Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, March 4, 2011

Kalau takut dilambung ombak ... jangan berumah di tepi pantai

Budak comot takut ombak.

Sebelum ni, hari jumaat berlalu tanpa memberi kesan kepada Ibu. Mungkin hanya tertunggu-tunggu kedatangan Abah ke Kuantan. Ataupun, menghadiri Perhimpunan Bulanan yang biasanya dijalankan pada jumaat petang. Atau mungkin, menghadiri kelas assist sampai pukul 5. Cuma, waktu rehat yang panjang memberi peluang untuk mencari makanan yang best. Itulah kehidupan sebelum ini. Hari Jumaat hari pertemuan kami sekeluarga. Tapi, hanya setelah mentari turun mencecah lantai langit.

Cukup berbeza kini. Jumaat, hari yang kami boleh bersenang lenang. Pagi-pagi lagi , usai subuh, masuk dapur dan sediakan sarapan pagi. Boleh menyanyi-nyanyi sambil menikmati pagi yang indah. Bukan lagi terkejar-kejar untuk ke office.

Ditambah pula dengan kediaman rasmi kami terletak bersebelahan east coast. Merasalah Hasha menikmati angin bayu meniup rambut di sepanjang Pantai Teluk Lipat, Dungun. Dan, kami tidak mensia-siakan penghulu hari ini. Menikmati keindahan alam ciptaan Illahi di hari yang mulia, juga mampu menyumbang pahala. Kerana, berjaya merapatkan hubungan keluarga (boleh gitu?).Saya dah tak takut ombak. Tapi, saya teruja.

Menikmati bekal.

Seronok bersantai di pantai. Nextime, boleh datang lagi.

Entri tidak berkait dengan tajuk.

Saturday, February 26, 2011

Rumah Baru.

** Credit to Mr. Google

Hanya mampu bermimpi untuk memiliki rumah ini.**

Cukuplah sekadar untuk berteduh.**


Rumah yang kami huni sekrang ni adalah rumah yang ke 5 untuk Hasha Humaira sejak dia dilahirkan. Sejak bayi lagi, Hasha Humaira menjadi orang nomad.

0-2.5 bulan - Menginap di Rumah Tok @ Losong.
2.5 - 5 bulan - Menghuni Kuaters Pendidikan Semambu.
5 - 6 bulan - Menumpang di rumah Abang Kimi & Abang Hasif di Mak Chili, Kemaman.
6 - 11 bulan - Bermastautin di Bandar Damansara, Kuantan.
11 - 12 bulan - Kembali menginap di rumah Tok @ Losong.
12 bulan - sehingga sekarang - Jalan Melati, Dungun.

Kesian Hasha. Disebabkan PJJ, terpaksa berpindah randah. Tapi, semuanya ada hikmah tersembunyi. Kami seronok. Tak pernah anggap semuanya sebagai bebanan. Terima Kasih Ya Allah.. sekurangnya kami ada tempat berteduh.

Kini, mungkin kami akan menetap lebih lama disini. Mungkin sehingga 2-3 tahun. Sehingga Ibu dapat berpindah ke Kuala Terengganu. Di Dungun ni, mungkin sekadar transit. Bagi meringankan sedikit beban PJJ yang ditanggung selama ini.

Genap sebulan menginap di rumah baru kami di Dungun. Kami sekadar menyewa. Untuk membeli rumah sendiri, masih belum diberi peluang. Rumah disini sangat mahal. Rumah semi-d yang boleh dibeli dengan harga 180K di Kuantan, mencecah harga 260K disini. Beza hampir 100K. Mana kami nak cari duit. Dahla masih lagi merangkak rentetan musibah hujung tahun lepas. InsyaAllah, semoga dipermudahkan. Rumah yang kami diami sekarang ni pun sangat selesa. Rasa berbaloi dengan bayaran yang dikenakan setiap bulan.

Kalaulah kami akan menetap lama di Dungun, ingin sahaja kami beli rumah yang didiami sekarang ni (berangan je tu). Tapi, kami masih ada misi lain. Iaitu misi untuk berumah tangga di Kuala Terengganu. Semoga dipermudahkan. Amin.

Hasha semakin familiar dengan surrounding baru disini. Dia yang semakin membesar makin cepat adapt dirinya dengan persekitaran ini. Dan, Ibu pun semakin seronok dan bermotivasi untuk ke pejabat. Maklumlah, kehidupan separa PJJ kini jauh lebih bermutu berbanding PJJ. Lega rasanya boleh bernaung di bawah negeri yang sama. Kalau dulu, jumpa sehari seminggu, Kini, merasalah Hasha tengok muka Abah sekurangnya 1 kali dalam masa 3 hari (bergantung pada kesibukan Abah).

Setelah hampir 2 tahun, akhirnya kami menjadi A Real Family.


One Happy Family.