Monday, February 21, 2011

Tempat baru, suasana baru, rutin baru

2 bulan dah berlalu ... sekali lagi ibu membiarkan blog ini sepi tanpa sebarang coretan. Walaupun mungkin hanya ibu seorang sahaja yang menjadi pembaca setia blog ini.

Alhamdulillah... setelah diuji dengan pelbagai jenis dugaan, jatuh, bangun... jatuh semula... merangkak lagi.. dan kini, rasanye kami sudah mampu melangkah ke hadapan.. walaupun dengan halaju yang begitu perlahan.Syukur, disebalik dugaan yang menimpa...nikmat Allah swt masih lagi menyelubungi hidup kami.Terima kasih Ya Rabbi.

Kini, bermula episod baru dalam kehidupan kami sekeluarga. Walaupun masih lagi berPJJ, namun, jarak pemisah kami hanya tinggal 90km. Walaupun Abah hanya pulang 2-3 hari sekali, namun, nikmat hidup berkeluarga dapat kami kecapi.Alhamdulillah.

Hasha dah melangkah setahun. Pertengahan Januari, 17 Januari 2011, genap Nurulhasha Humaira setahun. Sehingga kini, tiada sambutan hari lahir diadakan. Hanya doa kami sebagai ibu bapa dan juga tok dan ki mewarnai sambutan hari kelahirannya. Ibu ambil cuti, sebagai hadiah birthday.Menghabiskan masa seharian bersamanya. Tok dah sediakan juadah istimewa iaitu Nasi Kunyit.

Kenapa tiada sambutan untuk Hasha?

Ermmm... pada waktu tu, kami masih lagi dalam keadaan kelam kabut. Ibu berulang dari Kuala Terengganu - Dungun, setiap hari. Masih menumpang di rumah Tok dan Ki. Kereta yang accident masih lagi di Kuantan. Jadi, kami benar2 berada dalam keadaan yang kelam kabut dan kehidupan yang kurang terurus. Jadi, ibu decide hanya akan buat double celebration (Birthday Hasha and Annivesary Ibu n Abah) sekaligus pada bulan April. Kesian Hasha, kan... Terlalu banyak dugaan yang dia tempuh pada tahun pertama kelahirannya.

Sekarang, Ibu dan Hasha dah menetap di Bandar Dungun. Buat masa ni kami masih lagi menyewa. Dalam masa yang sama, cuba mencari peluang dan wang untuk menjadikan rumah yang kami huni kini, sebagai milik kami.InsyaAllah... Semoga ditunjukkan jalan kepada kami.

Kehidupan sudah berubah. Di pejabat, Ibu semakin bersemangat untuk bekerja. Memang jauh beza ketika di tempat lama. (Aura kehidupan yang lebih bermutu).Tetapi, dalam masa yang sama masih cuba mengadaptasikan diri dengan tempat baru.

Hasha kini dihantar di skool baru. Taska Ija namanya. Pada mulanya, Hasha menangis setiap kali dihantar. Tapi tidak lagi kini. Hanya muka sedih ditinggalkan sekejap oleh Ibu yang dipamerkan. Nampak semakin serasi Hasha disitu.

Hasha dah jadi toddler. Sangat mengujakan melihat perkembangan dia. Semakin seronok bermain, bersukaria, meluangkan masa bersama Hasha. She is superb! Setiap kali memasak, Hasha akan melihat satu persatu perlakuan Ibu, dan meniru perbuatan Ibu.
Nanti, Hasha tolong ibu masak,ye....

Setakat ni saja untuk permulaan. Tak ade pun cerita pasal tempat baru, suasana baru dan rutin baru. Tu adalah tajuk semata-mata.

Jamu mata.

The latest of us. Cheeky little lady with chubby young lady.



** Sedang setia menunggu streamyx intallation di rumah kami. Pasni boleh la Ibu mencurah hati disini lagi.

No comments:

Post a Comment