Tuesday, November 16, 2010

Susu oh susu ....

Salam Aidil Adha ....

Esok Hasha akan sambut her 1st Aidil Adha. Last year, Hasha celebrated kat dalam perut Ibu. Tapi, kami tak balik kampung pun. Ibu dapat cuti sehari je. Dan sangat sedang sibuk dengan menyiapkan kerja2 akhir semester. So, esok beraya la kami sekeluarga di rumah je.

Tadi dapat suntikan semangat mengupdate blog dari Dayu. Lepas baca komennya, Ibu decided untuk buat satu entri tentang chu-chu (susu ibu). **tak patut ajar anak bahasa pelat,kan.Tp Ibu buat exception untuk chu-chu. Untuk bezakan susu ibu dan juga susu segar/susu formula dsb.

Ibu decided untuk BF Hasha sejak dia berusia 4 bulan dalam kandungan lagi. Memandangkan budaya BF di tempat kerja ibu sangat ditekankan. BF Peer Counsellor pun ada ramai kat sini. Hari tu nyaris nak daftarkan diri. Tapi komitmen terhadap keluarga berPJJ menghalang Ibu beraktiviti di waktu cuti hujung minggu.

Masuk 7M preggy,chu-chu dah mula keluar skit2. Sampailah 9M, kadang2 lencun baju t yang ibu pakai. Mungkin itu satu petunjuk bahawa niat Ibu untuk BF kan Hasha direstuiNya dan digalakkan olehNya.Alhamdulillah.

Keluar dari perut, sebagai Ibu baru, Ibu sangat naif tentang cara menyusukan. Sampai bengkak, sakit, luka. Tapi bila tengokkan cecair emas kolostrum yang sangat pekat dan banyak, rasa sakit semua tu hilang. Berusaha pamkan (masa tu guna manual pump Anakku). Bagi kat Hasha yang masa tu menginap kat NICU kerana Jaundice.

Sepanjang bersenang lenang (yeke?) selama 60 hari di rumah, Ibu yang memang TIDAK rajin ni hanya sempat buat stok sedikit sahaja. Di awal perbincangan Hasha akan ditinggalkan bersama abah, dan Ibu akan pulang setiap hujung minggu. Jadi, semangat buat stok tu jadi pudar. Tambah lagi yang akan jaga Hasha pulak orang yang tidak menggalakkan BF. (down sgt time ni)!


Masuk je kerja, 2 minggu Ibu tinggalkan Hasha kat abah (1 minggu gi BTN). Ibu kumpul hampir 200 Oz chu-chu. Dengan semangat patriotisme yang membuak-buak (kan baru lepas BTN), Ibu fight for my right. Ibu mohon untuk jaga sendiri Hasha walaupun keseorangan disini. Alhamdulillah.Allah swt hanya menguji hambaNya dengan kadar kemampuan hambaNya itu. Sehingga kini masih lagi berPJJ dan juga BF Hasha.

Dengan sokongan dan dorongan dari kawan-kawan MBFPC, Ibu berjaya bermula semula untuk BF sepenuhnya. Sebelah meja pulak kawan yang sehingga kini masih totally BF kan anak keduanya (kini dah setahun 2 bulan). Kami berlumba-lumba buat stok.

Tapi, stok Ibu memang tak pernah banyak.Sebab, Ibu bukan jenis yang rajin mengepam. cukuplah sekadar untuk isi perut Hasha. Kalau dulu, sehari 3 kali mengepam. Sebab, permintaan tinggi sebelum Hasha mula makan. Sekarang ni, sekali sehari je. Bagi Ibu, asalkan susu untuk Hasha cukup bawak bekal. Lagipun, sekarang Hasha dah makan kat skool. Jadi, kalau tak cukup bekal, Teacher bagi makan. Hehe...

Sepanjang tempoh 10 bulan ni (esok, genap Hasha 10 bulan), ada masa chu-chu sangat banyak. Dan juga ada masa sangat merudum. Pernah satu bulan tu (Hasha 5 bulan), permintaan sangat tinggi. Bekal 6 botol pun tak cukup. Kebetulan pula masa tu Ibu berulang alik dari Kemaman ke Kuantan. Perjalanan 1 jam pergi-1 jam balik. Stok langsung tak ada. Jadi, untuk bekal, Ibu akan bangun pukul 4 pagi. Pam dulu. Pukul 6,sebelum bertolak ke Kuantan, bagi Hasha sedut dulu sampai kenyang. Sampai ofis, after sending Hasha kat rumah nanny, pump lagi. Pukul 10 hantar chu-chu kat rumah nanny.After lunch, hantar lagi. Petang, dalam pukul 3 after pump, kal nanny tanya cukup tak bekal. Kalau tak cukup, hantar lagi.
Time tu rasa penat sangat. Sehinggalah Ibu decided untuk berpindah dari Kemaman dan tinggal di Kuantan.

Once dah duduk Kuantan, 15 minit dari tempat kerja, lancar je chu-chu menitis masuk botol. Alhamdulillah.

Dan kini, setiap kali Ibu mengalami reverse cycling, Ibu akan stimulate semula. Lama-lama dah faham dengan peel chu-chu ni. Kalau nak banyak, kerapkan mengepam.InsyaAllah, dalam masa tiga hari, mencurah-curah macam hujan di musim tengkujuh. Kalau stok dah banyak, mula la penyakit M menjelma. Culas. Bila tengok chu-chu dah kurang, stimulate semula.

Tu la rahsia Ibu menyusukan Hasha sehingga 10 bulan. Rasanya kalau orang lain, 10 bulan ni, stok dah tak muat peti ais. Tapi, Ibu pulak stok ayam daging ikan yang memenuhi peti ais.

** Hari ni tak mengepam lagi. Sebab 'M'. Kejap lagi la.

satu je yang Ibu pegang, Malas x ape.. asalkan cukup makan.
**time belajar pun macam tu jugak. Malas xape, asalkan grad pd waktunya.

No comments:

Post a Comment