Tuesday, October 18, 2011

Setahun sembilan bulan

Salam hari selasa.

Alhamdulillah. Syukur kehadratNya, diberi peluang untuk hidup setahun lagi. Dan, lagi 3 bulan, genaplah penyusuan Hasha Humaira selama 2 tahun. InsyaAllah, semoga terus diberi kekuatan untuk menyusukan Hasha selama 3 bulan lagi. Dan sekiranya diberi peluang, ingin melanjutkan tempoh penyusuan Hasha sehingga ke beberapa bulan. Kalau mungkin, boleh tanderm nursing bersama bakal adik yang bersama-sama kami nanti pada April 2012. InsyaAllah.

Sepanjang mengandungkan Hasha Humaira, Ibu kerap membaca Surah Lukman. Antara surah-surah amalan mengandung yang disyorkan, Ibu lebih suka memilih Surah Lukman. Sebabnya, kehebatan Surah Lukman pernah Ibu temui sewaktu di zaman pengajian di universiti. Hasilnya kepada Hasha Humaira, Ibu sudah dapat lihat kini.


Mungkin, bagi sesetengah Ibu, perkembangan anak mereka
jauh lebih baik dari Hasha Humaira.
Tapi, bagi Ibu, ini adalah kejayaan besar bagi Hasha Humaira.


Semalam, ulangtahun kelahiran Ibu. Bagi Ibu, ni adalah hadiah paling best untuk tahun ni. Errr.. selain dari lamp-post-light-dinner-by-the sea-side semalam yang ditaja oleh Abah.

Dinner semalam.

Bagi Ibu yang bukannya datang dari keluarga genius nih, rasa sangat teruja bila Hasha yang berumur 1 tahun 9 bulan mampu mengira tanpa bantuan. Dari segi vocabulary pun tak banyak lagi. Apatah nak mengira dengan betul. Alhamdulillah. Bagi Ibu, ini adalah hadiah Hasha untuk Ibu. Hakikatnya, Ibu memang tak pernah ajar 1,2,3 kat rumah. Biasanya, Ibu selalu ajarkan ABC. Tapi, mungkin ABC terlalu banyak bialngannya. Jadi, sukar untuk dihafal.

Ibu yang sangat teruja ni, ceritakan pada teacher Hasha iaitu Kak Ija. Rupa-rupanya, di Taska Ija, memang diajar 123 setiap petang. Walaupun kanak-kanak below 2 Y. Ibu tak expect Taska Ija ada kurikulum jugak. Sebabnya, Taska Ija hanyalah taska kampung yang beroperasi secara kecil-kecilan. Pengasuh terdiri dari kalangan family Kak Ija sendiri. Jadi, Ibu tak harapkan pembelajaran secara mendalam sewaktu Hasha berada di taska.

Tapi, banyak yang Hasha belajar di sana. Hasha sudah pandai pakai baju sendiri. Cuma kekadang, baju yang dipakai terbalik. Sebabnya, Hasha tak pandai bezakan mana depan dan mana belakang.

Setiap kali siap makan, Ibu akan cakap, masukkan pinggan dalam sink. Hasha akan buang terlebih dahulu sisa makanan dalam tong sampah, barulah dia letakkan pinggan dalam sink. Hasha Humaira is an adorable little girl. Mungkin, bagi ibu lain, perkembangan anak mereka jauh lebih baik berbanding Hasha. Tapi, bagi Ibu, Hasha is a miracle. Seronok melihat gelagat Hasha Humaira.

Gaya seorang kakak. Botol susu tu tak pernah guna pun.
Hasha guna untuk dodoikan 'anak-anak' nya.


Ibu percaya, setiap Ibu, mama, umi, mak, mommy akan berbangga dengan anak-anak mereka. dan setiap anak yang lahir, ada keistimewaan dan kelebihan tersendiri. Entri ni tidak bermaksud untuk riak atau menunjuk-nunjuk. Cuma, sebuah catatan rasa gembira seorang Ibu dengan perkembangan anaknya. Semoga, beberapa tahun lagi, apabila Hasha sudah reti membaca, dia akan baca catatan ini.


Friday, September 30, 2011

Jemput datang ke rumah

Alhamdulillah... diberi peluang lagi untuk mengupdate blog.

Semalaman Ibu tak dapat tidur. Bermula pukul 7.30 mlm semalam, Hasha asyik muntah. Kebetulan Ibu hanya berdua dengan Hasha. Abah di kampung kerana aktiviti mingguan. Setiap 2 jam, Hasha muntah-muntah. Habis semua towel kat rumah. Buat tanda muntah dia. Ibu tak larat sangat nak cuci. Nak dijadikan kebetulan lagi, Ibu first time consume Vitamin B Complex. Baunya yang sangat 'menawan' buatkan Ibu sakit kepala yang amat.

Maka, semalam, tidurlah dua beranak ni dalam keadaan yang tidak lena. Setiap kali muntah, Hasha perlu dipujuk. Dalam ketidakstabilan emosi dan fizikal, terpaksa gagahkan diri. Alhamdulillah, after Subuh, Hasha dah OK. Ibu pun OK jugak. Sempat kami bermain di laman sebelum mandi pagi. Hehe....

Baju-baju ngan towel yang kena muntah belum lagi diusik. Selamat dalam baldi. Cuma comforter yang kena muntah tu, dah pun Abah selesaikan. Kalau nak harapkan Ibu, alamak berkulat dululah muntah tu. Ibu pun tak boleh tahan bau nya. *** Musim-musim begini, terpaksa la Abah selesaikan kerja yang tak mampu Ibu selesaikan.

Rumah pun dah kembali tunggang-langgang. Entah bila akan ada pari-pari pandu puteri nak datang rumah tolong kemaskan.

Jadi, Ibu nak jemput pari-pari pandu puteri datang ke rumah.... Tolong kemaskan rumah, boleh?

Wednesday, September 28, 2011

Kedua


Syawal kedua.

Salam pagi rabu.

Alhamdulillah... mempunyai sedikit ruang dan peluang untuk meng'update' blog.

Dah berkulat agaknya blog ni. Last entri dah basi. Selama 3 bulan lebih tinggalkan blog ni. Tanpa usikan mahupun lawatan. Bukan setakat terabai, malah dah terbiar.


Raya kali ke 2 bagi Hasha Humaira, sambutan yang agak meriah. Sebabnya, Hasha dah semakin mengerti erti hari raya. Semua sepupu-sepupu, keluarga sanak saudara berkumpul di kampung. Seronok Hasha beraya tahun ni.



Ibu pun seronok. Sebab kali nih kami sambut raya ber-empat. Abah, Ibu, Kakak Hasha dan ... baby dalam perut ibu. Alhamdulillah... InsyaAllah, raya tahun depan, kami sekeluarga akan beraya bersama berempat.... Masa tu Hasha dah masuk 2 tahun 3 bulan.
Bagi Ibu memang waktu yang sesuai untuk Hasha belajar menjadi seorang kakak.

Sekarang ni pun, Hasha dah menunjukkan ciri-ciri seorang kakak. Kalau kat rumah Tok, Hasha akan buaikan baby (teddy bear) sambil bagi hisap susu. Kalau kat rumah, sebelum tidur, Hasha akan du-du kan baby-baby dulu, sebelum dia masuk tidur. Begitulah Hasha, terserlah ciri-ciri seorang kakak.
Ibu pun berasa seronok bila tengok perkembangan Hasha yang semakin menyerlahkan sifat keperempuanan dia. Setiap kali lepas makan, dia akan ambil pinggan dan cawan, masukkan dalam sink. Walaupun dia tak sampai, dia akan berusaha jugak letak kat atas table top. Lepas tu, tolak sampai masuk dalam sink.

Baju untuk ke skool pun, Ibu dah tak perlu pening kepala. Dia pilih. Tinggal Ibu nak masukkan dalam beg je. Kalau harapkan dia masukkan dalam beg, alamak bersepah la beg tuh.

Dari segi perkembangan sosial, setiap kali balik skool, dia sebut nama-nama kawan dia. Walaupun kurang jelas, tapi Ibu tahu dia maksudkan kawan-kawan dia; ami, qilfi (sebut fi), Qaisara (sebut sa-ya), mia, atif.

Rasanya tak sabar nak tunggu kedatangan adik Hasha ni. Nak tengok macam mana Hasha menjaga adik.








Saturday, June 18, 2011

Don't feed and drive.

Lamanya tak update blog. Bukan setakat tak update, malah tak jenguk pun. Charger netbook rosak. Jadi, tak boleh guna netbook. Nak harapkan telefon, tak ada maknanya. Baru je taip 2 patah, mesti dah kecewa. Sebab banyak sangat salah eja.
<>

Salam hujung minggu.

Esok Negeri Terengganu akan bercuti sehari lagi. Tahniah kepada Team Peteh dan Team SUKMA Kontingen Negeri Terengganu. Dengan kemenangan ini, kami merasa untuk berehat sehari lagi esok. Terima kasih.

Lepas habis kerja hari Khamis, pukul 3.30 ptg, Ibu dan Hasha gerak ke Kemaman. Pergi rumah Abang Kimi dan Abang Hasif. Tujuannya satu je. Ibu dan Umi berpakat belajar buat Cheese Tart dan Tat Telur.

Perjalanan pergi agak smooth. Hasha agak behave setelah diumpan dengan lagu Banyak Boonyi. Lama-lama, bila sudah bosan, dia main gelongsor pulak. Memang agak bahaya. Ibu terpaksa memandu dengan kelajuan 60 - 80 km/h sahaja.

Akhirnya, jam 5 kami selamat sampai. Tidur di sana semalam, berjaya menghasilkan hampir seratus biji tartlets. Seronok. Sebab sangat menggemari rasa tat yang crunchy. Kurang manis.

Petang jumaat, tepat pukul 5, kami pulang ke Dungun. Dalam mood Hasha yang kurang baik. Awalnya, dia bermain di belakang Ibu. Bila dah sampai persimpangan Ibok, dia dah mula mengamuk. Masa tu jugalah, Ibu mula ambik dia dan susukan dia. Sambil memandu dengan penuh berhati-hati dan juga perlahan, Ibu teruskan perjalanan sambil menyusu.

Selamat sampai di persimpangan ke Mesra Mall, Hasha dah lena tidur. Mujur lampu merah. Beri kesempatan pada Ibu untuk baringkan dia di seat sebelah. Perjalanan lancar hingga ke Dungun.

Situasi ni mungkin menjadi perkara biasa yang dilalui oleh ibu-ibu yang berPJJ dan BF. Kalau anak minum susu botol, kalau nak tidur, boleh lah disumbat dengan botol susu. Pastu... tidurlah anak. Dan Ibu pula boleh memandu dengan tenang. Tapi, bila BF, segalanya berbeza. Ibu perlu berhentikan kereta dan menyusukan dulu anak sehingga anak tertidur. Ataupun meneruskan perjalanan dalam keadaan bahaya iaitu sambil menyusukan anak.

Bagi Ibu, aksi ni agak berbahaya. kerana Ibu kurang cekap mengawal kereta bertransmisi auto. Pelik,kan. Apabila memandu kereta Auto, Ibu suka bawa laju. Jadi, sukar untuk Ibu mengawal kenderaan bila perlu membrek secara mengejut. Berlainan dengan kereta yang bertransmisi manual, Ibu mampu mengawal apabila membrek secara mengejut.

Situasi ini adalah kali kedua yang Ibu alami. Selama ini, Ibu akan berhenti di tepi jalan. Tapi, selepas kejadian Ibu terpaksa meneruskan perjalanan sambil menyusu bulan lepas, Ibu jadi yakin untuk melakukannya lagi.

Kejadian itu, Ibu dan Hasha sepatutnya diambil oleh Abah untuk pulang ke Kuala Terengganu. Dalam perjalanan mengambil kami, kereta Abah mengalami kerosakan dan tidak boleh bergerak. Jadi, Ibu terpaksa membawa Hasha ke tempat kereta Abah tersadai. Kebetulan pula telefon Ibu rosak dan tidak boleh digunakan. Ibu hanya boleh berhubung dengan Abah melalui telefon rumah.

Tepat pukul 8 malam, dengan harapan Ibu boleh sampai ke tempat Abah tanpa sebarang halangan, Ibu dan Hasha memulakan perjalanan. Perjalanan agak lancar pada mulanya sewaktu Hasha masih belum mengantuk. Sampai di Rantau Abang, Hasha mula merengek. Ibu hanya mampu bertahan sehingga kawasan hutan Jambu Bongkok.

Kiri kanan hanyalah hutan. Dalam keadaan tidak mempunyai alat komunikasi, dan kawasan yang agak menyeramkan untuk berhenti, Ibu terpaksa menyusukan Hasha sambil meneruskan pemanduan.

Alhamdulillah. Berjaya juga sampai ke tempat Abah.

Mungkin bagi sesetengah Ibu, perkara sebegini adalah perkara biasa. Tapi, bagi Ibu pengalaman ini cukup bermakna untuk diceritakan kepada Hasha suatu hari nanti.

Sunday, May 1, 2011

Perkembangan Hasha



Salam Hari Pekerja.

Genap sebulan usia last entry. Banyak yang nak kongsi, nak luahkan. Tapi, tiada kesempatan dari segi masa dan motivasi.




Hasha is 15 Months + 2 Weeks. Tapi, bila tengok dia, macam 9 Months. Kalau dia jalan-jalan kat park, orang akan cakap " Adik, baru reti jalan eh". Semua ingat dia bawah setahun. Padahal dia dah berlari dah pun. Berjalan secara betul sejak umur 11 bulan memberi dia peluang untuk practice berjalan dengan baik.

Bout 2 weeks ago, kami berdua pergi klinik untuk check up Hasha (15 bulan). Berat Hasha maintain. Time 1Y, her weight was 8.1Kg. At 15 Months, still 8.1Kg. Dah menghampiri garisan kuning dalam Graf Pertumbuhan Bayi.

Nak kata tak makan, dia memang kuat makan. Pantang jumpa makanan, "Nak...nak....". Setiap kali masuk dapur, tuju kat peti ais. "Nak... nak...". Lagi tak bukak, lagi tu lah dia jerit. Makan nasi pun banyak.

Tapi, berat tak naik. Bila pegang dia, terasa daging-daging pejal menyelimuti tulang. Sebenarnya Hasha nih rangka kecil. Dia memang kecil. Dan agak tidak tinggi. Sebab itulah dia kelihatan seperti bayi.

Sehingga kini, masih lagi menyusu susu ibu. InsyaAllah, akan berlanjutan sehingga dia berumur 2 tahun. Tapi, Hasha dah reti minum vitagen, susu Dutch Lady (1-6Y), Milo, Horlicks. Jadi, susu ibu hanya sampingan je. Ibu masih lagi mengepam. Cuma kekerapan berkurang. Kalau bab makan, semua dia makan. Tak kira la, orang kenal ke, x kenal ke.. hulur je makanan, pasti dia sambar.

Her passion sekarang nih, adalah buku. Mainan lain dia akan usik 1-2 hari.

Hasha makin memahami arahan-arahan mudah seperti "masuk baju dalam bakul". "Kejut Aboh", " Jom, pergi skool". "Masuk bilik air". "Jom, mandi". "mengaji ngan Aboh"

Perkataan-perkataan yang kerap disebut, "baby, asha, abah, nak, ABC, pak..pak..pak.., sapa, bobobo" dan pelbagai lagi.

Kartun kesukaan is BoboiBoy.

Dia dah reti mengamuk. Bila pergi Mall, bersedialah dengan duit lebih. Dia sudah tahu apa yang dia mahu. Jadi, kena guna kemahiran memujuk.

Setakat ini je lah dulu.... Ada masa update lagi.




Friday, April 1, 2011

Kemahiran baru di tempat baru.

By teaching others, you'll get 90 % of the skill.

Then, do help others to gain skills or knowledge.
Suatu ketika, pernah Ibu bertanya pada seorang kenalan baru (kawan ofis baru).


" Akak, kalau saya belajar jahit manik ngan akak, mampu tak sy pupuk minat sy terhadap manik sebagaimana akak "


Gelak sakan akak tu. Tambah lagi deraian ketawa rakan lain yang mendengar. Riuh ofis kerana lontaran soalan yang sangat tidak logik. Jawapan akak tu.


"Akak tak tau nak jawab macam mana. Sebab soalan student pun tak sesusah ini"


Jawab Ibu.


" Saya akan buktikan, minat boleh dipupuk"


Dan, hasilnya ...



Bermula dari tak reti masukkan benang ke dalam jarum, sehinggalah berjaya hasilkan sesuatu untuk Hasha Humaira. Seriously, Ibu memang langsung tak pernah pegang jarum dan benang sebelum ni. Zaman sekolah dulu pernah la. Even, kalau ada koyak atau tercabut butang, Ibu mohon pertolongan dari Tok. Walaupun setelah dewasa.


Tapi, setelah berada di persekitaran baru, Ibu berjaya juga memupuk minat menjahit. Walaupun tidak secantik, sekemas orang lain. Sekurang-kurangnya Ibu boleh jahit ala kadar untuk diri sendiri dan juga anak-anak (oooppps.. anank-anak?). Alhamdulillah.


(Ibu suka sangat dengan tempat kerja baru ni. Tiada stress. Tiada ketidakselesaan.

Semuanya positif. Banyak ilmu baru diperolehi)


Semalam, Ibu telah anjurkan Kelas coklat buatan rumah (Homemade Chocolate) di rumah kami. Tenaga pengajar oleh kawan Ibu yang pernah mengikuti kelas coklat sebelum ni. Sangat mudah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Dan, Ibu berjaya menghasilkan beberapa ketul coklat sebagai percubaan. Sekadar untuk makan sendiri dan ahli keluarga boleh la. Untuk komersialkan, kena tunggu Hasha Humaira besar sikit.



Hasilnya.




Hasha Humaira kini sudah pandai mengemas. Kalau dulu barang / mainan disepahkan. Kini dia beransur-ansur mengemass barang / mainan yang digunakan. Tapi, perlu disuruh. Baju kotor, dimasukkan ke dalam bakul baju kotor. Dia semakin besar,kan. Banyak kemahiran baru dia.