Saturday, October 22, 2011

Sabtu yang malas.

Salam pagi sabtu.

Semalam, seharian Ibu di rumah Tok dan Ki di Losong. Bukan turn balik kampung. Tapi, hari khamis Ibu dapat MC, sebab demam. Jadi, Ibu tumpang Abah pergi kerja dan melepak kat rumah Tok dan Ki.

Kebetulan pula, hari khamis tu birthday kakak Ibu. Sebagai meraikannya, Tok buat nasi kunyit (pulut kuning... kalau kat Terengganu panggil Nasi Kunyit) dan Nasi Kuning. Berselera makan. Masa birtday Ibu, Ibu pun ada buat Nasi Kunyit, buat jamu kawan-kawan kat ofis. selain tu, Ibu ada jugak buat pavlova (first trial) dan King of pudding sebagai dessert untuk makan hari tuh. Semuanya cubaan pertama. Ada yang tak jadi. Tapi, sekurangnya, tekak kawan-kawan boleh terima. Dan makanan yang Ibu bawa hari tu, semuanya licin. Alhamdulillah...

Peranjakan usia kali ni Ibu mahukan kelainan dalam masakan Ibu. Mahu berubah ke mod tradisional. (Dah belajar macam mana nak buat Nasi Kuning-makanan tradisi terengganu).

Hari jumaat pula Tok masak Nasi Ayam Spesel. Memang seronok lah balik kampung kali ni. Asyik isi perut je.Bila datang hari sabtu, mulalah penyakit MALAS menjenguk.

Kat bumi Dungun ni, hujan lebat macam musim tengkujuh. Memang syok sangat tidur. Usai je solat subuh, Ibu tarik selimut semula dan sambung tidur. Biasanya, usai Subuh, terus godek dapur. Sebabnya, dari kecil lagi, perut Ibu diajar berisi seawal pukul 7 pagi. Tapi, kali ni ambik excuse. Bantal dengan selimut tak bagi tinggalkan mereka.

Bangun je tidur dah pukul 10. Wah... lamanya tidur. Rasa lapar pulak. Baru teringat barang dapur dah habis. Malasnya nak bersiap cari makanan kat luar. Sambil-sambil fikir nak makan apa, Ibu cari idea dari blog kawan-kawan. Jumpalah satu iklan. Beli satu percuma satu di Pizza Hut Online.

Okey jugak. Dah la tunggu sampai kat rumah je. Dapat 2 biji Pizza dengan harga RM 24. Delivery pun tak sampai setengah jam. Sampai je pizza tu, tak sempat nak snap gambar, Hasha dah terkam. Selamat dah masuk perut kami.

Petang ni tak tahu lagi menu ape. Rasanya, terpaksa lah makan nasi goreng lagi. Malas nak pergi beli lauk basah. Biasanya, hari kerja barulah Ibu tergedik-gedik pergi cari bahan basah. Kat bumi Dungun ni mudah, ikan segar ada dijual setiap petang, di sepanjang jalan pantai Teluk Lipat.

** Beria Abah bawa balik tong racun sebab nak meracun rumput, lalang kat belakang rumah. Hari ni hujan pulak.

No comments:

Post a Comment