Tuesday, March 1, 2011

Hasha? Adik?

Hasha, 2 Months +.

Hasha Humaira dah setahun ++. Dia dah boleh berjalan, sekarang nih dah mula berlari. Boleh panggil Abah. Even,dah boleh makan sendiri.

Hasha sudah pandai berbual. Walaupun isi bualannya, hanya dia yang faham. Bila Ibu cakap "Adik, gi skool tau, Ibu gi work, Abah gi work. Nanti Ibu habis work, Ibu datang ambik tau". Dia akan menjawab dengan 'uu'. Menandakan setuju.

Sehingga kini, Hasha masih digelar 'Adik'. Kenapa ye? Ibu pun kurang pasti. Mungkin sebab Ibu tak pernah ada adik. So, nak juga menggelarkan anak sendiri adik. Tambahan lagi, setakat ni Hasha merupakan cucu bongsu (sebelah Ibu). Jadi, semua sepupu-sepupu memanggil dia sebagai adik Hasha.

Mungkin alasan itu yang paling wajar digunakan sekiranya ada yang mempertikaikan kenapa sehingga sekarang Hasha dipanggil 'adik'.

No comments:

Post a Comment