Saturday, February 26, 2011

Rumah Baru.

** Credit to Mr. Google

Hanya mampu bermimpi untuk memiliki rumah ini.**

Cukuplah sekadar untuk berteduh.**


Rumah yang kami huni sekrang ni adalah rumah yang ke 5 untuk Hasha Humaira sejak dia dilahirkan. Sejak bayi lagi, Hasha Humaira menjadi orang nomad.

0-2.5 bulan - Menginap di Rumah Tok @ Losong.
2.5 - 5 bulan - Menghuni Kuaters Pendidikan Semambu.
5 - 6 bulan - Menumpang di rumah Abang Kimi & Abang Hasif di Mak Chili, Kemaman.
6 - 11 bulan - Bermastautin di Bandar Damansara, Kuantan.
11 - 12 bulan - Kembali menginap di rumah Tok @ Losong.
12 bulan - sehingga sekarang - Jalan Melati, Dungun.

Kesian Hasha. Disebabkan PJJ, terpaksa berpindah randah. Tapi, semuanya ada hikmah tersembunyi. Kami seronok. Tak pernah anggap semuanya sebagai bebanan. Terima Kasih Ya Allah.. sekurangnya kami ada tempat berteduh.

Kini, mungkin kami akan menetap lebih lama disini. Mungkin sehingga 2-3 tahun. Sehingga Ibu dapat berpindah ke Kuala Terengganu. Di Dungun ni, mungkin sekadar transit. Bagi meringankan sedikit beban PJJ yang ditanggung selama ini.

Genap sebulan menginap di rumah baru kami di Dungun. Kami sekadar menyewa. Untuk membeli rumah sendiri, masih belum diberi peluang. Rumah disini sangat mahal. Rumah semi-d yang boleh dibeli dengan harga 180K di Kuantan, mencecah harga 260K disini. Beza hampir 100K. Mana kami nak cari duit. Dahla masih lagi merangkak rentetan musibah hujung tahun lepas. InsyaAllah, semoga dipermudahkan. Rumah yang kami diami sekarang ni pun sangat selesa. Rasa berbaloi dengan bayaran yang dikenakan setiap bulan.

Kalaulah kami akan menetap lama di Dungun, ingin sahaja kami beli rumah yang didiami sekarang ni (berangan je tu). Tapi, kami masih ada misi lain. Iaitu misi untuk berumah tangga di Kuala Terengganu. Semoga dipermudahkan. Amin.

Hasha semakin familiar dengan surrounding baru disini. Dia yang semakin membesar makin cepat adapt dirinya dengan persekitaran ini. Dan, Ibu pun semakin seronok dan bermotivasi untuk ke pejabat. Maklumlah, kehidupan separa PJJ kini jauh lebih bermutu berbanding PJJ. Lega rasanya boleh bernaung di bawah negeri yang sama. Kalau dulu, jumpa sehari seminggu, Kini, merasalah Hasha tengok muka Abah sekurangnya 1 kali dalam masa 3 hari (bergantung pada kesibukan Abah).

Setelah hampir 2 tahun, akhirnya kami menjadi A Real Family.


One Happy Family.

6 comments:

haime said...

:) sume yg kita lalui pasti ada hikmah tersembunyi yg akhirnya akan buat kita jd kuat..
bermula di kuantan, skang di dungun, insyaAllah pasni akan ber-rumah-tangga di K.ganu.

A Journey of Hafiy Hasha said...

InsyaAllah... semoga dipermudahkan semuanya.... harapan tinggi mencanak2 untk bermastautin di kuala terengganu.

a said...

ibu hasha sudah rajin berblog.. tahniah

A Journey of Hafiy Hasha said...

hehe... tq kak ida. dulu lain. kehidupan kacau bilau. sekarang ni ada sedikit kelapangan di rumah.mampulah untuk berblog.

Norhayati Sa`adah said...

Bestnya huda....ingt lg tak kita? ni yatie...dlu LM sama2 kt PSMZA..nk pindah dungun gak...dh byk kali apply xdapat..cmner huda buat ek??yati dh 2 thun lbh kt sabak bernam...husband kt kerteh...help me...pls

A Journey of Hafiy Hasha said...

yati...mestila ingat....induksi skali,kan....aru thu tuko same suke. kene cari gitu baru mudoh

Post a Comment