Tuesday, November 30, 2010

Hilang.

Pagi semalam terkial-kial cari kunci rumah, kunci car dan kunci gate. Biasanya balik kerja, terus masukkan dalam poket school bag Hasha. Pagi esoknya,bertaburan kunci-kunci kat atas lantai. Semalam, kunci rumah dengan kunci car ada je kat atas lantai tapi, kunci gate pula tak jumpa. Merata-rata dicari. Tak jumpa juga.

Nasib baik ada spare key. Bolehlah kami keluar dari rumah. Petangnya, berusaha lagi cari kunci gate tu. Dah la kunci gate tu di'attach' dengan spare key car. Kalau hilang lagi haru. Cari punya cari rupanya kunci gate ada disimpan molek kat dalam plastic Drypers. Bersama-sama kad Bonus Link (Pagi tu menggelabah cari Kad Bonus Link masa isi minyak, dahla isi penuh.Rugi).

Setakat ni, bukan setakat 1-2 barang yang hilang malah dah banyak benda-benda penting macam kad pengenalan, broadband dan purse. Alih-alih, jumpa kat dalam school bag. Jumpa kat dalam drawer toys. Jumpa kat dalam bakul baju. Kuncinya senang je. Cari di tempat Hasha selalu main. Pasti jumpa barang-barang yang hilang tu. Last weekend, handphone Abah bunyi. Tapi tak tahu kat mana. Cari punya cari. Rupanya kat dalam school bag Hasha.

Anak perempuan sorang ni. Suka sangat 'mengemas'.

2 comments:

Unknown said...

huhuhu
anak dah bijak pandai
macam2 akal
seronok gak, main treasure hunt ngan anak ni :)

A Journey of Hafiy Hasha said...

hehe.. get ready ye... nati ur turn plak. Hilang stress kat ofis tiap2 hari duk main treasure hunt

Post a Comment