Saturday, February 26, 2011

Rumah Baru.

** Credit to Mr. Google

Hanya mampu bermimpi untuk memiliki rumah ini.**

Cukuplah sekadar untuk berteduh.**


Rumah yang kami huni sekrang ni adalah rumah yang ke 5 untuk Hasha Humaira sejak dia dilahirkan. Sejak bayi lagi, Hasha Humaira menjadi orang nomad.

0-2.5 bulan - Menginap di Rumah Tok @ Losong.
2.5 - 5 bulan - Menghuni Kuaters Pendidikan Semambu.
5 - 6 bulan - Menumpang di rumah Abang Kimi & Abang Hasif di Mak Chili, Kemaman.
6 - 11 bulan - Bermastautin di Bandar Damansara, Kuantan.
11 - 12 bulan - Kembali menginap di rumah Tok @ Losong.
12 bulan - sehingga sekarang - Jalan Melati, Dungun.

Kesian Hasha. Disebabkan PJJ, terpaksa berpindah randah. Tapi, semuanya ada hikmah tersembunyi. Kami seronok. Tak pernah anggap semuanya sebagai bebanan. Terima Kasih Ya Allah.. sekurangnya kami ada tempat berteduh.

Kini, mungkin kami akan menetap lebih lama disini. Mungkin sehingga 2-3 tahun. Sehingga Ibu dapat berpindah ke Kuala Terengganu. Di Dungun ni, mungkin sekadar transit. Bagi meringankan sedikit beban PJJ yang ditanggung selama ini.

Genap sebulan menginap di rumah baru kami di Dungun. Kami sekadar menyewa. Untuk membeli rumah sendiri, masih belum diberi peluang. Rumah disini sangat mahal. Rumah semi-d yang boleh dibeli dengan harga 180K di Kuantan, mencecah harga 260K disini. Beza hampir 100K. Mana kami nak cari duit. Dahla masih lagi merangkak rentetan musibah hujung tahun lepas. InsyaAllah, semoga dipermudahkan. Rumah yang kami diami sekarang ni pun sangat selesa. Rasa berbaloi dengan bayaran yang dikenakan setiap bulan.

Kalaulah kami akan menetap lama di Dungun, ingin sahaja kami beli rumah yang didiami sekarang ni (berangan je tu). Tapi, kami masih ada misi lain. Iaitu misi untuk berumah tangga di Kuala Terengganu. Semoga dipermudahkan. Amin.

Hasha semakin familiar dengan surrounding baru disini. Dia yang semakin membesar makin cepat adapt dirinya dengan persekitaran ini. Dan, Ibu pun semakin seronok dan bermotivasi untuk ke pejabat. Maklumlah, kehidupan separa PJJ kini jauh lebih bermutu berbanding PJJ. Lega rasanya boleh bernaung di bawah negeri yang sama. Kalau dulu, jumpa sehari seminggu, Kini, merasalah Hasha tengok muka Abah sekurangnya 1 kali dalam masa 3 hari (bergantung pada kesibukan Abah).

Setelah hampir 2 tahun, akhirnya kami menjadi A Real Family.


One Happy Family.

Friday, February 25, 2011

Posted by Hasha

\
;
\;\[[[[
|\;p;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;'
\;'////////////][
\\\\\\..............................................,,]

Wednesday, February 23, 2011

My Sleeping Angel Contest


My Sleeping Angel Contest
14 Feb - 14 Mac 2011

Isk... GA lagi.... tetiba mood untuk join GA membuak-buak. Berusaha Ibu list up GA yang menarik dan menepati koleksi gambar Hasha. Gambar Hasha tidur sangat banyak. Buntu untuk pilih mana yang terbaik. Tapi, yang paling menarik hati Ibu adalah gambar ini. Gambar ni taken masa Hasha umur 5 bulan. Time ni dia chubby lagi. Bila pakai tudung kucing nih, nampak sangat sesuai dengannya. So, enjoy this picture yeah.....

Bila Hasha tak tidur, Ibu susah hati tak boleh nak buat kerja.
Tapi, bila Hasha tidur, perasaan rindu pada keletahnya membuak-buak.

Hadiah yang menanti adalah seperti berikut :
.
.
.
.
Hadiah Pertama
.
.
.
.
Hadiah Kedua dan ketiga
.
.
.
.
.
Hadiah Saguhati


Haa... menarik kan hadiah-hadiah yang ditawarkan. Jadi, apa lagi.... jom la bersama-sama memeriahkan contest ni.

Ibu tag :

Ida Anas Naufal
Ida Damia Humaira
Kak Ida Ibu 3A
Kak zu
Dayu

Selamat bercontest!

Purple Light: Cute Baby Style Contest

Purple Light: Cute Baby Style Contest
(Due Date : 24/02/2011)

Sejak kembali ber-blog ni, rajin plak Ibu godek blog-blog lain. Nak join GA. Bila baca title GA ni pun dah cukup untuk buat Ibu tak sabar nak buat entri ni. Mana-mana Mak/Ibu/Mama/Ummi akan kata anak masing-masing cute kan. Mestilah, darah daging sendiri. Bagi Ibu Hasha is the cutest tot in this whole world. Tak kira lah Hasha dalam keadaan mana sekalipun, menangis, merengek, tersenyum, tengah meneran..opppps atau apa-apa keadaan sekalipun...
Dia tetap cute. (Normal kan seornag Ibu berperasaan begini?)

Kamu yang sangat comel.


Nama anak : Nurulhasha Humaira binti Che Mohd Humaizi
Umur : 1 tahun 1 bulan 6 hari
Tarikh Lahir : 17-01-2010
Nama Ibu : Nurulhuda binti Abdul Rahman (eh.. nama same la ngan tuan punye blog)

Tuesday, February 22, 2011

Part 3 : Family Day @ INB, Ayer Keroh

Part 3 : Jalan-jalan sekitar Bandar Melaka.

Aktiviti terakhir sebelum bertolak balik ke Dungun, kami telah menjelajah Kota Melaka. Sekurang-kurangnya ada pendedahan tentang sejarah untuk Hasha sedari kecil lagi.


Kota A Famosa. Tugu Portugis.
Ibu beritahu Hasha, disini bermula penjajahan di negara kita.
Nanti bila Hasha dah besar, Ibu cerita lagi ye...


Hujan renyai-renyai.
Rupanya permulaan banjir besar di Melaka dan Johor. Keesokan harinya, air bah menenggelamkan beberapa kawasan di Melaka dan Johor.


Historical Malacca


Menara Taming Sari. Minum Milo.

Abah explaining. Hasha listening. Ibu capturing.
Mahkota Parade. BF Room. Sangat cantik. Dipenuhi fasiliti.

** Daaa.... jumpa lagi. Abah tak balik malam ni. Kena masuk tidur awal.


Part 2 : Family Day @ INB, Ayer Keroh

samb.

Part 2 : Sukaneka Keluarga JKE PSMZA

Masa sukaneka ni memang seronok. Enjoy. Abah pun join dengan rela hati. Hasha sertai 3 game. Game untuk kategori kanak-kanak 1-3 tahun. Yang pastinya, semua game, Hasha adalah pemenang terakhir (hehe). Maklumlah... dia cukup-cukup setahun 10 hari pada waktu tu. Jadi, dialah yang paling muda. Tapi, semua game dia dapat hadiah. Hadiah saguhati.

Jom, tengok gelagat Hasha.




Pertandingan minum vitagen.Confirm lah Hasha tak mampu habiskan.



Pertandingan kutip gula-gula. 3 biji je hasilnya. Tu pun, dengan bantuan Ibu.



Sedap.





Aktiviti main air.



Like father like daughter.

**Pumping time already. Nanti sambung Part 3.

*** Hasha, setakat ni, holiday ni lah hadiah dari Ibu n Abah sempena your 1st birthday,k.