

** Kalau nak senang, letak semua tu then masuk je microwave.

Untuk foldover tu, lipat je 2 kali sampai jadi bentuk tiga segi.

Enjoy ye...



Wednesday, December 8, 2010

Salam Maal Hijr 1432

Salam Maal Hijrah.

(Niatnye entri nak buat semalam. Tapi, kekangan dari anakanda.Tertangguh ke 2 Muharram)

Semalam bercuti-cutian bersama Hasha. Only two of us. Cuti tengah minggu, takkan nak paksa Abah naik Kuantan kot. Kesian Abah. Taruhan nyawa di atas jalan. Tak campur lagi duit minyak, duit service kereta. Dah la hujung bulan. Kereta Ibu plak kena sambung road tax. Jadi, kami akur, lagipun baru je hari ahad jumpa. Hari jumaat nanti jumpa lagi. Tak apalah. Dah memang tertulis kami perlu lalui kehidupan begini (pasrah).

Harapannya agar tahun baru ni bakal diwarnai dengan warna penuh keceriaan. InsyaAllah.

Bercakap tentang tahun baru, mesti ada azam baru,kan. Azam Ibu banyak sangat. Sekurang-kurangnya kalau tak jadi semua pun, 1-2 azam tu bolehla melekat. semoga dipermudahkan. Amin.

Cuti sehari ni, cadangnya nak keluar cuci mata di ECM. Kononnya pepagi lagi nak keluar. Tapi, seronok plak tengok Hasha tidur sampai pukul 8. Sempatlah buat breakfast, basuh baju, sidai, basuh CD Hasha yang berlambak kat dalam pail. Pukul 8, Hasha bangun terus mandikan dia dan breakfast bersama-sama. Bila berdua je, nak kena isi perut sendiri je, mulalah penyakit malas masak beria tu muncul. Jadi, Ibu cuma buat foldover sausage (mudah, lazat dan sihat).

Lepas tu, tonton TV sambil-sambil on laptop. Tengahari, Hasha tidur semula. Pergi dapur, cadangnya nak masak nasi. Tapi, malas. Alih-alih, buat steamboat, kenyang dan menyelerakan tekak malas ni.

Petang, lepas Berita 1.30, Hasha dah mula mengamuk. Bosan agaknya bersantai kat rumah. Terus capai apa yang patut, start kereta, terus menuju ke ECM. Wah... nak parking kereta pun sampai pusing 2-3 kali. Habis tawaf ECM, tepat pukul 6, kami pun balik.

** Itulah aktiviti sepanjang 1 Muharram.
* Lagi sebulan, Hasha akan sambut setahun Hijrah (1 Safar 1432).
* Lagi 9 hari, Ibu sambut 28th birthday Hijrah (10 Muharram).



Tuesday, December 7, 2010

Hobi Hasha

Pic 3 : Turn left ... Signal please ...



Pic 4 : Ooops.... "Masuk drawer by herself"


Pic 5 : Favorite hobby

Pic 6 : Masukkan diapers ke dalam school bagPic 7 : Setel school bag, then setelkan basket ibu.

** Kerja Hasha time kat rumah dan dalam car.