Wednesday, February 23, 2011

Purple Light: Cute Baby Style Contest

Purple Light: Cute Baby Style Contest
(Due Date : 24/02/2011)

Sejak kembali ber-blog ni, rajin plak Ibu godek blog-blog lain. Nak join GA. Bila baca title GA ni pun dah cukup untuk buat Ibu tak sabar nak buat entri ni. Mana-mana Mak/Ibu/Mama/Ummi akan kata anak masing-masing cute kan. Mestilah, darah daging sendiri. Bagi Ibu Hasha is the cutest tot in this whole world. Tak kira lah Hasha dalam keadaan mana sekalipun, menangis, merengek, tersenyum, tengah meneran..opppps atau apa-apa keadaan sekalipun...
Dia tetap cute. (Normal kan seornag Ibu berperasaan begini?)

Kamu yang sangat comel.


Nama anak : Nurulhasha Humaira binti Che Mohd Humaizi
Umur : 1 tahun 1 bulan 6 hari
Tarikh Lahir : 17-01-2010
Nama Ibu : Nurulhuda binti Abdul Rahman (eh.. nama same la ngan tuan punye blog)

Tuesday, February 22, 2011

Part 3 : Family Day @ INB, Ayer Keroh

Part 3 : Jalan-jalan sekitar Bandar Melaka.

Aktiviti terakhir sebelum bertolak balik ke Dungun, kami telah menjelajah Kota Melaka. Sekurang-kurangnya ada pendedahan tentang sejarah untuk Hasha sedari kecil lagi.


Kota A Famosa. Tugu Portugis.
Ibu beritahu Hasha, disini bermula penjajahan di negara kita.
Nanti bila Hasha dah besar, Ibu cerita lagi ye...


Hujan renyai-renyai.
Rupanya permulaan banjir besar di Melaka dan Johor. Keesokan harinya, air bah menenggelamkan beberapa kawasan di Melaka dan Johor.


Historical Malacca


Menara Taming Sari. Minum Milo.

Abah explaining. Hasha listening. Ibu capturing.
Mahkota Parade. BF Room. Sangat cantik. Dipenuhi fasiliti.

** Daaa.... jumpa lagi. Abah tak balik malam ni. Kena masuk tidur awal.


Part 2 : Family Day @ INB, Ayer Keroh

samb.

Part 2 : Sukaneka Keluarga JKE PSMZA

Masa sukaneka ni memang seronok. Enjoy. Abah pun join dengan rela hati. Hasha sertai 3 game. Game untuk kategori kanak-kanak 1-3 tahun. Yang pastinya, semua game, Hasha adalah pemenang terakhir (hehe). Maklumlah... dia cukup-cukup setahun 10 hari pada waktu tu. Jadi, dialah yang paling muda. Tapi, semua game dia dapat hadiah. Hadiah saguhati.

Jom, tengok gelagat Hasha.




Pertandingan minum vitagen.Confirm lah Hasha tak mampu habiskan.



Pertandingan kutip gula-gula. 3 biji je hasilnya. Tu pun, dengan bantuan Ibu.



Sedap.





Aktiviti main air.



Like father like daughter.

**Pumping time already. Nanti sambung Part 3.

*** Hasha, setakat ni, holiday ni lah hadiah dari Ibu n Abah sempena your 1st birthday,k.

Monday, February 21, 2011

Part 1 :Family Day @ INB Ayer Keroh

Walaupun baru sebulan dua menganggotai PSMZA, Ibu sangat beria join sambutan Hari Keluarga 2011 peringkat JKE, PSMZA. Ni lah masanya untuk Ibu berkenal-kenalan, merapatkan ukhwah dengan kawan-kawan baru. Memang rasa sedikit janggal. Maklumlah... staf baru,kan... Tapi, kemesraan kawan-kawan buatkan Ibu rasa seolah-olah dah lama berkhidmat di sini.

Hari Keluarga kali ni, lebih berkonsepkan santai. dan tempatnya adalah di luar daerah. Even, di luar Negeri Terengganu. Kami berkampung di INB Ayer Keroh, Melaka selama 3 hari 2 malam. Satu percutian yang sangat menyeronokkan.

Let's the pics do the talking ...

PART 1 : ZOO MELAKA


Welcome to the Zoo.

We are here.




I am excited.



Tired little lady.




Poco-Sha with Ellie
.

BabyIbu Giveaway Birthday

Hari ni ada sedikit kelapangan. Sempat menziarah blog-blog yang sering dilawati.

Bila bukak babyibu, terjumpa GA ni. Terus pasang niat nak join. Hadiah yang ditawarkan sangat menarik. Ibu sangat minat dengan ToteBag. Sangat berkenan. Mana tahu kot2 ada rezeki. Kalau dapat OrganizeAnn dari babyibushoppe pun best jugak. Kalau dapat hadiah dari France, lagi BES.
GA ni dibuat sempena birthday tuan rumah babyibu. Jadi, Ibu Hasha ambil kesempatan untuk ucapkan Happy Birthday untuk tuan rumah a.k.a penganjur. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Di harap dengan pertambahan umur ni, taraf sosial, kesihatan, ekonomi dan kehidupan meningkat lagi.Amin. (pihak penganjur, ini bukan bodek ye. :-))

Kepada kawan-kawan bloggers, jom ramai2 join GA ni. Kalau ada rezeki, boleh dapat hadiah yang sangat menarik. Kepada yang berminat, boleh klik sini.

Jangan lupe ye.. tarikh tutup pada 8 Mac 2011.

Menurut pihak penganjur, boleh hantar sebanyak mana penyertaan. Ermmm.. boleh ke kalau setiap hari nak hantar penyertaan?

GA 1st Contest Si Manja Mandi

Lame dah x join GA nih. Sebab terlalu lama mendiamkan diri dari dunia maya. Even FB pun x sempat bukak. Tapi, bila tengok ramai ibu-ibu bloggers mempamerkan kecomelan gambar si manja bermandi-mandian, teringin jugak di hati ni. Kebetulan, Hasha memang suka air.



Since GA 1st Contest Si Manja Mandi nih pasal Si Manja mandi. Jadi Ibu nak mencoret sikit pasal nih. Boleh ye, Ibu Balqis.

Hasha memang suka main air. Setiap kali bukak je baju.. mesti dia akan sendirinya menuju ke bilik air. Kalau Ibu melencong (ambil tuala atau wat kerja lain dulu), Hasha akan mengamuk. Duk dalam bilik air plak, sikit punye lama.... Kalau tak banjir bilik air tuh, janganlah harap dia akan keluar dengan rela hati. Haruslah ibu memainkan peranan memujuknya.


Gambar nih sempena Hari Keluarga Warga JKE, PSMZA di INB Resort, Melaka.



Sukenye dia boleh main air.

Nama : Nurulhasha Humaira binti Che Mohd Humaizi
Tarikh Lahir : 17 Januari 2010
Tempat : INB Resort, Ayer Keroh.

Lastly, Ibu tag

Ida
Kak Zu

untuk memeriahkan GA ni.

Tempat baru, suasana baru, rutin baru

2 bulan dah berlalu ... sekali lagi ibu membiarkan blog ini sepi tanpa sebarang coretan. Walaupun mungkin hanya ibu seorang sahaja yang menjadi pembaca setia blog ini.

Alhamdulillah... setelah diuji dengan pelbagai jenis dugaan, jatuh, bangun... jatuh semula... merangkak lagi.. dan kini, rasanye kami sudah mampu melangkah ke hadapan.. walaupun dengan halaju yang begitu perlahan.Syukur, disebalik dugaan yang menimpa...nikmat Allah swt masih lagi menyelubungi hidup kami.Terima kasih Ya Rabbi.

Kini, bermula episod baru dalam kehidupan kami sekeluarga. Walaupun masih lagi berPJJ, namun, jarak pemisah kami hanya tinggal 90km. Walaupun Abah hanya pulang 2-3 hari sekali, namun, nikmat hidup berkeluarga dapat kami kecapi.Alhamdulillah.

Hasha dah melangkah setahun. Pertengahan Januari, 17 Januari 2011, genap Nurulhasha Humaira setahun. Sehingga kini, tiada sambutan hari lahir diadakan. Hanya doa kami sebagai ibu bapa dan juga tok dan ki mewarnai sambutan hari kelahirannya. Ibu ambil cuti, sebagai hadiah birthday.Menghabiskan masa seharian bersamanya. Tok dah sediakan juadah istimewa iaitu Nasi Kunyit.

Kenapa tiada sambutan untuk Hasha?

Ermmm... pada waktu tu, kami masih lagi dalam keadaan kelam kabut. Ibu berulang dari Kuala Terengganu - Dungun, setiap hari. Masih menumpang di rumah Tok dan Ki. Kereta yang accident masih lagi di Kuantan. Jadi, kami benar2 berada dalam keadaan yang kelam kabut dan kehidupan yang kurang terurus. Jadi, ibu decide hanya akan buat double celebration (Birthday Hasha and Annivesary Ibu n Abah) sekaligus pada bulan April. Kesian Hasha, kan... Terlalu banyak dugaan yang dia tempuh pada tahun pertama kelahirannya.

Sekarang, Ibu dan Hasha dah menetap di Bandar Dungun. Buat masa ni kami masih lagi menyewa. Dalam masa yang sama, cuba mencari peluang dan wang untuk menjadikan rumah yang kami huni kini, sebagai milik kami.InsyaAllah... Semoga ditunjukkan jalan kepada kami.

Kehidupan sudah berubah. Di pejabat, Ibu semakin bersemangat untuk bekerja. Memang jauh beza ketika di tempat lama. (Aura kehidupan yang lebih bermutu).Tetapi, dalam masa yang sama masih cuba mengadaptasikan diri dengan tempat baru.

Hasha kini dihantar di skool baru. Taska Ija namanya. Pada mulanya, Hasha menangis setiap kali dihantar. Tapi tidak lagi kini. Hanya muka sedih ditinggalkan sekejap oleh Ibu yang dipamerkan. Nampak semakin serasi Hasha disitu.

Hasha dah jadi toddler. Sangat mengujakan melihat perkembangan dia. Semakin seronok bermain, bersukaria, meluangkan masa bersama Hasha. She is superb! Setiap kali memasak, Hasha akan melihat satu persatu perlakuan Ibu, dan meniru perbuatan Ibu.
Nanti, Hasha tolong ibu masak,ye....

Setakat ni saja untuk permulaan. Tak ade pun cerita pasal tempat baru, suasana baru dan rutin baru. Tu adalah tajuk semata-mata.

Jamu mata.

The latest of us. Cheeky little lady with chubby young lady.



** Sedang setia menunggu streamyx intallation di rumah kami. Pasni boleh la Ibu mencurah hati disini lagi.