Sunday, November 28, 2010

Demam.

Salam hujung minggu. (sambil tonton Pocoyo.Rancangan kesukaan Hasha)

Hasha demam. 2 malam berturut-turut cool fever bertempek di dahi (ade yang cakap cool fever tak sesuai untuk baby yang below 1 year, betol ke?). Siangnya kang main gi. Habis satu rumah dia tawaf. Majalah Mingguan Wanita yang baru pun bersepah kat atas lantai. Nak kata beralih bulan, lambat lagi. Hasha beralih bulan 17hb. Selama ni pun, Hasha demam juga sikit2 kalau nak beralih bulan. Tapi tak risau sangat sebab memang dah biasa demam kalau beralih bulan.

Hari tu, nak tumbuh gigi Hasha tak demam. Nak merangkak pun tak demam. Risau juga. Selama ni tak demam pun selain dari beralih bulan. Teringat sampah sarap kat atas lantai. Hasha kutip,makan ke? Agak panik. Biasanya, sempat je keluarkan semula apa yang dia kutip kat atas lantai. Cuma, sejak akhir-akhir ni keprihatinan terhadap 'makanan' hasha agak kurang. Sebabnya, Hasha suka main pada waktu tengah malam. Jadi, biar je dia main sorang-sorang. Mungkin masa tu la kot, 'makanan' yang bertaburan atas lantai tu masuk mulut dia.

Peliknya, asal siang, cergas je merantau seluruh pelusuk rumah. Malam menjelma mula la suhu badan mencecah 38 darjah.

Semalam (271110), cuba dirikan Hasha. Hasha mula berdiri tegak sejak usia 8 bulan. Tertunggu-tunggu, bilakah agaknya nak mulakan langkah pertama. Sambil main-main, terpandang kaki kanan kecil molek yang selama ini kaku, terangkat. Jatuh kaki kanan. Kaki kiri pula diangkat. Berselang seli sehingga 4 langkah.Terpaku. Hasha jatuh.

Dengan perasaan berkobar-kobar, dirikan semula Hasha. Hitung 1, 2, 3.... Akhirnya, 6 langkahan Hasha membawa badan kecil tembam mara kehadapan. Bertempik sorak kami bertiga. Syukur, Alhamdulillah. Hasha sudah mampu bertatih sendiri. walaupun dengan kelajuan 2 minit untuk 1 langkah. Setakat ni, paling jauh pun Hasha boleh mara sehingga 10 langkah sahaja. Itupun sudah cukup membuat kami tersengih panjang.

Demam nak berjalan rupanya.

Nota buat Hasha :

Tahniah, Hasha Humaira. (Oppps... ralit menaip. Hasha dah sampai dapur). Ibu bangga miliki Hasha. Cukup sempurna di mata ibu dan abah. ( Hasha = sempurna).

** Sempat merakam detik manis semalam. Tak puas tengok.




No comments:

Post a Comment