Friday, November 26, 2010

Tips mengekalkan penyusuan ibu.

Layakkah Ibu menulis tentang tajuk ini??

Salam ...
Ibu terpanggil untuk berkongsi tips untuk penyusuan. Tapi, Ibu bukanlah tergolong dalam golongan yang benar-benar berjaya. Untuk tutorial yang lebih mantap, boleh menjenguk di sini.

Kalau dikutkan, lebih ramai ibu-ibu di luar sana yang lebih berjaya dalam penyusuan Ibu ni. Bagi Ibu, Ibu hanyalah berjaya mengekalkan penyusuan Ibu. Tetapi, tidak berjaya dalam menghasilkan stok, penggunaan yang sebetulnya sebagaimana ibu-ibu yang lain.

Cuma, ada beberapa tips yang Ibu boleh kongsikan untuk terus mengekalkan penyusuan Ibu (walaupun stok susu hanya cukup untuk sehari... atas kata nama lain, tak ada stok pun).

1-Niat
Ibu memasang niat untuk menyusukan anak sejak di bangku sekolah lagi. Masa tu belajar Pendidikan Agama Islam. Dikatakan air kencing anak lelaki yang hanya meminum susu ibu adalah najis ringan iaitu najis mukaffafah (beto ke ni ejanya??). Di situ sudah menunjukkan betapa mulianya susu ibu. Jadi, dalam diam-diam, ibu bertekad. Nanti dah anak, nak bagi susu Ibu.
Tambah pula, kakak2 Ibu pun mengamalkan penyusuan ibu walaupun tidak secara ekslusif. Dan hasilnya, Alhamdulillah... anak - anak mereka diakui cerdas dan pintar.
Bila dah masuk alam pekerjaan, Ibu dikelilingi oleh ibu-ibu yang menyusu. Makin bertambah semangat nak menyusukan.
Ibu pernah ditakut-takut oleh seseorang yang mengatakan, kalau betul-betul nak menyusu kena bersedia dari awal. Banyak nak kena baca. Dan gaya Ibu sewaktu mengandung tidak seperti nak menyusukan. Ibu tercabar.

2-Cabar diri sendiri
dari cabaran itulah, Ibu mencabar diri sendiri. Mungkin bagi dia hanya orang-orang hebat sebagaimana 'dia' sahaja yang boleh menyusukan anak. Orang tak hebat macam Ibu ni, mungkin separuh jalan. Jadi, Ibu cabar diri sendiri untuk buktikan, walaupun Ibu hanya sambil lewa, tetap berjaya menyusukan.

3-Cemburu
Kadang-kadang, datang perasaan Malas untuk mengepam. Bila tengok hasil teman mengepam, rasa cemburu menyelinap. Terus angkat pam. (Isk, xleh jadi ni). Tapi, cemburu mestilah positif ye. Kini, setiap kali teman mengepam angkat pam, Ibu pun takkan lepas peluang. Malah, rasa lebih bersemangat kerana ada orang yang memimpin tangan Ibu.
Sangat berterima kasih kepada teman mengepam Ibu, yang sehingga kini tidak putus-putus meniupkan semangat mengepam.

4-Semangat
Bila dah bersemangat mengepam, mula la stok berkumpul kat dalam peti ais. Bila tengok stok beratur, rasa malas datang balik. Tapi, untuk meimbangkan semangat dan malas, Ibu akan pastikan susu untuk Hasha cukup. Jangan sampai terpaksa beli susu formula.

Tu je la, tips dari Ibu. Ibu bukannya tergolong dalam golongan yang rajin untuk buat stok sampai penuh peti ais. Tapi, Alhamdulillah... sehingga kini, Hasha masih lagi menikmati susu Ibu. Tanpa campuran susu formula.

" Ya Allah, bagi aku kekuatan untuk terus mengisi perut Hasha Humaira dengan makanan terbaik ini. Sekurangnya sehingga Hasha Humaira berusia setahun. Ya Allah, andai Kau izinkan, aku teringin memanjangkan tempoh penyusuan ke 2 atahu 3 tahun usia Hasha Humaira. Beri aku kekuatan dan semangat untuk meneruskannya.Amin."

No comments:

Post a Comment